Isnin, April 30, 2012

hijrah

salam..semoga berada dalam keadaan sihat& di bawah rahmat Allah s.w.t. selalunya, orang akan hijrah@ wat pembaharuan or pindah bila tiba awal tahun dan wat niat akhir tahun utk masuk tahun baru kan.tapi, boleh tak aku nak wat hijrah time tengah bulan@ tahun..hi3..takpe kan.yg penting, niat kita betul dan hijrah kita baik.sebab sesuatu amalan akan di hitung berdasarkan niat. Dah lama sebenarnya aku niat utk buat perkara ni..aku nak pindah dan carik kje kat tempat lain. maksud aku, merantau ke negeri atau tempat yg aku xpernah dtg.sebab utama adalah untuk mendapat pengalaman baru dan belajar utk lebih berdikari. aku bahagia tinggal kat sini..tenang dan aku dah jatuh cinta kat tempat ni. sebelum aku buat keputusan ni, aku dah fikir semasak-masaknya..mungkin ni cara terbaik utk aku mulakan hidup baru dan belajar utk melupakan.kat sini, aku takkan rasa sedih sgt dan kecewa berbanding aku duduk kat selangor.aku pernah bagitahu hasrat tersebut dekat mak.erm..mak macam berat hati nak lepaskan@ benarkan aku pergi.tapi, tu je permintaan aku setakat ni. bagilah aku masa untuk aku belajar melupakan seseorang.bagilah aku masa untuk aku ubat hati dan jiwa.aku akan balik bila semua dah ok.Tempat baru,suasana baru akan berikan kehidupan yang baru untuk aku.biar orang xkenal aku,aku lagi bahagia sebab xde sape akan kacau aku.hari raya aku akan balik dan if cuti lama, aku akan balik selangor.aku xkan lupa tgjwb seorang anak kepada kedua ibu bapa.dan untuk jangka masa panjang pulak, aku ingin sambung belajar kat luar negara. best kan angan-angan aku..aku nak sambung kat jordan.doakan saya ye.. May Allah Bless u.

Ahad, April 29, 2012

luahan hati

salam.disebabkan aku cuti dan dalam proses menenangkan diri, jadi aku ingin kongsi beberapa benda yang boleh membuatkan aku bahagia, tenang dan perkara yang aku impikan.. firstly, aku suka gi jalan-jalan, masuk hutan cam buat aktiviti memancing ikan kat sungai, sawah padi, dan juga gi khemah..cam daki gunung..aktiviti tu tenang..mendamaikan jiwa..aku suka tempat yang hijau sebab hijau lembut dan beri ketenangan.. aku jugak suka main@ kawan dengan budak-budak@ baby..sebab baby comel..tenang tengok muka baby yang bersih tanpa dosa..aku suka dengan baby..baby yang tembab, cute, pandai cakap dan lincah.kat sekolah, ade 2 @3 orang cikgu yang ade anak kecil, aku suka dukung baby tu..budak2 tu suka main dengan aku..kdg2 sampai guru2 tu cakap aku boleh jadi babay sitter yang baik.anak jiran depan umah pun suka kat aku, sebab aku pandai kawan dengan budak kecik tu. budak2 best..sebab budak2 suka tengok kartun, senang untuk di didik dan dengar kata.. perkara yang aku suka buat jugak adalah baca novel.Baru-baru nie,aku telah beli 4 buah buku novel masa pesta buku karangkraf di s.alam..aku akan baca novel if cuti sabtu and ahad tiada aktiviti sekolah..selain tu jugak, aku suka bersih dan basuh myvi..sejak akhir2 ni, aku jarang menonton tv..malam pun tido awal,cuti sabtu ahad gi kursus or jadi guru pengiring perkhemahan..jumpa kawan U pun jarang.dah 6 bulan xjumpa..just sms dan tlphne je.. sometimes, aku rasa aku nak hilangkan diri dan menjadi independent seketika..menyendiri untuk suatu tempoh masa.. just tinggal dengan family dan jiran terdekat.aku tak bersedia untuk jumpa kawan-kawan aku lagi lepas aku jatuh .. bagilah aku masa untuk semuanya jadi pulih.kadang-kadang xsemua masalah yang kita hadapi, kita mampu untuk tempuh.masa adalah ubat untuk segala-galanya.. sometimes, aku rasa aku bersalah dekat abah..aku xpatut buat perangai cam tu kat abah..tapi, bagilah aku masa..suatu masa nanti, aku akan jelaskan kenapa aku jadi sedemikian.inilah dilema yang aku tempuh seorang diri dalam hati. Aku xpatut menghukum seseorang atau menjatuhkan kesalahan bukan pada tempatnya.inilah ape yang aku rasa selama ni. aku pernah sayang dan cinta kan dia..dia pernah hadir dalam hidup aku walaupun tak lama, tapi dia telah membuat hidup aku bahagia dan ceria seketika.kadang-kadang, aku rasa aku xbetul dalam hidup..tapi, aku bangun dan bangkit jugak..aku muhasabah diri sendiri.aku menghabiskan masa tersebut dengan membaca buku Gen q, solusi,dan buku motivasi. aku pernah impikan yang aku ingin hidup bersama dengan dirinya untuk selama-lamanya..tapi, ia sekadar angan2 yg tinggal kenangan.dalam saat kawan2 aku telah merancang untuk hidup bersama insan yang mereka sayang dan menantikan saat detik bahagia mereka, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sahaja.jauh dalam hati, aku sedih sangat..Allah uji aku dengan ujian yang aku kadang-kadang xmampu untuk tempuh. Ujian tu jugak mendekatkan aku dengannya sebagai Hamba kepada Yang Maha Berkuasa. akhir kata, maaf sekiranya entry ini membuatkan pembaca terasa atau tersinggung..doakan saya untuk kuat dan tabah hadapi ujian ini.

travel..

salam..selamat pagi, tengah hari dan salam sejahtera. Alhamdulilah, aku sampai juga kat destinasi yg aku impikan selama nie.walaupun bukan tempat ni sebenarnya, at least aku dapat menjauhkan diriku dari tempat yang penuh dengan kesibukan, kesesakan dengan datang ke suatu tempat yang tenang.tempat yang jauh dari insan yang aku kenal, insan yang mengenali diri aku dan tempat yang penuh dengan kenangan lalu. aku terpaksa bercuti untuk seketika..walau hanya 3@ 4 hari sahaja..bagi aku, itu sudah cukup memadai dan sempurna. Aku asing dan tenang di tempat orang.hati aku damai dan bahagia.dah lama aku tak meluangkan diriku untuk pergi bersiar-siar seorang diri.aku bahagia di sini, aku mampu tersenyum dan tergelak dengan mudah sekali.aku belajar sesuatu yang amat beerti di sini iaitu adat,budaya dan cara pemikiran penduduk di sini.perjalanan ku agak lama di sebabkan kesesakan lalu lintas yg berlaku di lebuhraya.Untuk kali pertama didalam hidup, aku membeli tiket bas ke sebuah destinasi dengan seorang diri.bergerak di dalam waktu malam dan sampai di destinasi tersebut di waktu pagi. Berjumpa dengan seseorang yang aku tak pernah jumpa selama nie dan aku rasa bahagia, seronok dan gembira sebab dia mampu memberikan sesuatu untuk mematangkan diri aku.mengajar aku untuk memperbaiki diri.berani kan aku,percaya dengan seseorang yang tidak pernah aku jumpa sebelum ni dan terus tinggal dengannya untuk beberapa hari. keluar sama-sama, gelak sama-sama, dan sembang sama-sama.walau dia sibuk dan mengalami tekanan yang amat kuat dari majikannya, tapi dia mampu melayan aku..aku kagum dengan diri dia. walau jauh, aku tidak melepaskan peluang untuk memasak sesuatu untuk dia..walau biasa, tapi aku rasa ia suatu penghargaan buat diriku untuknya.mungkin ini perjalanan ku untuk pertama sejauh nie, dan mungkin lepas ni ada sebuah perjalanan yang amat jauh lagi..mungkin bukan di tanah air, tapi masih di atas muka bumi Allah yang suci. sepi yang bermain dijiwaku juga, mengajar aku mengenal dan bermuhasabah diri..atas dasar apa aku sanggup pergi sejauh ni.hingga hari ni, aku masih xdapat jawapan kenapa aku melakukan perkara ni.jujur aku katakan,aku bersyukur kerana perjalanan ku selamat.Allah amat menyanyangi hamba-hambanya.Sekiranya cinta itu akan datang sekali lagi,aku ingin seseorang yang sayangkan diriku adalah seseorang yang mampu untuk menegur, memahami,dan menerima semua kelemahan dan kekurangan diri ku.Aku tak pasti yang aku akan dapat menerima dan menyanyangi dirinya sepertimana aku pernah sayang seseorang sebelum ni sepenuh hatiku atau tidak.. However,kenangan masa lalu, terlalu bermakna buat diriku.walau dia@ aku pernah buat dan lakukan kesilapan, tapi atas pertemuan itulah kenangan itu terbentuk.aku menghargai dan menyanyangi dirinya walaupun hubungan itu telah putus.. Andainya dapat kumenulis Nota-nota cinta buat diri Nya Inginku titipkan bersama Semua kuntuman bunga yang indah berseri Kusembur haruman mewangi Bersama kata-kata puji Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku Menjalin ikatan menuju ke syurga Cintaku kepada Dia Rinduku hanya pada Nya Kasehku balas cinta Nya Setiaku balas kasih Nya Kasihku kasih yang setia pada yang punya Dambaku pada Yang Esa Pujian hanya buat Nya Akurku kebesaran Nya Teragung Maha Suci Nya Taatku hamba yang hina pada Pencipta Kiranya aku hilang arah Jalan hidupku berubah punah Namun kasih Nya tak pernah akan musnah Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah Nur hidayah Nya semakin cerah lirik lagu ; SAUJANA ( NOTA CINTA)

Isnin, April 16, 2012

pasrah dengan istikharah

salam..maaf sebab dah lama tak update blog..banyak benda dan perkara berlaku sebelum ni.sesuatu yang aku tak jangka ia akan berlaku sepantas ni. tentang hidup yang jatuh,kecewa dan gagal..

Dalam hidup,ada banyak benda kita kena pilih dan buat..kena buat keputusan dan kena buat pilihan..aku pernah buat satu keputusan..keputusan yang telah mengubah segala-galanya..jujurnya bukan senang untuk aku membuat keputusan tersebut.dan kini, aku akan cuba untuk pasrah dengan istikharah yang telah aku buat setahun yang lalu.mungkin Allah Lebih Tahu semuanya..

Kini, lepas peristiwa tu, aku cuba bangun dan ceriakan diri hanya berkongsi semuanya dengan myvi.tu je teman baik aku setakat ni..aku akan bersihkan myvi, vacum myvi, basuh myvi tiap minggu or 2 minggu sekali..belikan myvi minyak wangi supaya myvi aku sentiasa wangi.aku jaga myvi mcm seseorang yg aku sayang.aku service myvi dekat srimuda.agar myvi ok sentiasa.aku xbenarkan sesiapa makan dan kotorkan myvi, if makan pun kena letak sampah kat dalam plastik sampah yang aku sediakan khas.aku tak kejam.aku benarkan orang naik nyvi aku, tapi aku cuba ajar orang yang naik myvi aku berdisiplin dengan jaga kebersihan.. kebersihan sebahagian drpd iman kan.

Aku gi sekolah dengan myvi kesayanganku.klu dulu, aku jalan kaki untuk pergi dan balik, tapi sekarang, myvi adalah peneman dan sahabat baik ku. baru-baru nie, myvi kena langgar.langgar lari.sedih aku tengok myvi aku.if aku dapat kejar orang yg langgar myvi aku, aku nak bunuh@ mintak ganti rugi dekat dia.suka2 je langgar myvi aku..separuh gaji aku untuk myvi..walaupun aku xde lesen dan byk kli fail amik lesen, tapi aku xmenyesal sebab aku dah berjaya bawak myvi..cuma pergerakanku terbatas.mungkin,ade hikmah disebaliknya..aku belajar untuk jadi lebih mahir bawak dan tahu jalan. Lepas aku dapat lesen, aku nak pergi jauh.. tak duduk dengan family.sekarang nie, aku beri peluang dekat mak untuk bawak myvi gi mne2 je yang mak nak.

aku ingin jumpa seseorang.seseorang yang jauh.dan aku ingin tinggal di sana selepas aku selesaikan segala-galanya di sini.. Ini juga adalah pilihan dan pilihan ini telah aku lakukan dengan istikharah.mungkin ini yang terbaik untuk aku..pasrah dengan istikharah.

Istikharah yang memerlukan usaha pada awalnya..