Google+ Followers

Selasa, Jun 26, 2012

Qada' dan Qadar

Salam..qada'dan qadar ..ketentuan dan ketetapan yang Allah telah tetapkan untuk seseorang..semua manusia dalam hidup perlu membuat dan mengubah ketetapan dan juga ketentuan yang telah Allah ciptakan untuk diri masing-masing. aku xtahu kenapa susah sangat untuk aku menerima ujian ini..aku bukan hamba yang ingkar kepada Yang Maha Agung Di Atas sana..aku berserah kepadanya atas setiap apa yang aku lakukan.jujur dari hati, aku benar-benar sayang dan cintakan diri dia..tapi, cinta yang dibina diuji.Cinta dia hilang untuk aku.dalam keadaan aku benar-benar sayang dan cintakan dirinya.aku jadi hilang arah tuju pada mulanya..tapi, aku bangun dan berdoa untuk diberikan kekuatan..berdoa untuk diberikan keimanan..aku boleh bangun secara perlahan-lahan. aku sakit..aku demam, aku hilang selera makan..tapi, aku tetap terus berdoa untuk diberikan ketabahan.aku tak pernah berhenti berdoa dan terus berdoa.agar Allah berikan aku hidayah atas apa yang telah berlaku.kadang-kadang, seolah-olah aku berputus asa.tapi, aku menyesal menyatakan sedemikian.aku beristigfar sebanyak yang mungkin agar dosaku diampunkan.untuk kali yang terakhir, aku benar-benar menyatakan cinta aku hanya untuk dia seorang dan sayang aku untuk dia.aku xmampu untuk terima sesiapa dalam diri. walau lambat atau cepat doa dimakbulkan, aku tetap xhenti berdoa dan terus berdoa.. semoga ramadhan yang akan datang tidak lama nanti, memberikan sedikit ketenangan buat diriku..

Ahad, Jun 17, 2012

salam..

salam..salam isra' mikraj dan selamat hari bapa untuk bapa diluar sana.. ade sesuatu yang berlaku dan telah berlaku..seperti seolah-olah menyesal atas sesuatu, tapi mungkin ada hikmah terbesar disebalik semua ni berlaku.. takda ape yang mampu untuk aku katakan, bahawa aku benar-benar belajar dari setiap kesilapan..mungkin, aku bahagia dengan hidup aku waktu ni.cukuplah..tu sudah memadai. andai diberi peluang untuk aku bercinta lagi,ingin aku katakan aku xmampu untuk bercinta.sebab cinta aku hanya untuk dia..aku xde perasaan& cinta tu hilang bila ia telah berakhir. seperti dalam sebuah lagu, sudah cukup2 sudah..cukup sampai disini saja.. ha3..cukuplah..

Khamis, Jun 07, 2012

hidup baru bermula..

salam..hai semua..hi3..setelah lama aku menjadi seperti patung yang tidak berbunyi..tapi kini, aku telah bangkit kembali..hidup baru nie,sekadar permulaan hidup yang baru..tak seindah seperti dahulu..tak seceria seperti dahulu, tapi memadailah aku mampu untuk bangun dan bangkit kembali..Seperti seseorang yang sebelum nie pernah alami sesuatu yang teruk kan??hu3..jujur pada aku ia memang sesuatu yang amat sakit..sakit yang memerlukan rawatan.xde rawatan yang mampu sembuh penyakit nie sebab penyakit hati dan dalaman.. However, lifes must go on..walau ia payah ,susah dan amat susah tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan.. rasa amat payah untuk memujuk dan merawat hati ini.ya, kadang-kadang,manusia melakukan kesilapan..ketahuilah ia bukanlah sengaja dilakukan..ade sebab dan alasan berlakunya sesuatu perkara dan tindakan tersebut.. atas alasan untuk "tidak menyusahkan" dan "membebankan" seseorang. maka perkataan "PUTUS " sebanyak 3 kali dikeluarkan.. aku stress time tu..mungkin ketika tu,aku merasakan putus adalah yang terbaik.sebab tidak ingin menyusahkan sesiapa.walau jujur aku sayang dia. Ketahuilah, melupakan seseorang memakan masa.mengambil waktu yang amat lama.kiranya hati dan ingatan ini boleh dibuang sebegitu sahaja, aku rela mendermakan dan memberikan ia kepada insan yang amat memerlukan.menjadi seseorang yang tidak bermaya sehingga orang sekelilingku benar-benar terkesan dengan perubahan diri. aku benar-benar terharu, bila anak muridku bahagia melihat aku kembali ceria bila aku senyum kepada mereka.senyuman yang amat manis yang jarang aku pamerkan.teguran itu membuatkan aku tersentuh kerna mereka benar-benar mengambil berat akan diriku. kini, aku cuba bangkit.bangun dan cuba bangun.hidupku kini hanyalah untuk membahagiakan orang yang berada disekelilingku sahaja.aku ingin melihat mereka bahagia.aku ingin melihat mereka ceria.kini, aku mampu untuk pergi ke mana sahaja kerna aku mampu membawa myvi ku seorang diri.myvi,mungkin sahabat baikku.walau dia bukan seorang manusia dan xmampu untuk berkata-kata tapi dia adalah bukti sesuatu yang mengembirakan hati.Terima kasih kepada Maheran Abdul Rahman dan Anom Said kerna memberikan sesuatu yang amat dan menyedarkan aku.ingin melihat aku terus bangkit dan bangun.ingin melihat aku ceria dan terima kasih kerna maa menyatakan saya seorang yang tabah, kuat, berani..saya sangat terharu..dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerna memberikan KEKUATAN, KETABAHAN UNTUK aku terus bertahan sehingga ke hari ini. wassalam..

tanah tinggi..

salam..selamat sejahtera semua dan selamat berhujung minggu@ selamat bercuti.. dah lama aku xupdate blog nie..sebab sibuk dengan kerja sebagai seorang guru dan macam-macam lagi.. baru-baru nie cuti sekolah kan? minggu yang pertama, aku tak dapat bercuti sebab jadi person in charge untuk seminar teknik menjawab spm dan pmr.so tired sebenarnya untuk mencari penceramah dan juga guru yg mahir dengan teknik menjawab dan membuat soalan-soalan untuk PMR dan SPM nie..i try do the best for all my students. akhirnya, aku berjaya menemui mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman untuk memberi kan teknik menjawab soalan bagi subjek2 spm dan pmr.. so,cuti minggu pertama aku kat sekolah..walaupun penat dan sangat penat menjadi setiausaha dan juga warden, tapi ia bermakna untuk aku.. aku belajar step by step..from zero to hero..yg paling best, aku dapat tambah kawan yg mengajar di sekolah kerajaan..maklumlah, sekolah yg aku ajar sekarang sekolah swasta.. berakhir je seminar teknik menjawab spm dan pmr kat sekolah, aku terus mempersiapkan diri untuk bercuti ke Tanah Tinggi..@ dikenali sebagai Cameron Highlands..first time,mak drive myvi sejauh nie..aku, mak dan 2 org adik aku bercuti ke cameron highlands..pengalaman dan percutian yang sangat bermakna dan best buat aku..aku kagum dengan keadaan alam semulajadi di sana.keadaan hutan yang hijau, tenang, sejuk dan nyaman membuatkan aku benar-benar tenang di sana. Percutian aku xsia-sia.aku tenang dan sangat tenang di sana. hati seolah-olah berkata, aku telah jatuh cinta dengan Cameron Highlands..aku belajar tentang sesuatu dan kehidupan seseorang. walau ia sebuah kehidupan setahun atau 2 tahun yang lalu, tapi apa yang bermakna buat aku, aku tahu cara kehidupan dia di sana.jauh dan sangat jauh.walau jauh, tapi tenang dan aman damai..jujur dari hati, aku telah jatuh cinta dengan kehidupan petani.perasaan tu tak pernah hilang sebab keluarga sebelah mak adalah petani..nenek ade sawah bendang..pak teh ade bendang,kelapa sawit, atuk sebelah abah ade getah dan aku sekolah menengah pun di tempat dan kawasan pertanian..so, aku boleh dan mampu suaikan diri dalam apa keadaan sekalipun.jujurnya, aku bukan dari kalangan keluarga yang senang dan kaya raya.. Brinchang, tanah rata, ladang teh bahrat, taman sedia, mardi adalah tempat yang sempat aku berkunjung ketika di cameron highlands..percutian yang tak dijangka, aku telah menemui pensyarah yang mengajarku di usim. Nama dia adalah Ustaz Lutfi Zain.ustaz ni mengajar subjek Fiqh Fatwa iaitu subjek major yg aku amik untuk 4 tahun di usim..walaupun dia seoarng yang phscyo, tapi dia baik dan dia masih ingat nama aku bila terserempak dengan dia hari tu..so touch.. hi3...wassalam..