Rabu, November 27, 2013

camping time with students form 5


Salam..hari ni, nak cerita pulak pasal aktiviti outdoor bersama dengan pelajar-pelajar yang pihak sekolah anjurkan bagi setiap tingkatan.Sebenarnya, ini adalah aktiviti mengikut silibius ikram musleh iaitu perkhemahan bagi setiap tingkatan.Ia juga merupakan unit beruniform yang dikenali sebagai Kadet Remaja Sekolah Musleh. if sekolah bukan di bawah musleh, ia dikenali sebagai kadet remaja sekolah.(KRS)..sye dah menjalani latihan dan juga kursus kenaikan pangkat sebagai Leftenan Muda bagi guru-guru yang mengajar di sekolah musleh.Kursus ni di buat di setiawan,lumut perak. Waktu tu, semua guru-guru yang tiada pangkat dan jawatan dikehendaki untuk menyertai Kursus kenaikan pangkat ni dan juga pelajar-pelajar yang ingin naik pangkat daripada kopral kepada sarjan dan juga staff sarjan.Best kursus nie..ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada 3 modul, iaitu ikhtiar hidup, seni pertahanan iaitu based dan yang ketiga adalah pertolongan cemas tentang cara untuk selamatkan orang yang sakit, sesak nafas, tentang ikatan kain anduh cam persatuan PBSM, tapi KRSM MUSLEH Ni, lengkap semua eleman ada iaitu rohani dan jasmani ada.so,memang terbaik.. sewaktu melalui kursus kenaikan pangkat di setiawan ni, semua pelajar dan juga guru -guru seluruh negeri yang mengamalkan sistem musleh, akan turut bersama-sama menjalani program ni.Apa yang menarik tentang program ni dan aktiviti nie, ia merapatkan ukhuwah dan memupuk semangat persahabatan antara sesama islam.Ok, ni serba ringkas tentang KRSM MUSLEH..dan sekarang, kita berbalik semula ke perkhemahan di Brindley Training and Camp yang bertempat Kompleks Uniti , Pasir Panjang Port Dikson,Negeri Sembilan. Perkhemahan ni berlangsung selaman 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang pelajar-pelajar ni buat adalah latihan kawad, pertandingan kawad ,ikhtiar hidup, perbentangan logo, tema, misi dan visi bagi setiap kumpulan dan juga flying fox.Hari terakhir, aktiviti pelajar-pelajar ni adalah bermandi- manda di pulau ni. Jawatan aku sewaktu di sini adalah sebagai Kem Komandan iaitu ketua pengarah program.Setiap apa yang berlaku kat sini, aku yang bertanggungjawab,Walaupun begitu ada 4 orang guru yang turut serta dan juga 6 orang fasilitator yang turut sama menjayakan perkhemahan ni...Bagi aku, ia pengalaman yang sangat best sebab kita dapat merasa kesusahan, keceriaan dan tingkahlaku pelajar2 kita yang sebenar, kita akan mudah rapat dan kenal mereka..

kesibukan seorang guru

Salam..selamat sejahtera semua dan semoga semuanya sihat sentiasa..dah lama sangat tak update blog nie.dh bersawang rsenye..Just nak cerita tentang pengalaman dan tugas seorang guru yang mengajar di sekolah menengah Islam Hira', Jeram. Alhamdulilah, dah 2 tahun aku bekerja di situ as a guru.Banyak pengalaman dan peristiwa yang berlaku sepanjang aku mengajar di situ.Tapi, itu namanya seorang manusia dan juga seorang guru. Pada tahun pertama, aku mengajar subjek bahasa arab untuk tingkatan 2 dan juga subjek Fiqh tingkatan 2.Mula-mula mengajar, ramai pelajar yang tidak berapa gemar dan suka dengan aku sebab aku nie xbest la, garang la, susah nak senyum la, dan macam-macam lagi. Aku pun, xtahu lagi perangai dan tingkahlaku budak-budak nie..so,kena banyak yang aku kena belajar.Macam-macam budak-budak means pelajar akan gelar diri cikgu baru especially cikgu yang baru masuk cam aku nie.Ha...tu tahun pertama je aku garang dan tegas, tapi walau garang dan tegas,bila ada sambutan hari guru kat sekolah, meja aku yang akan dapat banyak hadiah.Aku pun pelik..garang, tapi ada jugak yang suka dan sayang dengan aku.ha3...tapi, cam best dan rasa bertuah la..cikgu2 lain xbyk dapat hadiah cam aku.. Aku nie xde la garang sangat sebenarnya, just suruh pelajar-pelajar ikut peraturan, hormat guru dan tepati masa. Tahun pertama tu jugak, aku juga mengajar subjek Fiqh untuk pelajar tingkatan 3. Fiqh nie dekat sekolah aku adalah subjek yang penting jugak cam dekat sekolah jais di panggil SMA untuk pelajar Tingkatan 4 dan di sekolah jais pelajar form 4 kena amik exam besar sma nie.tapi, kat sekolah aku dipanggil subjek deeniyah dan mengikut silibus ikram musleh..Walau pelajar tingkatan 3 mengambil pmr, tapi mereka juga kena mengambil exam deeniyah ni jugak kerana ia syarat wajib pihak sekolah dan juga IKRAM MUSLEH.so, nak cakap sibuk tak sibuknya aku, aku kena pegang 1 subjek yang penting dan juga subjek exam besar bagi pelajar tingkatan 3.Aku kena bersaing dan merebut masa antara cikgu pmr dan juga cikgu2 yang lain kerana subjek ini mempunyai cgpa di sekolah.