Google+ Followers

Sabtu, Oktober 30, 2010

Kenangan dan Pengajaran

Salam..dah lama tak tulis sesuatu kat sini..maklumlah sibuk dengan mid term,asignment,& kajian ilmiah..hi3..wlupun sibuk dgn segala2 hal& benda yg nak kena diselesaikan, tapi aku sempat jugak jalan2 dekat Rembau ( gunung datok,kg.durian daun,& gi kolam air panas) utk melawat keluarga angkat..perjalanan yg xdirancang& berlaku secara tibe2..walaupun begitu,hidup mesti kena ade rehat& enjoy kan..atleast,hirup udara segar kt hutan,gunung-gunung& bukit2 yg hjau & segar...itupun dah cukup mendamaikan fikiran aku..betul2 tenang dapat gi tempat yg hijau& nyaman cam tu...Walaupun aktiviti tu xdirancang oleh aku,tapi atas permintaan seseorang,tapi aku happy sebenarnya...sebab beliau & insan2 yg berkenaan telah berjaya utk menghadiahkan aku sebuah percutian yg best sebelum hari lahir aku..sebab hari lahir aku 28hb,tapi percutian tu 24 hb..kira cam bertuah la sebab ade insan yg bawak aku kt tempat cam tu& luangkan masa bersama-sama...insan2 tersebut adalah Ainun,k.wa& atiq..thnks alots to u all sebab bawak aku jalan2..hi3...tahun depan xtau la dapat wat cam tu lagi@ tak.sebab semua orang akan sibuk dengan hidup& kehidupan masing2..maybe,nie last percutian bersama-sama dengan u all.

Erm,kata orang,xkenal xcinta,tpi bila dah kenal,akan lahir perasaan cinta..betul tak?maaf klu salah..dah nak habis rupanye aku belajar kat USIM..dulu,masa mula2 dapat surat tawaran belajar kat USIM,rasa macam terkejut& xpercaya je yang aku akan diterima masuk ke Universiti..ye la,sebab bukan senang nak belajar dekat Universiti...& honestly,aku xjangka yg aku akan sambung study aku kat Universiti..sebab family aku xmampu..tapi,aku xmengalah,aku cuba jugak carik jalan utk sambung belajar,Akhirnya,Alhamdulillah,allah ringankan beban yg dihadapi oleh hambanya ini iaitu aku dengan mudah...iaitu aku dapat sambung belajar dengan mengambil pinjaman PPTN.Segala-galanya aku uruskan sendiri...bak kata orang dari zero-hero..aku belajar untuk menyelesaikan segala-gala dokumen untuk masuk ke universiti dengan seorang diri..sehinggalah untuk meminta cop dari ketua kampung pun aku pergi sendiri..sebab time tu,aku baru pindah ke kuala selangor,& untuk memudahkan urusan,aku terpaksa berjumpa dengan ketua kampung padang jawa& aku terpaksa berulang alik menaiki bas dari kuala selangor- padang jawa..penat memang penat..seminggu diperuntukkan untuk menyelesaikan segala-galanya..& pada hari yg telah dijanjikan untuk mendaftar ke Universiti tiba, aku berasa betul2 teruja..hanya Allah sje yg tahu keadaan aku mse tu..

Pengajaran yg aku dapat kat sini ialah; hidup mesti kena berani,hidup kena tabah,& hargailah insan2 yg syg& ambil berat dekat sekeliling kita,mungkin pada masa akan datang,kita xkan berpeluang@ mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan mereka...lastly, aku sedih nak tinggalkan USIM...banyak perkara aku belajar dekat sini...