Ahad, Disember 05, 2010

What do the 'listing' and 'let search engines find your blog' settings do?

What do the 'listing' and 'let search engines find your blog' settings do?

cahaya chenta
lovely life
me_nazri
saying nothing,doing nothing
Yang Terluahkan

exam dah hbis...

              Salam.....alhmdulillah,exam dah habis...sekarang just tawakkal& berdoa kat Allah yg Maha Esa agar segala-galanya berjalan dengan baik..

hi3..lepas je exam,akhirnye aku dapat laksanakan cita2@ keinginan aku selama nie.. ini adalah perancangan yg xdirancang wlupun dh lme aku fikirkan utk laksanakannye....firstly nk berkhemah kt dlm hutan@ daki gunung,second nk gi bercuti kt terengganu,third nk gi memancing...tpi,& yg xterjangka, aku just dapat wat 1 je aktiviti iaitu, gi mndi manda kt air terjun sg.gabai& jln2 kt Putrajaya...ha3...


ni lah salah satu tempat yg aku tengok dari jauh...lawa pemandangannye waktu malam..

  dalam perjalanan nak gi sg.gabai tu,aku lalu kt sebelah empangan semenyih nie...lawa tempat nie,& ramai org memancing kat situ....tenang,cantik& damai sangat klu korang lalu kt situ...hjau,tenang& luas...Subhanallah,ciptaan Allah yg cukup menakjubkan...
tenangkan tengok empangan air yg luas nie.....luas,biru,hijau& damai..

kepada sesiapa yg iginkan ketenangan& kedamaian,inilah caranye,lihatlah pemandangan yg hjau& menyegarkan serta kembali kepada mengingati& menghayati erti kebesaran ILLAHI..insyah allah ketenangan akan anda miliki...

Selasa, November 02, 2010

da best day ... :)


sundae yg memBAHAGIAkan...^-^


owh,bahagianya... TAPI....... besday tnpa kek??? em,memang menyedihkan,.. but, xbermakna hidup kita terKESAN sbb bnde tu.. hahahaha pe aku merepek ni... huhuhuhu now,thesis must be settle it first!!!! ok, chaw dulu sume...hehehe



















Sabtu, Oktober 30, 2010

Kenangan dan Pengajaran

Salam..dah lama tak tulis sesuatu kat sini..maklumlah sibuk dengan mid term,asignment,& kajian ilmiah..hi3..wlupun sibuk dgn segala2 hal& benda yg nak kena diselesaikan, tapi aku sempat jugak jalan2 dekat Rembau ( gunung datok,kg.durian daun,& gi kolam air panas) utk melawat keluarga angkat..perjalanan yg xdirancang& berlaku secara tibe2..walaupun begitu,hidup mesti kena ade rehat& enjoy kan..atleast,hirup udara segar kt hutan,gunung-gunung& bukit2 yg hjau & segar...itupun dah cukup mendamaikan fikiran aku..betul2 tenang dapat gi tempat yg hijau& nyaman cam tu...Walaupun aktiviti tu xdirancang oleh aku,tapi atas permintaan seseorang,tapi aku happy sebenarnya...sebab beliau & insan2 yg berkenaan telah berjaya utk menghadiahkan aku sebuah percutian yg best sebelum hari lahir aku..sebab hari lahir aku 28hb,tapi percutian tu 24 hb..kira cam bertuah la sebab ade insan yg bawak aku kt tempat cam tu& luangkan masa bersama-sama...insan2 tersebut adalah Ainun,k.wa& atiq..thnks alots to u all sebab bawak aku jalan2..hi3...tahun depan xtau la dapat wat cam tu lagi@ tak.sebab semua orang akan sibuk dengan hidup& kehidupan masing2..maybe,nie last percutian bersama-sama dengan u all.

Erm,kata orang,xkenal xcinta,tpi bila dah kenal,akan lahir perasaan cinta..betul tak?maaf klu salah..dah nak habis rupanye aku belajar kat USIM..dulu,masa mula2 dapat surat tawaran belajar kat USIM,rasa macam terkejut& xpercaya je yang aku akan diterima masuk ke Universiti..ye la,sebab bukan senang nak belajar dekat Universiti...& honestly,aku xjangka yg aku akan sambung study aku kat Universiti..sebab family aku xmampu..tapi,aku xmengalah,aku cuba jugak carik jalan utk sambung belajar,Akhirnya,Alhamdulillah,allah ringankan beban yg dihadapi oleh hambanya ini iaitu aku dengan mudah...iaitu aku dapat sambung belajar dengan mengambil pinjaman PPTN.Segala-galanya aku uruskan sendiri...bak kata orang dari zero-hero..aku belajar untuk menyelesaikan segala-gala dokumen untuk masuk ke universiti dengan seorang diri..sehinggalah untuk meminta cop dari ketua kampung pun aku pergi sendiri..sebab time tu,aku baru pindah ke kuala selangor,& untuk memudahkan urusan,aku terpaksa berjumpa dengan ketua kampung padang jawa& aku terpaksa berulang alik menaiki bas dari kuala selangor- padang jawa..penat memang penat..seminggu diperuntukkan untuk menyelesaikan segala-galanya..& pada hari yg telah dijanjikan untuk mendaftar ke Universiti tiba, aku berasa betul2 teruja..hanya Allah sje yg tahu keadaan aku mse tu..

Pengajaran yg aku dapat kat sini ialah; hidup mesti kena berani,hidup kena tabah,& hargailah insan2 yg syg& ambil berat dekat sekeliling kita,mungkin pada masa akan datang,kita xkan berpeluang@ mempunyai kesempatan untuk berjumpa dengan mereka...lastly, aku sedih nak tinggalkan USIM...banyak perkara aku belajar dekat sini...




Selasa, September 28, 2010

1 Bulan....

Salam...aku masih disini ....di usim...dan masih dibumi nilai...hu3...dalam masa yg sangat singkat iaitu 1bulan untuk selesaikan segala-gala benda dan perkara buat kali terakhir..adakah aku mampu untuk selesaikan semuanye?..aku takut untuk berhadapan dengan semua keadaan & cabaran yg bakal dilalui...percayalah,...aku x pasti sama ade ia berjaya atau tidak...but,yg sure ye aku akan cuba buat yg terbaik walaupun hanyalah untuk yg terakhir..inilah penamat dan penentu hidup..hidup yg  kadang2 terpaksa dilalui dengan pahit,getir& sengsara...namun,daripada kepahitan,kesusahan&kegetiran yg dilalui itulah aku berada disini...mampu menjejakkan kaki di tanah usim ini...sometimes,aku berada dalam bayang2 dan hidup aku sendiri,berfikir untuk terus mengalah dan biarkan takdir menguasai segala-galanya...& dalam satu masa& saat, aku terpikir yg aku harus berubah& ada peningkatan dalam diri...untuk capai apa yg aku perlukan...untuk ada pembaharuan yg positif dalam hidup..xsemua benda yg kita inginkan dalam hidup ini akan dicapai dengan mudah tanpa usaha,tenaga& mengorbankan sesuatu yg amat bermakna dalam hidup..iaitu diri sendiri..perjuangan aku masih jauh& banyak lagi liku2 hidup yg bakal aku lalui tanpa aku sedari..

Rabu, September 22, 2010

hidup.....

Salam...selamat pagi....sebenarnye hidup cam putaran roda,sekejap diatas dan sekejap dibawah..& ade masa kita akan jatuh ke bawah..cuma yg kuat & tabah je yg akan bertahan sampai ke puncak.cam lagu menuju puncak gemilang cahaya...erm..hidup yg penuh dugaan dan cabaran dlm hidup.kadang2 kita xsedar yg masa& keadaan semakin menghampiri diri kita sehingga membuatkan kita jadi tertekan..sebelum semua perkara@ masalah yg tidak diingini tu berlaku kat diri kita,maka eloklah kita sempurnakan hidup& hari kita dgn selesaikan semua kerja2 yg tertangguh& perlu disubmit dgn segera...ha3..jgn wat last minute..bahaya..merana diri..post ini juga mengingatkan diriku sendiri agar selesaikan segera kerja2 yg tertangguh.hidup yg mesti& kena berjuang utk mencapai sesuatu dlm hidup....secara jujurnye,sabarlah dlm menempuh dugaan& cabaran yg dihadapi biarpun ia pahit,sakit& rumit.Percayalah pada ketentuan illahi yg setiap sesuatu itu ade hikmah disebaliknya...& usaha adalah cara& jalan yg mesti dilakukan utk memperbaiki sesuatu keadaan&cabaran.Belajarlah utk jadi kuat&tabah,&janganlah cepat putus asa...katakanlah pada hati yg kita semua mampu utk hadapinya...walaupun kadang2 kita akan jatuh& tersungkur ke bawah,tapi kegagalan& kecewa yg kita alami itu adalah saat yg paling bermakna buat diri sebab kita akan belajar dgn bersungguh2 dan berusaha utk mencapai apa yg kita inginkan dengan terbaik.kegagalan mengajar kita erti tabah,erti penat lelah,erti sebuah pengorbanan,erti sebuah penghargaan,erti sebuah komitmen,erti sebuah kebenaran,erti sebuah penilaian dan juga erti sebuah pencapaian dalam diri seseorang.walaupun aku bukan seorang yg pandai& cerdik,tapi aku bersyukur& aku percaya yg seseorang itu ada kebolehan& kelebihan diri sendiri..Allah Maha Adil,Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana,die menciptakan manusia dgn berbagai2 ragam& keadaan supaya manusia saling berkenal-kenalan& belajar utk berinteraksi sesama manusia..pengalaman mengajar seseorang jadi lebih matang dalam hidup.pengalaman juga mengajar manusia agar sentiasa berhati2 dalam melalui liku2 hidup.

Sabtu, September 18, 2010

Salam....

Salam..akhirnya berjaya jugak aku membuat blog aku sendiri..rasa betul2 happy sebab dah ade blog sendiri...aku terpanggil untuk membuat blog sendiri adalah untuk berkongsi sesuatu bersama2 dgn blogger yg lain2 dialam maya ini& juga untuk cuba mengembangkan sesuatu@ bakat yg terpendam kt diri nie melalui penulisan..ha3...rse cam bahagia sangat2& alhamdulillah aku berjaya melakukannyadengan usaha yg gigih...wlupun gagal beberapa kali..maaf klu blog nie xlawa sgt sbb bru diperingkat permulaan..bak kata org baru belajar merangkak...ha3..inilah post aku yg pertama..meluahkan rasa & perasaan gembira setelah berjaya memiliki blog sendiri..wlupun macam agak terlambat utk membina blogs sendiri,tapi aku bersyukur yg aku mampu melahirkannya..ha3...bukan senang utk insan seperti aku untuk mendalami erti& selok belok IT yg semakin kembang maju nie..but,we should learn new things in our life& also improve ourself right?hi3..