Jumaat, September 30, 2011

cuti.....

salam..alhamdulilah..sebab Allah masih memberi kita peluang dan ruang untuk kita terus hidup dan mengecapi nikmatnya di mukabumi ini.. Alhamdulilah jugak sebab dengan nikmat dan kasih sayangnya dapat kita melakukan sesuatu dengan terbaik dan mengikut seperti yang diinginkan.

Honestly, aku bersyukur diatas nikmat, kasih sayang dan rahmatnya kepada diriku ini..hanya kata-kata syukur yang aku mampu luahkan dan zahirkan di atas nikmatnya...baru-baru nie, aku dapat gaji pertama..bila tengok simpanan kat akaun bank tu, cam tak caya je tu adalah duit& hasil uasaha ku bekerja selama 1 bulan ini dengan mengajar..gaji first..aku bersyukur sangat..dan aku berjanji kepada diriku yang aku akan jalankan tugas mendidik dan mengajar anak-anak murid ku dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang..ini adalah amanah yang harus pikul dengan sebaik-baiknya..

seperti mafhum dalam sebuah hadis : "SAMPAIKAN DARIPADAKU WALAUPUN SATU AYAT"
Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat berdasarkan mafhum hadis ini adalah, kita hendaklah menyampaikan sesuatu atau ilmu yang kita ada kepada orang lain kerana apa yang kita lakukan itu, walaupun sedikit akan mendapat ganjaran dan pahala daripada Allah.

Selasa, September 20, 2011

3 minggu kerja

salam..apa khabar semua..hope semua sihat hendaknya..cam ne dgn kerja anda semua setelah 3 minggu beraya?best tak?msti byk rumah dan jamuan raya yang dihadiri kan..hi3..raya, memang banyak rumah terbuka diadakan..raya juga mengeratkan ukhuwah dan tali persaudaraan sesama islam..

Alhamdulilah, kini sudah 3 minggu aku bekerja sebagai guru bahasa arab di salah sebuah sekolah agama..aku mengajar tingkatan 2 dan pelajar tahfiz ting 1-5..hu3..mle2 kenalkan diri sebagai seorang guru dihadapan student memang agak takut dan berdebar-debar sebenarnya..sebab takut digelakkan oleh student..hi3..soalan popular yg kebanyakan student akan tanya berapa umur mualimah? dah khwin or belum?ha3..aku xjawab pun soalan anak murid ku itu& aku suruh anak murid ku teka sendiri..

hari pertama adalah sesi suai kenal dgn student2, masuk semua kelas seperti yg tertera di dalam jadual..semua memberikan respons dan tindak balas yg baik..

hari kedua, ketika memulakan sesi pembelajaran,aku dah kenal dan nampak student mana yang nakal, pandai,suka tido dalam kelas dan suka kenakan kawan-kawan yang lain..

hari ketiga, ketegasan ku mula tercabar dan aku menjadi seorang yang garang..( dalam hati xgarang pun) just nak suruh student-student tu hargai dan belajar erti masa dan pentingnya ilmu.. kebanyakan anak murid ku tidak menggemari subjek b.arab, so inilah cabaran ku untuk membuktikan kepada semua anak muridku bahawa b.arab adalah subjek yg senang..

kadang-kadang, aku tergelak dan ketawa dalam kelas bila melihat tingkahlaku anak muridku yg nakal dan banyak kerenah..ha3..sangat2 menghiburkan..walaupun, aku berkali-kali mengatakan kepada anak muridku bahawa aku akan memgenakan denda kepada mereka, tetapi denda itu tidak pernah aku lakukan..

honestly,aku merasakan bahawa mereka semua adalah seperti adik -adik ku sendiri...