Ahad, Disember 02, 2012

Sajak Monolog Dari Rahim - Ustazah Norhafizah Musa

apa yang mampu membuatkan anda bahagia?


Salam..mungkin setakat ni, aku mempunyai waktu dan masa untuk menulis sesuatu di dalam blog nie.Pernah rasa kecewa,sakit hati&menyesal?soalan macam tak masuk akal kan untuk tanya.ha3..ya, aku tahu, korang semua pernah rasa dan alami keadaan dan situasi tu.. apa yang mampu membuatkan korang semua bahagia dan kembali seperti sedia kala setelah mengalami situasi tu?tiba-tiba banyak soalan pulak kan kena tanya dan jawab. lain orang,lain cara dan pelbagai cara untuk lupakan semua masalah dan perasaan tu kan..bagi aku, cara aku untuk membuatkan& melupakan semua masalah dan ujian yang aku lalui hanya lah dengan bermain dan menghabiskan masa dengan baby&budak kecik. selain cara berdoa untuk kuat, tabah dan berusaha untuk lupakan semua yang terjadi. Bagi aku, selain dengan semua perkara yang perlu dan sepatutnya aku lakukan, dengan bermain dan menghabiskan masa bersama budak-budak dan baby adalah cara yang benar-benar dapat membahagiakan diri aku.aku tenang dan bahagia dengan baby. Aku suka tengok baby senyum, ketawa,berjalan dan menangis.comel sangat.Kat sekolah, if ade cikgu2 perempuan yang dah kahwin bawak baby&anak kecik datang bilik guru, aku suka kacau dan main dengan budak-budak kecik tu.Budak-budak kecik comel, banyak keletah dan perangai. ade masa, dia menangis, meragam, demam dan gembira.Aku mudah mesra dan rapat dengan budak-budak kecik,senang untuk bergaul dan berkawan dengan mereka. Jika aku dikenali sebagai seorang yang kasar dan ganas, tapi bila kawan dan main-main dengan budak-budak kecik, aku adalah sama dan ceria seperti mereka.aku mampu untuk bermain kejar-kejar dengan budak-budak tu, mampu untuk buat mereka ketawa dan mampu untuk buat mereka seronok kawan dengan aku. Disebabkan aku suka dan gemar dengan kanak-kanak,aku bercita-cita untuk mengambil anak angkat.Mungkin kehidupan ku akan lebih ceria dan bahagia bila dapat meluangkan masa bersama baby yang comel. Aku ingin melupakan semua yang terjadi.sedikit sebanyak masa ku akan terisi dengan baby yang comel serta mungkin aku mampu untuk lupakan semuanya.

Sabtu, Disember 01, 2012

noktah (Hazama) lirik

misteri jodoh

salam..apa khabar semua?Semoga dalam kedaan sihat& sejahtera hendaknya..sebenarnya, tak tahu nak tulis tajuk pasal ape. Mungkin yang bermain di kepala adalah tajuk slot SEMANIS KURMA berkenaan "MISTERI JODOH".Antara isi yang disampaikan oleh ahli panel malam tadi untuk mendapat seseorang yang baik atau jodoh yang baik, kita mestilah baik dekat Allah, dekat diri sendiri,orang sekeliling dan juga dekat alam ciptaan Allah. Bila mengingat dan bermuhasabah kembali ujian-ujian yang aku lalui awal tahun sampailah ke hari ini, ia semua saling berkait rapat dengan diri sendiri.Allah tak kan uji seseorang dan juga hamba-hambanya jika dia tidak mampu untuk hadapi semua ujian tersebut. Salah satu ujian yang aku lalui ialah bila mana mak sakit dan tidak boleh berjalan. Pada permulaanya, aku rasakan aku tak mampu untuk melihat keadaan mak sebegitu. Bak kata orang"Walau sehebat dan berjayanya seseorang lelaki itu, ada seseorang di belakangnya mungkin ibunya dan mungkin jua isteri nya". Begitulah yang aku alami, suami xlengkap tanpa isteri dan anak-anak tak lengkap tanpa ibu. Berbalik kepada soal jodoh dan perkahwinan,ia bukan hidup hanya sehari dan kemudian bercerai jika tidak sefahaman, tapi ia adalah sebuah ikatan yang menyatukan hubungan sehidup semati. Soalannya, adakah anda semua telah bersedia untuk menempuh dan memegang tanggungjawab yang telah ditetapkan diatas bahu sendiri. Sebagai seorang ayah, tanggungjawab nya bukan hanya memberikan nafkah, menghantar anak ke sekolah,universiti, memberi kasih sayang malah mendidik dan menegur segala kelakuan anak yang telah diamanahkan kepada beliau. Tugas seorang ibu pula, memberikan kasih sayang kepada anak-anak, menguruskan hal-ehwal rumah tangga malah medidik dan membentuk peribadi anak-anak tersebut.Kedua-dua individu inilah insan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak kan warna@ jati diri anak-anak tersebut. Setelah melalui dan belajar sedikit sebanyak daripada ujian yang dilalui, aku merasa kagum kepada ibu-ibu dan bapa-bapa diluar sana.Sebab tugas dan amanah yang dipikul amat berat dan payah.Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Bila mana mak sakit, aku belajar untuk menguruskan tentang masa dengan lebih bijak.Dengan tugas sebagai guru disekolah,sebagai warden asrama, rutin menghantar dan mengambil adik di sekolah,menjadi nurse untuk mak dan juga menguruskan hal ehwal rumah.Ia sangat mencabar dan menuntut seribu kesabaran untuk melaluinya. Jujur,ujian yang aku lalui mungkin adalah sebagai latihan dan panduan untuk aku tempuh alam rumah tangga suatu ketika nanti.Jika suatu masa dahulu, aku pernah dan telah melakukan sesuatu, maka izinkanlah aku tinggalkan ia di situ. Aku bahagia dan gembira dengan melihat dan bermain bersama-sama dengan kanak-kanak& juga baby. Jika suatu masa dan saat dahulu, aku lemah dan tidak mampu untuk melalui semua ujian ni, tapi izinkanlah aku menyatakan aku sangat bersyukur dengan ujian yang diberikan. Aku mampu untuk tempuh ujian ini.Aku belajar segala-galanya. Untuk membentuk sebuah keluarga,ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukan juga hanya cinta semata-mata.Tapi, ia perlukan pelbagai ilmu sama ada berkenaan duniawi dan akhirat. Ia adalah sebuah tanggungjawab yang dipikul dan di bina bersama-sama atas nama cinta dengan terkandung pelbagai ilmu yang amat bermakna untuk membina dan mendidik seorang insan dan juga hamba Allah.

Selasa, November 20, 2012

perpindahan dan pembaharuan

salam...salam maal hijrah semua.walau mungkin dah terlambat..maaf.. sempena bulan islam yang cukup mulia dan perpindahan bulan islam ini.. marilah kita sama-sama berubah kan..berubah untuk membaiki diri dan berubah untuk mendekatkan diri kepada Illahi..mungkin selama ni, kita banyak dan sering melakukan kesilapan dan sesuatu yang membuatkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak ataupun orang disekeliling. tanpa kesilapan, manusia takkan sedar tentang dirinya sendiri dan kesilapan mengajar tentang hidup seseorang. Cukup dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita atau ahli keluarga kita atau orang disekeliling kita.mungkin kita tak pernah dan lalui ujian tersebut kerna ujian dan dugaan yang Allah berikan adalah sesuai dengan diri seseorang. Namun, cara dan bagaimana seseorang itu menghadapi cubaan dan ujian itu mungkin menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk manusia itu memperbaiki diri. Jujur sepanjang awal tahun dan hinggalah ke akhir tahun ini, aku melalui detik-detik dan dugaan dan ujian yang tidak henti-henti. Benar, hidup tidak lari dari ujian dan cabaran kan. Tapi, ujian dan cabaran yang dilalui memberikan kesan dan perubahan terhadap diri seseorang. seolah-olah terasa amat lemah dan putus asa untuk hadapi, tempuh dan menyelesaikan ujian yang datang bertali arus ibarat sungai yang mengalir deras. Ujian iman, mental dan fizikal dilalui setiap hari. Jika aku tidak kuat, tabah dan sabar untuk melalui hari-hari tersebut, aku mungkin tiada di sini..tidak berkesempatan untuk membuat entry ini. Tahun ini, adalah tahun yang benar-benar menguji. Namun, aku tidak henti berdoa dan memohon kepada Yang Esa agar aku dapat melalui hidup ku dengan sabar,kuat dan tabah. Aku berdoa disebalik setiap ujian yang aku lalui sepanjang tahun ini, ada hikmah yang tersembunyi walau jujur aku tak mampu dan berdaya untuk melaluinya sehari-hari. Mungkin pada asalnya, aku seakan lemah dan putus asa untuk hadapi ujian yang tak henti-henti, tapi aku berusaha untuk mencari dan memperbaiki diri. Ujian datang untuk menguji sejauh mana diri kita, iman kita,dan rasa penghambaan kita kepada Pencipta.seperti mafhum di dalam sepotong ayat Al-quran " Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan sesuai dengan dirinya dan keadaannya". Maka, banyakkanlah bersabar, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan ujian dan masalah yang di hadapi.

Ahad, Oktober 07, 2012

Kematian...

salam..selamat sejahtera semua..semoga dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Illahi..alhamdulillah,kita masih diberikan masa dan waktu untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki diri.. bunyi cam pelik je kan entry kali nie..KEMATIAN..pernah terlintas di fikiran kita untuk tahu mcm mana kita akan meninggal dunia,apa amalan yang mampu kita bawa untuk menghitung segala amalan kita nanti?JODOH,REZEKI DAN AJAL MAUT semua dirahsiakan dalam diri semua manusia. Ia adalah ujian dan cabaran untuk kita lalui sepanjang hidup di alam dunia.semua tu adalah perkara yang kita akan lalui suatu ketika nanti.. Menyentuh tentang kematian,adakah kita bersedia untuk meninggal dunia?mengharungi siksaan dan balasan ketika nyawa dihembuskan untuk kali terakhir.Adakah kita akan meninggal dunia di dalam husnul khatimah atau husnul syai'iah?kita je yang akan tahu. sebelum kita pergi, ujian pertama yang kita akan lalui ialah ketika di saat nazak iaitu saat untuk menghembuskan nafas yang terakhir. Ada sebahagian manusia akan pergi dan meniggal dunia dalam keadaan yang senang,mudah dan bermacam ragam.semuanya terpulang kepada individu tersebut. Kematian adalah suatu perkara yang kita tidak boleh lari.sama ada tua,muda dan sebagainya.Justeru itu, adakah kita semua mahir dan tahu cara pengurusan jenazah yang betul dan mempelajari ilmu tersebut?Mungkin sebahagian daripada kita,mengetahui bahwa pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah.Namun,jika dalam kampung itu,tidak ade seorang pun yang tahu dan mahir tentang pengurusan jenazah maka,ia menjadi hukum wajib. Iaitu mesti ade seorang yang tahu bagaimana cara pengerusan jenazah itu dilakukan.Jika tidak, seluruh penduduk kampung itu akan mendapat dosa. Kini, zaman makin moden dan canggih.bak kata orang,semua ade di depan mata. dan yang paling penting sekarang,orang kata semua memerlukan duit. Mungkin,semua orang akan terkejut bila mana cara pengurusan jenazah daripada memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan memerlukan kos yang tinggi. Itulah realiti dan keadaan sekarang. Namun,ketahuilah semua perkara itu boleh dan akan menjadi mudah bila seseorang itu mempunyai ilmu tentang bagaimana cara pengurusan jenazah itu di lakukan. Memadailah bila mana dalam satu keluarga tersebut ada seorang yang tahu bagaimana pengurusan jenazah itu dapat dilakukan dari aspek (Memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengembumikan) itu adalah sebaik-baik amalan yang mampu di lakukan oleh si anak untuk kedua ibu bapanya sekiranya ibu bapanya meninggal dunia kelak. Mungkin, ini adalah mukaddimah yang pertama berkenaan kematian.

Sabtu, September 29, 2012

angry bird...

salam..pernah dengar nama game or permainan or ape sahaja yang baerkaitan dengan angry bird?HA3..agak kelakar dan sangat kelakar bila aku mendapat gelaran angry bird drpd anak murid2ku..dalam sejarah, orang mengatakan bahawa aku sama seperti angry bird.. jujur aku katakan,bahawa aku tak reti marah dan garang dengan orang..sampaikan kawan-kawan yang benar-benar kenal aku tak tau bila aku akan marah..mungkin,bila berada ditempat dan keadaan yang berbeza, keceriaan dan senyuman itu hilang.aku menjadi tegas dan sangat garang.ketahuilah bahwa garang dan ketegasan yg aku tonjolkan adalah untuk mengajar anak muridku tentang undang-undang yg mereka telah hilang dan hancurkan..mereka merasakan bahawa undang-undang hanyalah perkara yang biasa dan tidak bermakna.disebabkan tiada undang-undang mereka boleh melakukan sesuka hati diluar dan menimbulkan kesusahan kepada orang disekeliling mereka.. so,tegas dan garang yang aku tunjukkan hanyalah untuk tujuan mendidik. tegas dan garang aku bukan untuk membuat mereka benci dan menghina aku.. tegas dan garang aku bersebab dan mempunyai sebab.. ketahuilah,law is still law..undang-undang dicipta dan diwujudkan untuk mendisiplinkan manusia dalam semua keadaan.. aku masih megikut prosedur yang betul ketika mana bertugas sebagai seorang warden dan juga guru..so, who am i,man ana, dan siapa saya, hanya manusia yang benar-benar faham aku akan tahu dan kenal aku seperti mana..

Jika

jika aku diuji dan diuji dengan ujian sebegini dan putus asa sebegini, maka Allah tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambanya.. jika aku lemah dan selalu leka dan pernah terleka dan memendam rasa sehingga ia mampu melupakan siapa aku,maka aku akui aku hanya manusia biasa..manusia yang lemah dan lemah dengan semua ujian dunia.. jika semuanya tidak berlaku kepada diriku,mungkin aku tidak mengetahui siapa aku yang sebenar..adakah aku seorang yang baik atau sebaliknya.. jika kebencian dan kesakitan itu membuatkan dia bertambah benci dan terseksa, ketahuilah bahwa aku lebih menderita..lebih sakit dan benar-benar sakit setelah apa yang telah terjadi.. jika cinta itu mampu untuk diberikan kepada Yang Maha Esa dan Dia adalah pemilik yang berkuasa di atas nikmat cinta ini, ambillah ia semula..hilangkan rasa cinta itu dari dalam hidupku..kerna aku tak berhak memiliki anugerah dan nikmat cinta itu.. jika dia merasakan aku telah menyakitkan dan membuatkan diri terseksa, maka baikilah kesilapan dan kesalahan yang ia telah lakukan... cinta tu telah hilang..kepercayaan itu telah hilang. jika disebabkan peristiwa itu,aku menjadi tegas dan berbeza dari sebelumnya, maka ketahuilah ia telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidupku..

Ahad, September 09, 2012

Lirik lagu : adamu by Najwa Latiff

Merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Mensyukuri segala nikmat Yang dikurniakan di dunia Kau berikan ku kekuatan Tuk berpegang pada jalan Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu ku merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan

Who am i? Man Ana? Siapa Saya?

salam..siapa saya?who am i?man ana?bunyi agak pelik kan.dah lama buka blog ni tapi tak pernah terpikir untuk memberitahu dan menceritakan siapa empunya diri yang sebenarnya.. mungkin aku pernah bercerita tetapi tidak secara details dan lengkap. Tiba-tiba,ingin menceritakan siapa aku yang sebenarnya.Nama penuhku adalah nor azimahtuljumaah binti masrom.kat umah nama gelaranku adalah intan.aku mempunyai banyak nama panggilan iaitu azimah,juma,jemaah dan jumaah.semua nama yang diberikan ade cerita tersendiri..Aku dilahirkan pada 28 Oktober 1988 dan kini umurku adalah 24 tahun. Tinggal dan menetap lama di kg.rimba jaya iaitu bersebelahan dengan sungai rasa dan padang jawa.aku suka tinggal dan duduk di situ.banyak kenangan dan cerita tentang hidup sewaktu kecilku di situ sehinggalah aku berusia 12 tahun. Aku adalah anak ketiga daripada 7 orang adik beradik.seorang kakak sulung bagi 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.tanggungjawabku agak besar dan terlalu besar.seolah-olah apabila tiada kedua ibu bapa ku kelak,akulah insan yang akan menjaga dan bertanggungjawab keatas 4 orang adik2 ku. Memulakan persekolahan di sekolah tadika kemas rimba jaya.tadika tu,betul2 depan rumah aku.mempunyai kawan yang bernama nur anzalna,rashidah afiah, mohd fadhly,fadil dan juga beberapa lagi teman permainanku di waktu itu.Sekarang,kebanyakan daripada mereka telah berkahwin dan bakal berkahwin. Ketika di darjah 1 -darjah 6, aku bersekolah di sekolah rendah padang jawa. (sek.keb.p.jawa& sra p.jawa)aku nakal dan sangat nakal di waktu itu. Aku suka buli orang..aku suka kenakan orang dan aku memang nakal waktu tu.Sehingga baru2 nie, bila aku berjumpa kembali dengan kawan-kawan sekolah rendahku, mereka semua tidak menyangka bahawa aku telah berubah menjadi seorang yang bergelar tenaga pengajar. Ini disebabkan sewaktu dulu, perangaiku seperti tomboy.kesian dekat orang yang pernah aku buli dulu seolah-olah ingin meminta maaf kepada mereka semua. Macam-macam aktiviti aku buat sewaktu tu, aku suka main roondest@ besball,main kejar2, police entry,mandi kolah wak haji misnan,makan buah mangga, main pondok2, dan secara jujurnya diwaktu lapang or waktu cuti sabtu& ahad, ade sje aktiviti ku ketika itu dan aku tidak duduk di rumah.Bak kata orang "suka merayap".Tapi, waktu tu, kawasan dan tempat yang menjadi port untuk melakukan aktiviti hanyalah di rumah rashidah afiah, fadhli dan juga surau depan rumahku.Best sangat.Usia itu, aku juga aktif bermain bola baling,mengikuti kelab persatuan bulan sabit merah dan kelab matematik.Bersama mereka semua lah aku membesar.Petang lepas balik sekolah agama, masing2 akan pergi kelas mengaji di tempat yang sama.ade masa, kami semua akan study dan belajar bersama-sama untuk menduduki upsr dan psra. Selepas sekian lama bersama dengan teman-teman permainanku,lepas darjah 6, aku terpaksa dan berpindah di sekolah lain.Sekolah agama yang terletak di kampung sebelah ayahku.5 Tahun aku belajar disitu.Belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan menimba ilmu walupun pada mulanya aku merasakan aku terseksa dan menangis setiap hari kerana tidak suka tinggal di situ. Siapa tahu, dengan keterpaksaan itu, aku menjadi insan dan manusia seperti hari ini.

Jumaat, September 07, 2012

tanggungjawab..

salam..dah lama tak update blog nie..tanggungjawab adalah suatu amanah dan tugas yang mesti dilaksanakan.semua orang ada tanggungjawab.tanggungjawab kepada diri sendiri,kedua ibu bapa,agama dan juga bangsa. Alhamdulillah,5 sept 2012 genaplah aku menjadi seorang guru..guru yang mengajar di sekolah menengah islam hira'. Pada awal aku menjalankan tugas sebagai seorang guru, aku berasa amat takut dan gerun untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab tersebut.ini disebabkan aku bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman sebagai pendidik.Namun, dari zero aku menjadi seorang hero.iaitu, belajar untuk mengajar dan juga belajar untuk menjadi seorang pelajar.Subjek pertama yang aku ajar adalah b.arab.. Kini,aku mengajar pula subjek fIKAH..Banyak perkara dan benda yang aku belajar di sini..

Sabtu, September 01, 2012

sebuah kehidupan..

salam..salam aidilfitri dan salam untuk semua..jujurnya,aku xtahu untuk menulis entry berkenaan ape..but,ade sesuatu yang ingin aku kongsikan..mungkin ia adalah sesuatu yang biasa di dengar oleh orang ramai dan juga orang diluar sana.semua ni juga ade kaitan dengan qada'dan qadar Allah.manusia hanya merancang dan setiap perancangan itu ditentukan oleh Allah.. sebelum ni,aku pernah mendengar dan membaca beberapa artikel..tak tahu,sama ada ia pendapat dan maklumat yang benar@ tidak.orang pernah mengatakan bahawa jodoh kita adalah seseorang yang akan membaiki dan menutup kekurangan diri kita.Apa yang aku ingin maksudkan ialah dia akan saling lengkap melengkapi dan bakal pasangan kita tu juga adalah seseorang yang mungkin sama dengan diri kita..adakah ini betul ataupun tidak,itu terpulang dekat individu tersebut.. Jujurnya,untuk memilih seseorang yang benar2 boleh dijadikan seorang teman dan sahabat dalam hidup untuk selama-lamanya,ubahlah diri kita dulu..mungkin,kita ada banyak kekurangan dan kelemahan yang menyebabkan kita susah untuk menemui jodoh atau pasangan hidup.aku bukan seorang yang baik dan cukup baik.tapi,aku manusia biasa..manusia yang pernah dan banyak melakukan kesilapan..kesilapan dan kelemahan lalu mengajar aku banyak perkara dan keadaan.yang indah jadikan kenangan dan yang buruk jadikan pengajaran dalam kehidupan.Kebahagiaan itu akan datang dengan cara yang tersendiri dan ketahuilah kebahagiaan orang lain juga turut membahagiakan diri aku. Aku bahagia bila semua kawan-kawan aku akan dan bakal kahwin serta mempunyai anak.siapa aku,hanya aku yang mengenal dan memahami diri aku..hanya jauhari yang mengenal manikam.

Jumaat, Ogos 24, 2012

sebuah perjalanan

salam..apa khabar? cm mne dgn raya anda semua?hi3..sebab sekarang sedang musim raya kan..Alhamdulilah..inilah raya yang aku rasakan bahagia dan seronok sepanjang umurku 24 tahun..kebahagiaan tu datang dengan cara yang berbeza dan lain-lain kan..so, aku bahagia dengan raya tahun ni.setelah apa yang telah berlaku sebelum2 ni. Alhamdulilah,raya tahun nie aku berpeluang dan berkesempatan menemui semula kawan,ustaz dan ustazah yang mengajarku di sekolah agama menengah sungai selisek ( SAMSES). Jujurnya,dah lama aku merancang untuk berjumpa dan beraya dengan mereka semua..ini adalah doa dan impianku setelah aku keluar dari sekolah menegah tersebut.iaitu 2005.. 2012 baru jumpa balik.. Perjalanan yang best.dari rumah,aku drive alone dalam masa 1 jam.iaitu dari jeram-felda sg.tengi.melalui jalan batang berjuntai,ijok,jalan raja musa dan kawasan kelapa sawit yg sunyi sepi.setengah orang, mungkin tak berani lalu jalan tu sebab bahaya dan berdekatan dengan estate india.but, aku redah je..memulakan perjalanan pada pukul 9am dan sampai di felda sg.tengi tepat pada 10 am. Perjalanan aku di sambut oleh kawanku yang bernama aini tapsir.so,first perjalanan,gi umah dia dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain sampai.sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, aku dijamu oleh dia dengan makanan yang sedap dan popular oleh orang jawa iaitu "PECAL"..SEDAP..sangat sedap..susah nak jumpa pecal yang sedap cam tu kalau kat kawasan umah aku..aku sanggup gi tg.karang untuk beli pecal yang sedap sebab kat situ je ade org yang pandai dan jual pecal kat pasar tg.karang. setelah beberapa lama menunggu semua kawan-kawan ku sampai di rumah aini, maka kami pun bergerak ke rumah syafika..menu yg dihidangkan ialah bihun tomyam..aku makan bihun tu sebab tuan rumah dah hidangkan makanan untuk tetamu kan.so.makan je la..rezeki jangan tolak.hi3..lepas tu,gi gesir pulak..kat gesir tuan rumah sediakan bihun tomyam dan nasi impit..so,aku pilih nasik impit..lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke rumah ustaz azhari asmaon..my best cikgu kat samses..aku minat sejarah sebab dia ajar sejarah lain dari yang lain..kat umah ustaz nie, ustaz sediakan pecal..so, makan je la sebab dah lama xpergi umah ustaz..sedap jugak pecal ustaz buat..Lepas tu, gi umah ustazah pulak.hi3..kat umah nie, tak makan..minum air je..sebab dah petang.nak cepat..sebab lepas tu nak gi sg.besar pulak.umah kawan..perjalanan dari selisek ke sg.besar mengambil masa selama 1 jam paling lambat dan 1/2 jam paling cepat.ikut jalan hutan.. sebab lalu sebelah hutan..perumahan semua tak ada..kedai makan @ shell minyak pun takde.so, pandai2 la survive kat sini. lagi satu, jalan kat sini banyak lopak dan rosak ,so kena hati-hati.sebab boleh kemalangan..tapi aku bawak laju gak..100km2@ 80 km..hi3..tepat pukul 6.30 pm, sampai umah yang dituju..masing2 kepenatan termasuk la aku..kat umah tu pun makan bihun tomyam jugak.so, kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang perjalanan adalah menu yang disediakan adalah bihun tomyam dan pecal. Perjalanan pertama selesai dengan perjalanan dari jeram ke sg.besar..dan hari kedua aku aku meneruskan perjalanan pulang seorang diri ke jeram melalui jalan yang sama.. tapi, sebelum balik, aku singgah jap kat 3 buah umah. 3 buah ni adalah umah kakak yang rapat dengan semasa aku belajar di selisek.umur just beza setahun je dari umur aku. Akhirnya, aku dapat jugak menjejakkan kaki ku ke rumah kak aisyah jamali.dia ni sebenarnya sepupu aku.sebab sepupu aku sepupu dia jugak..mak andak dia mak teh aku. mungkin sebab sama-sama dah besarkan,so teringin nak tengok masing2 kahwin.. aku dengan selambanya jawab " saya nak tengok akak kahwin dulu"..& dia pulak jawab " akak nak tengok awak kahwin dulu"..ha3.. moral of the story : HIDUP ADALAH SEBUAH PERJALANAN..JODOH PERTEMUAN SEMUA URUSAN TUHAN.MANUSIA MERANCANG.DAN SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN DARIPADA YANG MAHA ESA.ALLAH MERANCANG SEGALA-GALANYA.BAHAGIA,GEMBIRA,DUKA DAN KECEWA, SEMUA UJIAN YANG DIBERIKAN KEPADA HAMBANYA SEBAGAI TANDA KASIH SAYANGNYA. AKU BAHAGIA DENGAN HIDUP AKU SEKARANG.

Sabtu, Ogos 18, 2012

Di sebalik ramadhan..

salam..salam ramadhan..dan salam aidilfitri..dah lama aku xupdate blog nie..nie disebabkan aku terlalu sibuk dengan kerja sebagai seorang guru di sekolah yang penuh dengan aktiviti..buat kertas soalan untuk ujian,trial dinniyah dan juga sibuk mengajar.. mungkin kesibukan itu memberikan makna yang amat bermakna buat aku.. Tak lama lagi, nak raya kan..disebalik ramadhan yang mulia ini..terlalu banyak yang aku tempuh..aku merasakan ramdhan kali ini benar2 bermakna buat aku.. Disebalik ramadhan yang mulia ni,aku dapat bina balik diri aku..aku belajar untuk bangun,belajar untuk terus hidup dan mencari nur ramadhan setelah ape yang berlaku..bila aku cerita kat exroomate aku ape yang aku lalui,die sedih dan benar2 terkejut atas ape yang aku hadapi.die tak sangka yang aku boleh jadi tabah dan sekuat cam nie walau aku pernah rasa betul2 lemah..aku pun terketar2 cerita kat die.ni disebabkan dah lama xbersembang dgn die.however, itulah kehidupan. Sekejap Dibawah dan Sekejap Diatas. Allah takkan uji hambanya jika Dia tahu yang hambanya itu tidak mampu untuk lalui dan hadapi ujian tersebut. " LA YU KALLIFULLAH HUNAFSAN ILLA WUS AHA' LAHA MAKASABAT WA ALAIHA MAKTASABAT". SURAH AL-BAQARAH AYAT 238. kadang-kadang,manusia xsangka yang die akan diuji dengan banyak ujian dalam keadaan serentak..di sebalik ramadhan yang mulia ni juga, aku dapat melihat keceriaan seorang ibu yang rindukan seorang anak..kegembiraan jelas terpancar bila mana anak yang tersayang balik ke pangkuan keluarga setelah sekian lama menghilangkan diri.. disebalik ramadhan yang mulia nie,aku berjaya mengubah sesuatu..sesuatu yang mungkin susah untuk dilakukan..ia mengambil masa yang agak lama..mengambil ruang dan mengambil 1001 kekuatan..dan doa adalah penghubung atas semua yang telah berlaku.. semoga, ramadhan yang aku lalui dan ujian yang aku lalui sebelum ramadhan tersembunyi 1001 hikmah dan rahsia disebalik semuanya.Hanya Pada Dia Aku Mohon Perlindungan dan Hanya Pada Dia Aku Memohon Kasih SAyang dan juga Kekuatan.Dia Mampu Mengubah Semuanya.

Ahad, Julai 22, 2012

Ramadhan..

salam..salam ramadhan..salam ramadhan untuk semua yang singgah di blog ni. ramadhan menjelma lagi.rasa,masa tu pantas dan sangat laju berjalan.mungkin selaju ktm @erl yang terlalu laju di jepun. ada banyak peristiwa dan kenangan di sebalik peristiwa ramadhan nie.salah satunya adalah tentang kelebihan malam lailatulqadar,turunnya Al-quran dan ramadahan adalah bulan sebaik-baik bulan bagi orang yang beragama islam. sepanjang 11 bulan, mungkin kita sebagai seorang hamba yang lemah dan sentiasa diuji dengan ujian dan dugaan daripada syaitan dan juga hawa nafsu,seringkali gagal dan tewas dengan ujian tersebut.lantas mengambil keputusan yang terburu-buru, menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.mungkin, ramadhan adalah bulan yang sebaik-baiknya untuk kita perbaiki diri dan kesilapan kita sepanjang 11 bulan.tanpa kita sedar, ada insan @ orang yang terguris dengan diri kita. ramadhan adalah bulan terbaik untuk kita belajar dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.bulan yang terbaik untuk kita belajar bermuhasabah diri.bulan yang terbaik untuk kita berubah dan membina sesuatu yang baru sebagai seorang hamba Allah yang mungkin lebih baik dari sebelum itu. memaafkan seseorang dan kesalahan manusia adalah perkara yang amat memerlukan sebuah kekuatan..bukan mudah bagi seseorang manusia yang dirasakan dianiaya,dihina,dikutuk@ apa sahaja oleh manusia biasa dapat dan mampu untuk memaafkan kesalahan sesama manusia.tapi, ganjaran pahala kemaafan itulah sebenarnya amat bermakna.memaafkan disebabkan rasa penghambaan..memaafkan disebabkan rasa lemah dengan diri sendiri.kerna, manusia hanyalah hamba biasa dan yang berkuasa disebalik semua ini adalah Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyanyang.Mungkin diciptakan ujian dan dugaan untuk menguji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan seseorang hamba.adakah hamba tersebut mampu untuk lalui semua nya.ia, kadangkala,manusia tewas dengan ujian tersebut. namun,atas rasa iman yang sedikit,manusia tersebut mengakui bahawa Allah la sebaik-baik tempat pengabdian..Allah sebaik-baik tempat mengadu dan memohon keampunan..moga ramadhan yang dilalui kali ini, memberikan sesuatu yang amat bermakna kepada diri..memberikan motivasi dan penghambaan kepada Yang Maha Esa.maaf,andai kemaafan itu terlalu payah dan susah untuk diberikan..tapi,akhirnya,kemaafan tetap akan diberikan. semoga ia menjadi pedoman dan peringatan untuk insan diluar sana.semoga ramadhan adalah tempat yang mampu menjadi benteng dan pagar untuk memperbaiki semua kesalahan sebelum 11 bulan itu.amin..

Ahad, Julai 08, 2012

sebuah perjalanan ii

salam..semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat sejahtera.. sebenarnya, xde benda dan perkara pun untuk ditulis di dalam blog ni. maybe just sebuah perjalanan dan pengalaman hidup.. dulu,seseorang takkan mudah untuk jadi senang dan mudah berbanding sekarang jika bukan seseorang itu pernah merasai sesuatu yang dapat mengubah diri dan hidupnya sekarang.. jika dulu, seseorang itu terpaksa menghadapi kesusahan dan kepayahan untuk meneruskan dan mencipta sebuah kehidupan yang selesa untuk masa kini.. semuanya berubah atas sebab pengalaman..pengalaman menjalani hidup yang benar-benar susah dan payah..kini, perjalanan dan usaha yg dilakukannya berhasil dan berjaya.. erti tidak pernah kenal makna putus asa, telah berjaya mengubah hidup.. biar melalui jalan yang berliku dan getir..namun, perjalanan itulah yang mematangkan dirinya.. namun, jika semua itu telah berjaya ditempuh dan sekali lagi dia diuji dengan sesuatu yang tidak mampu untuk dihadapi..ujian itu benar-benar mematahkan diri dan kehidupan seseorang.. cukup lama dan sangat lama masa yang diambil untuk dia jadi dirinya seperti dulu.. walau rasa seolah-olah tak mampu untuk tempuh, tapi itulah kenyataan yang harus dia lalui.. kini, dia belajar untuk bangun..belajar untuk berdikari..belajar untuk jadi tabah dan kuat seperti dulu..walau nyawanya terseksa..nafasnya seakan-akan berhenti, tapi dia mesti untuk bangun..mengharap sesuatu yang tidak pasti..mengharap sesuatu yang pernah di impikan dulu menjadi realiti..dia akan terus hidup..walau hidupnya kini tidak seceria dan sebahagia seperti dulu.. mungkin suatu masa, doanya akan dimakbulkan..kerana Yang Berkuasa atas Segalanya Hanyalah Allah diatas sana.

Selasa, Julai 03, 2012

perjalanan sebuah hidup

salam..jujurnya tiada apa yang mengembirakan hati dan diriku saat ini..cukuplah, aku mampu dan terus hidup..mungkin benar kata orang dan setengah orang, cinta boleh membutakan seseorang dan cinta juga boleh membuat seseorang menjadi gila, kurang siuman dan akan bertindak luar kawalan.bagi aku, semua orang pernah dan ade pengalaman bercinta, putus cinta dan dikecewakan.Tapi ingat, bukan mudah dan senang untuk seseorang melupakan insan yang benar-benar dia sayang.Ia mengambil banyak masa dan tahun mungkin seseorang itu tidak mampu untuk terima manusia atas kesalahan yang di lakukan oleh seorang manusia.sama ada secara sengaja@ tidak sengaja.. Bagi aku, senang je..setengah orang mampu dan boleh terima kesalahan dan kesilapan orang lain.tapi, tak semua orang mampu untuk terima kesilapan dan kelemahan seseorang. hidup adalah sebuah perjalanan.sama ada kuat atau tabah seseorang tu, dia je yang mampu tentukan.seperti sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga,masyarakat dan juga yang paling penting kepada pencipta. Ada kala, manusia menyatakan tanggungjawab itu seperti bebanan yang terpaksa dipikul diatas bahu mereka. sama ada mereka suka@ tidak itu lah beban yang mereka terpaksa pikul. Tapi, ketahuilah sejak manusia di alam ruh lagi, manusia telah berjanji dan membuat perjanjian tersebut dengan Yang Maha Esa untuk melaksanakan dan menunaikan Janji yang telah diperintahkan. Hanya manusia yang mampu memegang janji dan amanah tersebut. Tiada makhluk dan ciptaan yang sangup untuk memegang Janji dan Amanah melainkan MANUSIA..

Selasa, Jun 26, 2012

Qada' dan Qadar

Salam..qada'dan qadar ..ketentuan dan ketetapan yang Allah telah tetapkan untuk seseorang..semua manusia dalam hidup perlu membuat dan mengubah ketetapan dan juga ketentuan yang telah Allah ciptakan untuk diri masing-masing. aku xtahu kenapa susah sangat untuk aku menerima ujian ini..aku bukan hamba yang ingkar kepada Yang Maha Agung Di Atas sana..aku berserah kepadanya atas setiap apa yang aku lakukan.jujur dari hati, aku benar-benar sayang dan cintakan diri dia..tapi, cinta yang dibina diuji.Cinta dia hilang untuk aku.dalam keadaan aku benar-benar sayang dan cintakan dirinya.aku jadi hilang arah tuju pada mulanya..tapi, aku bangun dan berdoa untuk diberikan kekuatan..berdoa untuk diberikan keimanan..aku boleh bangun secara perlahan-lahan. aku sakit..aku demam, aku hilang selera makan..tapi, aku tetap terus berdoa untuk diberikan ketabahan.aku tak pernah berhenti berdoa dan terus berdoa.agar Allah berikan aku hidayah atas apa yang telah berlaku.kadang-kadang, seolah-olah aku berputus asa.tapi, aku menyesal menyatakan sedemikian.aku beristigfar sebanyak yang mungkin agar dosaku diampunkan.untuk kali yang terakhir, aku benar-benar menyatakan cinta aku hanya untuk dia seorang dan sayang aku untuk dia.aku xmampu untuk terima sesiapa dalam diri. walau lambat atau cepat doa dimakbulkan, aku tetap xhenti berdoa dan terus berdoa.. semoga ramadhan yang akan datang tidak lama nanti, memberikan sedikit ketenangan buat diriku..

Ahad, Jun 17, 2012

salam..

salam..salam isra' mikraj dan selamat hari bapa untuk bapa diluar sana.. ade sesuatu yang berlaku dan telah berlaku..seperti seolah-olah menyesal atas sesuatu, tapi mungkin ada hikmah terbesar disebalik semua ni berlaku.. takda ape yang mampu untuk aku katakan, bahawa aku benar-benar belajar dari setiap kesilapan..mungkin, aku bahagia dengan hidup aku waktu ni.cukuplah..tu sudah memadai. andai diberi peluang untuk aku bercinta lagi,ingin aku katakan aku xmampu untuk bercinta.sebab cinta aku hanya untuk dia..aku xde perasaan& cinta tu hilang bila ia telah berakhir. seperti dalam sebuah lagu, sudah cukup2 sudah..cukup sampai disini saja.. ha3..cukuplah..

Khamis, Jun 07, 2012

hidup baru bermula..

salam..hai semua..hi3..setelah lama aku menjadi seperti patung yang tidak berbunyi..tapi kini, aku telah bangkit kembali..hidup baru nie,sekadar permulaan hidup yang baru..tak seindah seperti dahulu..tak seceria seperti dahulu, tapi memadailah aku mampu untuk bangun dan bangkit kembali..Seperti seseorang yang sebelum nie pernah alami sesuatu yang teruk kan??hu3..jujur pada aku ia memang sesuatu yang amat sakit..sakit yang memerlukan rawatan.xde rawatan yang mampu sembuh penyakit nie sebab penyakit hati dan dalaman.. However, lifes must go on..walau ia payah ,susah dan amat susah tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan.. rasa amat payah untuk memujuk dan merawat hati ini.ya, kadang-kadang,manusia melakukan kesilapan..ketahuilah ia bukanlah sengaja dilakukan..ade sebab dan alasan berlakunya sesuatu perkara dan tindakan tersebut.. atas alasan untuk "tidak menyusahkan" dan "membebankan" seseorang. maka perkataan "PUTUS " sebanyak 3 kali dikeluarkan.. aku stress time tu..mungkin ketika tu,aku merasakan putus adalah yang terbaik.sebab tidak ingin menyusahkan sesiapa.walau jujur aku sayang dia. Ketahuilah, melupakan seseorang memakan masa.mengambil waktu yang amat lama.kiranya hati dan ingatan ini boleh dibuang sebegitu sahaja, aku rela mendermakan dan memberikan ia kepada insan yang amat memerlukan.menjadi seseorang yang tidak bermaya sehingga orang sekelilingku benar-benar terkesan dengan perubahan diri. aku benar-benar terharu, bila anak muridku bahagia melihat aku kembali ceria bila aku senyum kepada mereka.senyuman yang amat manis yang jarang aku pamerkan.teguran itu membuatkan aku tersentuh kerna mereka benar-benar mengambil berat akan diriku. kini, aku cuba bangkit.bangun dan cuba bangun.hidupku kini hanyalah untuk membahagiakan orang yang berada disekelilingku sahaja.aku ingin melihat mereka bahagia.aku ingin melihat mereka ceria.kini, aku mampu untuk pergi ke mana sahaja kerna aku mampu membawa myvi ku seorang diri.myvi,mungkin sahabat baikku.walau dia bukan seorang manusia dan xmampu untuk berkata-kata tapi dia adalah bukti sesuatu yang mengembirakan hati.Terima kasih kepada Maheran Abdul Rahman dan Anom Said kerna memberikan sesuatu yang amat dan menyedarkan aku.ingin melihat aku terus bangkit dan bangun.ingin melihat aku ceria dan terima kasih kerna maa menyatakan saya seorang yang tabah, kuat, berani..saya sangat terharu..dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerna memberikan KEKUATAN, KETABAHAN UNTUK aku terus bertahan sehingga ke hari ini. wassalam..

tanah tinggi..

salam..selamat sejahtera semua dan selamat berhujung minggu@ selamat bercuti.. dah lama aku xupdate blog nie..sebab sibuk dengan kerja sebagai seorang guru dan macam-macam lagi.. baru-baru nie cuti sekolah kan? minggu yang pertama, aku tak dapat bercuti sebab jadi person in charge untuk seminar teknik menjawab spm dan pmr.so tired sebenarnya untuk mencari penceramah dan juga guru yg mahir dengan teknik menjawab dan membuat soalan-soalan untuk PMR dan SPM nie..i try do the best for all my students. akhirnya, aku berjaya menemui mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman untuk memberi kan teknik menjawab soalan bagi subjek2 spm dan pmr.. so,cuti minggu pertama aku kat sekolah..walaupun penat dan sangat penat menjadi setiausaha dan juga warden, tapi ia bermakna untuk aku.. aku belajar step by step..from zero to hero..yg paling best, aku dapat tambah kawan yg mengajar di sekolah kerajaan..maklumlah, sekolah yg aku ajar sekarang sekolah swasta.. berakhir je seminar teknik menjawab spm dan pmr kat sekolah, aku terus mempersiapkan diri untuk bercuti ke Tanah Tinggi..@ dikenali sebagai Cameron Highlands..first time,mak drive myvi sejauh nie..aku, mak dan 2 org adik aku bercuti ke cameron highlands..pengalaman dan percutian yang sangat bermakna dan best buat aku..aku kagum dengan keadaan alam semulajadi di sana.keadaan hutan yang hijau, tenang, sejuk dan nyaman membuatkan aku benar-benar tenang di sana. Percutian aku xsia-sia.aku tenang dan sangat tenang di sana. hati seolah-olah berkata, aku telah jatuh cinta dengan Cameron Highlands..aku belajar tentang sesuatu dan kehidupan seseorang. walau ia sebuah kehidupan setahun atau 2 tahun yang lalu, tapi apa yang bermakna buat aku, aku tahu cara kehidupan dia di sana.jauh dan sangat jauh.walau jauh, tapi tenang dan aman damai..jujur dari hati, aku telah jatuh cinta dengan kehidupan petani.perasaan tu tak pernah hilang sebab keluarga sebelah mak adalah petani..nenek ade sawah bendang..pak teh ade bendang,kelapa sawit, atuk sebelah abah ade getah dan aku sekolah menengah pun di tempat dan kawasan pertanian..so, aku boleh dan mampu suaikan diri dalam apa keadaan sekalipun.jujurnya, aku bukan dari kalangan keluarga yang senang dan kaya raya.. Brinchang, tanah rata, ladang teh bahrat, taman sedia, mardi adalah tempat yang sempat aku berkunjung ketika di cameron highlands..percutian yang tak dijangka, aku telah menemui pensyarah yang mengajarku di usim. Nama dia adalah Ustaz Lutfi Zain.ustaz ni mengajar subjek Fiqh Fatwa iaitu subjek major yg aku amik untuk 4 tahun di usim..walaupun dia seoarng yang phscyo, tapi dia baik dan dia masih ingat nama aku bila terserempak dengan dia hari tu..so touch.. hi3...wassalam..

Isnin, Mei 21, 2012

perubahan..

salam..salam untuk semua..hope semua orang sihat.. sebenarnya, xtahu nak tulis ape..tapi, biarlah aku menulisnya di ruangan ini.. ruangan yang mungkin akan di baca oleh sesiapa sahaja.. Semua orang pernah buat salah..dan buat satu keputusan.. keputusan ada kalanya salah dan benar.. sehingga hari ini dan sampai bila-bila, aku hanya mampu berdoa.. berdoa untuk diberikan kebenaran atas kesalahan yg aku xlakukan.. seolah-olah, aku hilang pertimbangan dan putus asa.. hanya aku je yang tahu betapa aku terseksa.. adakah manusia senang dan mudah untuk menilai keputusan dan menyalahkan seseorang atas kesalahan yang dia tidak pernah lakukan..memperlekehkan seseorang bila musibah berlaku atas dirinya.. kenapa senang sangat manusia menghukum seseorang... menilai seseorang... dalam saat aku terasa diri terumbang dan lemah.. aku hanya mampu berdoa..berdoa dan terus berdoa agar diberikan sedikit kekuatan.. sedikit keimanan dan rasa kehambaan.. rasa nikmat iman dan rasa bersyukur dengan ujian.. walau aku selalu menangis dan putus asa tapi aku cuba untuk bangun.. YA ALLAH YA TUHANKU, JIKA AKU BENAR-BENAR TELAH TERSASAR JAUH KE LEMBAH YANG HINA.. KAU BERIKANLAH AKU PETUNJUK KEPADA JALAN YANG BENAR.. KAU BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN CAHAYA KEIMANAN UNTUK AKU TERUSKAN KEHIDUPAN DENGAN TABAH.. AKU TIDAK MAHU MENJADI HAMBA KEPADA CINTA MANUSIA YANG DUSTA.. AKU TIDAK MAHU MENJADI HAMBA KEPADA KEMEGAHAN, KESOMBONGAN DAN KEDUNIAAN.. TETAPI AKU HANYA MAHU JADI HAMBAMU YANG PATUH DAN SETIA... JIKA AKU MATI.. MATIKANLAH AKU DALAM KEADAAN.. AKU MENGAKUI BAHAWA HANYA ENGKAULAH PENCIPTAKU.. NABI MUHAMMAD ADALAH NABIKU.. ISLAM ADALAH AGAMAKU.. DAN..JANGAN MATIKAN AKU.. DALAM KEADAAN KEKUFURAN DAN KEHINAAN..

Ahad, Mei 13, 2012

Patung...

seperti patung yang tiada perasaan, seperti patung yang tidak mampu untuk berkata-kata, seperti patung yang diam seribu bahasa, seperti patung dan seperti patung.. kaku..bisu..dan sepi.. kaku tanpa kata-kata.. kaku tanpa arah tuju.. kaku tanpa apa-apa... kerana ia adalah patung.. kembalikanlah patung itu di tempat asalnya.. kembalikanlah patung itu di tempat ia dicipta.. kembalilah ia.. jangan biar patung itu menjadi hantu.. jangan biar patung itu memburu sesuatu.. jangan biar patung itu terus disitu...

Isnin, April 30, 2012

hijrah

salam..semoga berada dalam keadaan sihat& di bawah rahmat Allah s.w.t. selalunya, orang akan hijrah@ wat pembaharuan or pindah bila tiba awal tahun dan wat niat akhir tahun utk masuk tahun baru kan.tapi, boleh tak aku nak wat hijrah time tengah bulan@ tahun..hi3..takpe kan.yg penting, niat kita betul dan hijrah kita baik.sebab sesuatu amalan akan di hitung berdasarkan niat. Dah lama sebenarnya aku niat utk buat perkara ni..aku nak pindah dan carik kje kat tempat lain. maksud aku, merantau ke negeri atau tempat yg aku xpernah dtg.sebab utama adalah untuk mendapat pengalaman baru dan belajar utk lebih berdikari. aku bahagia tinggal kat sini..tenang dan aku dah jatuh cinta kat tempat ni. sebelum aku buat keputusan ni, aku dah fikir semasak-masaknya..mungkin ni cara terbaik utk aku mulakan hidup baru dan belajar utk melupakan.kat sini, aku takkan rasa sedih sgt dan kecewa berbanding aku duduk kat selangor.aku pernah bagitahu hasrat tersebut dekat mak.erm..mak macam berat hati nak lepaskan@ benarkan aku pergi.tapi, tu je permintaan aku setakat ni. bagilah aku masa untuk aku belajar melupakan seseorang.bagilah aku masa untuk aku ubat hati dan jiwa.aku akan balik bila semua dah ok.Tempat baru,suasana baru akan berikan kehidupan yang baru untuk aku.biar orang xkenal aku,aku lagi bahagia sebab xde sape akan kacau aku.hari raya aku akan balik dan if cuti lama, aku akan balik selangor.aku xkan lupa tgjwb seorang anak kepada kedua ibu bapa.dan untuk jangka masa panjang pulak, aku ingin sambung belajar kat luar negara. best kan angan-angan aku..aku nak sambung kat jordan.doakan saya ye.. May Allah Bless u.

Ahad, April 29, 2012

luahan hati

salam.disebabkan aku cuti dan dalam proses menenangkan diri, jadi aku ingin kongsi beberapa benda yang boleh membuatkan aku bahagia, tenang dan perkara yang aku impikan.. firstly, aku suka gi jalan-jalan, masuk hutan cam buat aktiviti memancing ikan kat sungai, sawah padi, dan juga gi khemah..cam daki gunung..aktiviti tu tenang..mendamaikan jiwa..aku suka tempat yang hijau sebab hijau lembut dan beri ketenangan.. aku jugak suka main@ kawan dengan budak-budak@ baby..sebab baby comel..tenang tengok muka baby yang bersih tanpa dosa..aku suka dengan baby..baby yang tembab, cute, pandai cakap dan lincah.kat sekolah, ade 2 @3 orang cikgu yang ade anak kecil, aku suka dukung baby tu..budak2 tu suka main dengan aku..kdg2 sampai guru2 tu cakap aku boleh jadi babay sitter yang baik.anak jiran depan umah pun suka kat aku, sebab aku pandai kawan dengan budak kecik tu. budak2 best..sebab budak2 suka tengok kartun, senang untuk di didik dan dengar kata.. perkara yang aku suka buat jugak adalah baca novel.Baru-baru nie,aku telah beli 4 buah buku novel masa pesta buku karangkraf di s.alam..aku akan baca novel if cuti sabtu and ahad tiada aktiviti sekolah..selain tu jugak, aku suka bersih dan basuh myvi..sejak akhir2 ni, aku jarang menonton tv..malam pun tido awal,cuti sabtu ahad gi kursus or jadi guru pengiring perkhemahan..jumpa kawan U pun jarang.dah 6 bulan xjumpa..just sms dan tlphne je.. sometimes, aku rasa aku nak hilangkan diri dan menjadi independent seketika..menyendiri untuk suatu tempoh masa.. just tinggal dengan family dan jiran terdekat.aku tak bersedia untuk jumpa kawan-kawan aku lagi lepas aku jatuh .. bagilah aku masa untuk semuanya jadi pulih.kadang-kadang xsemua masalah yang kita hadapi, kita mampu untuk tempuh.masa adalah ubat untuk segala-galanya.. sometimes, aku rasa aku bersalah dekat abah..aku xpatut buat perangai cam tu kat abah..tapi, bagilah aku masa..suatu masa nanti, aku akan jelaskan kenapa aku jadi sedemikian.inilah dilema yang aku tempuh seorang diri dalam hati. Aku xpatut menghukum seseorang atau menjatuhkan kesalahan bukan pada tempatnya.inilah ape yang aku rasa selama ni. aku pernah sayang dan cinta kan dia..dia pernah hadir dalam hidup aku walaupun tak lama, tapi dia telah membuat hidup aku bahagia dan ceria seketika.kadang-kadang, aku rasa aku xbetul dalam hidup..tapi, aku bangun dan bangkit jugak..aku muhasabah diri sendiri.aku menghabiskan masa tersebut dengan membaca buku Gen q, solusi,dan buku motivasi. aku pernah impikan yang aku ingin hidup bersama dengan dirinya untuk selama-lamanya..tapi, ia sekadar angan2 yg tinggal kenangan.dalam saat kawan2 aku telah merancang untuk hidup bersama insan yang mereka sayang dan menantikan saat detik bahagia mereka, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sahaja.jauh dalam hati, aku sedih sangat..Allah uji aku dengan ujian yang aku kadang-kadang xmampu untuk tempuh. Ujian tu jugak mendekatkan aku dengannya sebagai Hamba kepada Yang Maha Berkuasa. akhir kata, maaf sekiranya entry ini membuatkan pembaca terasa atau tersinggung..doakan saya untuk kuat dan tabah hadapi ujian ini.

travel..

salam..selamat pagi, tengah hari dan salam sejahtera. Alhamdulilah, aku sampai juga kat destinasi yg aku impikan selama nie.walaupun bukan tempat ni sebenarnya, at least aku dapat menjauhkan diriku dari tempat yang penuh dengan kesibukan, kesesakan dengan datang ke suatu tempat yang tenang.tempat yang jauh dari insan yang aku kenal, insan yang mengenali diri aku dan tempat yang penuh dengan kenangan lalu. aku terpaksa bercuti untuk seketika..walau hanya 3@ 4 hari sahaja..bagi aku, itu sudah cukup memadai dan sempurna. Aku asing dan tenang di tempat orang.hati aku damai dan bahagia.dah lama aku tak meluangkan diriku untuk pergi bersiar-siar seorang diri.aku bahagia di sini, aku mampu tersenyum dan tergelak dengan mudah sekali.aku belajar sesuatu yang amat beerti di sini iaitu adat,budaya dan cara pemikiran penduduk di sini.perjalanan ku agak lama di sebabkan kesesakan lalu lintas yg berlaku di lebuhraya.Untuk kali pertama didalam hidup, aku membeli tiket bas ke sebuah destinasi dengan seorang diri.bergerak di dalam waktu malam dan sampai di destinasi tersebut di waktu pagi. Berjumpa dengan seseorang yang aku tak pernah jumpa selama nie dan aku rasa bahagia, seronok dan gembira sebab dia mampu memberikan sesuatu untuk mematangkan diri aku.mengajar aku untuk memperbaiki diri.berani kan aku,percaya dengan seseorang yang tidak pernah aku jumpa sebelum ni dan terus tinggal dengannya untuk beberapa hari. keluar sama-sama, gelak sama-sama, dan sembang sama-sama.walau dia sibuk dan mengalami tekanan yang amat kuat dari majikannya, tapi dia mampu melayan aku..aku kagum dengan diri dia. walau jauh, aku tidak melepaskan peluang untuk memasak sesuatu untuk dia..walau biasa, tapi aku rasa ia suatu penghargaan buat diriku untuknya.mungkin ini perjalanan ku untuk pertama sejauh nie, dan mungkin lepas ni ada sebuah perjalanan yang amat jauh lagi..mungkin bukan di tanah air, tapi masih di atas muka bumi Allah yang suci. sepi yang bermain dijiwaku juga, mengajar aku mengenal dan bermuhasabah diri..atas dasar apa aku sanggup pergi sejauh ni.hingga hari ni, aku masih xdapat jawapan kenapa aku melakukan perkara ni.jujur aku katakan,aku bersyukur kerana perjalanan ku selamat.Allah amat menyanyangi hamba-hambanya.Sekiranya cinta itu akan datang sekali lagi,aku ingin seseorang yang sayangkan diriku adalah seseorang yang mampu untuk menegur, memahami,dan menerima semua kelemahan dan kekurangan diri ku.Aku tak pasti yang aku akan dapat menerima dan menyanyangi dirinya sepertimana aku pernah sayang seseorang sebelum ni sepenuh hatiku atau tidak.. However,kenangan masa lalu, terlalu bermakna buat diriku.walau dia@ aku pernah buat dan lakukan kesilapan, tapi atas pertemuan itulah kenangan itu terbentuk.aku menghargai dan menyanyangi dirinya walaupun hubungan itu telah putus.. Andainya dapat kumenulis Nota-nota cinta buat diri Nya Inginku titipkan bersama Semua kuntuman bunga yang indah berseri Kusembur haruman mewangi Bersama kata-kata puji Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku Menjalin ikatan menuju ke syurga Cintaku kepada Dia Rinduku hanya pada Nya Kasehku balas cinta Nya Setiaku balas kasih Nya Kasihku kasih yang setia pada yang punya Dambaku pada Yang Esa Pujian hanya buat Nya Akurku kebesaran Nya Teragung Maha Suci Nya Taatku hamba yang hina pada Pencipta Kiranya aku hilang arah Jalan hidupku berubah punah Namun kasih Nya tak pernah akan musnah Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah Nur hidayah Nya semakin cerah lirik lagu ; SAUJANA ( NOTA CINTA)

Isnin, April 16, 2012

pasrah dengan istikharah

salam..maaf sebab dah lama tak update blog..banyak benda dan perkara berlaku sebelum ni.sesuatu yang aku tak jangka ia akan berlaku sepantas ni. tentang hidup yang jatuh,kecewa dan gagal..

Dalam hidup,ada banyak benda kita kena pilih dan buat..kena buat keputusan dan kena buat pilihan..aku pernah buat satu keputusan..keputusan yang telah mengubah segala-galanya..jujurnya bukan senang untuk aku membuat keputusan tersebut.dan kini, aku akan cuba untuk pasrah dengan istikharah yang telah aku buat setahun yang lalu.mungkin Allah Lebih Tahu semuanya..

Kini, lepas peristiwa tu, aku cuba bangun dan ceriakan diri hanya berkongsi semuanya dengan myvi.tu je teman baik aku setakat ni..aku akan bersihkan myvi, vacum myvi, basuh myvi tiap minggu or 2 minggu sekali..belikan myvi minyak wangi supaya myvi aku sentiasa wangi.aku jaga myvi mcm seseorang yg aku sayang.aku service myvi dekat srimuda.agar myvi ok sentiasa.aku xbenarkan sesiapa makan dan kotorkan myvi, if makan pun kena letak sampah kat dalam plastik sampah yang aku sediakan khas.aku tak kejam.aku benarkan orang naik nyvi aku, tapi aku cuba ajar orang yang naik myvi aku berdisiplin dengan jaga kebersihan.. kebersihan sebahagian drpd iman kan.

Aku gi sekolah dengan myvi kesayanganku.klu dulu, aku jalan kaki untuk pergi dan balik, tapi sekarang, myvi adalah peneman dan sahabat baik ku. baru-baru nie, myvi kena langgar.langgar lari.sedih aku tengok myvi aku.if aku dapat kejar orang yg langgar myvi aku, aku nak bunuh@ mintak ganti rugi dekat dia.suka2 je langgar myvi aku..separuh gaji aku untuk myvi..walaupun aku xde lesen dan byk kli fail amik lesen, tapi aku xmenyesal sebab aku dah berjaya bawak myvi..cuma pergerakanku terbatas.mungkin,ade hikmah disebaliknya..aku belajar untuk jadi lebih mahir bawak dan tahu jalan. Lepas aku dapat lesen, aku nak pergi jauh.. tak duduk dengan family.sekarang nie, aku beri peluang dekat mak untuk bawak myvi gi mne2 je yang mak nak.

aku ingin jumpa seseorang.seseorang yang jauh.dan aku ingin tinggal di sana selepas aku selesaikan segala-galanya di sini.. Ini juga adalah pilihan dan pilihan ini telah aku lakukan dengan istikharah.mungkin ini yang terbaik untuk aku..pasrah dengan istikharah.

Istikharah yang memerlukan usaha pada awalnya..

Sabtu, Mac 03, 2012

Taaruf@suaikenal@berkenalan

salam..setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan..so, itu jugaklah yang berlaku kat aku..walaupun ia pahit dan susah untuk diertikan, tapi itulah pengalaman..pengalaman yang mungkin mematangkan. Malam tadi, aku gi kursus kat Batu Belah ( sekolah rendah islam hira')untuk minggu taaruf semua staf baru.kursus tu best cara pengisiannya..duduk dalam kumpulan, dibahagikan kumpulan ikut nombor,setelah menjadi kecik dan sesuai, maka proses taaruf di jalankan.walaupun masa dan aktiviti singkat, tapi matlamat untuk taaruf berjalan..best..walaupun dalam hujan lebat.

kumpulan aku berjaya mengenal ahli kumpulan masing-masing dalam keadaan yang singkat..semuanya happening dan peramah..after habis sesi taaruf, moderator menyampaikan sesuatu berkenaan taaruf dalam persahabatan dan perhubungan sesama manusia..

1)Bila kawan dan kenal seseorang,kita bukan sahaja kenal basic information pasal kawan kita,but sesuatu yang penting pasal diri kawan kita tu pun kita kena kenal..luar dan dalam..perangai,tingkah laku dan semuanya.

2) Berkawanlah seseorang kerana Allah dan untuk mencari redha Allah..if kita dah lama kenal kawan kita tu, ade benda dan perangai yang mungkin kita tidak gemar, but sebagai kawan kita kena cuba ubah dan perbaiki sebab sebaik-baik kawan ialah kawan yang tegur dan ubah kawannya menjadi baik..

3) Jika kita berkawan dan lama kelamaan,persahabatan kita tu menjadi rapuh dan ada masalah, kembalilah kepada Allah kerana semua iu ada kaitan dengan Maha Pencipta.Tingkatkan iman, perbaiki iman kita,mungkin sepanjang kita berkawan ada kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedar. Allah memegang hati mereka dan Allah yang Berkuasa atas semuanya.

4) Jangan pernah mengharap setiap apa yang kita lakukan terhadap kawan kita.Ikhlaskanlah hati kita untuk menolongnya, memberinya dan apa sahaja kepadanya.

5) Allah memegang Hati setiap manusia di atas muka bumi ini. jadi, if kita benar-benar sayang dan mahu kawan kita berubah, maka banyakkanlah berdoa kerana doa adalah senjata orang islam.
Surah untuk melembutkan hati seseorang ialah surah taha.

Honestly, aku belajar sedikit sebanyak dan belajar untuk memperbaiki diriku ini.. aku bukan manusia yang sempurna luar dan dalam walaupun aku mempunyai sedikit sebanyak ilmu agama. Allah mampu menguji sesiapa, sama ada dia seorang Nabi,Rasul,alim ulama' dan juga mufti.

aku manusia biasa,manusia yang seringkali melakukan kesilapan..sekiranya, aku pernah tersasar dan tersalah atau mengguris hati sesiapa, maafkan lah aku.

Sabtu, Februari 25, 2012

terima kasih...

~Utk org yg pernah MENYAKITI ku:-
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga kamu tidak akan pernah merasakan sakit yang saya rasakan..

~Utk org yg pernah SAYA SAKITI:-
maafkanlah kekhilafanku..saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan..

~Utk SAHABAT ku:-
mungkin kita memiliki banyak perbezaan,namun tidak dapat dinafikan lagi yang saya sangat memerlukanmu.. (^^,)
credit to mencari redha illahi..

pengakuan..

salam..aku tak pernah mengubah..dan tak mampu untuk mengubah..ketahuilah bahwa aku tak suka untuk memaksa seseorang untuk menjadi ape yang aku ingin dan harapkan..dalam islam pun xde paksaan kan.aku cuba untuk membuat sesuatu yang dapat dan memberikan manfaat kepada orang lain.walaupun ia sedikit dan biasa sahaja, ia dah bermakna untuk diri mereka.untuk family aku, aku telah dan berusaha untuk memberikan sesuatu yang mungkin terbaik aku rasakan kepada mereka.hanya itu yang aku mampu lakukan..

untuk sesiapa yang pernah dan mengenali diri aku, aku cuba untuk membuatkan diriku bermanfaat dan berbakti kepada anda semua..bukan penghargaan dan ucapan tahniah yang aku inginkan tetapi cukuplah hanya secebis pertolongan dan bantuan yang sedikit yang aku mampu sumbangkan. Hanya Allah berhak untuk memberi kan kalian semua kekuatan, kelebihan dan pertolongan.aku hanya manusia dan insan biasa..insan yang hanya diutuskan untuk melaksanakan sebuah tanggungjawab dan amanah sebagai seorang khalifah di atas mukabumi ini.kadang kala, aku juga tersilap dan aku juga pernah menjadi hamba allah yang ingkar dan xpatuh kepada pencipta..aku akui itu adalah kelemahan diriku snediri.

untuk itu, maafkanlah kesalahan dan kesilapan yang telah dan mungkin aku telah lakukan..untuk bangkit, aku telah bangkit..kini, aku hanya hidup berdasarkan kepada ketentuan Illahi.aku tak ingin untuk mencipta sesuatu yang aku sendiri tak pasti..biarlah aku hanya berjalan dan terus berjalan sehingga nafasku terus terhenti.aku hanya ingin mencari cinta dan kasih Illahi..itulah hajatku ketika ini..

Langkah tercipta..

salam..suatu saat kita akan rasa kita lemah dan kecewa..kita akan rasa kita dah cuba untuk lakukan sesuatu yang terbaik untuk semua pihak dan semua insan di sekeliling kita..tapi,ketahuilah bahawa kita semua sedang di uji untuk sesuatu yang tak pasti..
sesuatu yang penuh dengan kejutan,tanda tanya dan persoalan..

aku pernah dan cuba untuk belajar terima kenyataan hidup yang mendukacitakan..kenangan sewaktu di sekolah menengah amat memberi kesan yang amat kuat untuk aku..aku diuji dengan macam-macam dugaan..aku tak pernah pedulikan apa yang orang memperkatakan tentang diri dan juga keluargaku..ketika itu, aku hanya fikirkan yang aku ingin mengubah sesuatu untuk capai sesuatu..aku berjalan dan terus berjalan..sampai satu tahap, aku diuji lagi..ujian itu juga turut menggugat diri aku..aku tak henti untuk berusaha dan berdoa..aku kuatkan kaki untuk terus melangkah dan tempuh semua dugaan.. finaly, aku berjaya untuk tempuh dugaan tersebut..

kini,sekali lagi aku diuji..setelah 4 tahun aku belajar,inilah dugaan yang aku rasa aku betul2 lemah dan tak berdaya..saat aku merancang untuk capai sesuatu yang pernah dan mungkin diimpikan oleh semua orang,ianya hancur tiba-tiba..aku hilang arah,aku hilang pedoman hidup,seakan-akan begitu kecewa..dan kini, aku terpaksa dan mesti untuk bina langkah yang baru..Langkah yang aku sendiri tak pasti arah tuju..tapi, aku mesti bangun..bangun untuk membahagiakan hati seorang ibu..aku ingin bangun hanya untuk ibu..cukuplah..aku xmhu untuk bina sesuatu yang baru..sesuatu yang aku tak pasti..sesuatu yang mungkin menghancurkan diri aku sendiri..

Jumaat, Februari 10, 2012

guru yang baik..sabar dan tabah..

salam..setiap hari jumaat, aku pasti akan rasa something yg membuatkan aku tertekan dan sakit..sakit untuk menghadapi pelajar yang nakal,degil dan juga tidak mendengar kata..aku telah cuba bermacam-macam cara dan kaedah sehinggalah aku merasakan tahap kesabaran ku telah diuji..hu3..aku tertekan mengajar kelas ini sebenarnya..apa lagi usahaku untuk mendidik mereka menjadi pelajar yang baik..

cara lain adalah dengan membawa laptop dan mempersembahkan video berkenaan tajuk yg ku sampaikan pada hari itu kepada mereka..aku cuba untuk memahami jiwa mereka, bertolak ansur dan juga belajar untuk menjadi kawan kepada mereka..tapi, ibarat mencurah air di daun keladi..aku tidak membiarkan pelajar-pelajar yang tidak bermasalah denganku ketinggalan pembelajaran di sebabkan beberapa orang pelajar yang membuat masalah denganku..

so, untuk masuk ke kelas ini, aku belajar dan bersabar sepenuhnya..aku belajar untuk menjadi guru yang baik, sabar dan tabah untuk kelas ini.. Ya Allah Ya Tuhanku, mudahkanlah serta kuatkanlah hambamu ini untuk tempuh dugaan yang kau telah berikan ini..

Sabtu, Februari 04, 2012

mulakan hidup baru..

salam..setelah semuanya berlaku,adakah aku mampu untuk hidup dengan gembira dan ceria seperti sebelum-belumnya???aku akui,aku xmampu sebenarnya..but, hidup mesti di teruskan kan.kan..aku belajar bangun sendiri..aku belajar untuk berdikari sendiri dan aku belajar semuanya seorang sendiri sampai aku bercadang untuk pergi mencari kerja di tempat lain.. aku ingin memohon kerja di kelantan..itulah impianku setakat ini..aku ingin mencari cinta yg telah dan mungkin hilang..

mengharap akan sesuatu yang xpasti..aku pun tak tahu jawapan dan keputusan yg aku lakukan ini adalah betul @tidak..tapi,itulah keputusanku setakat ini..aku tak boleh lupakan die..tpi, mgkin dengan kesibukanku di sne nti,aku mgkin dpt melupakan die wlupun aku thu ingatan xbleh hilang melainakn hilang ingatan..

Isnin, Januari 23, 2012

mulakan hidup baru

salam..setelah segala-galanya berlaku..aku ingin mulakan sesuatu yang baru untuk sesuatu yang baru.aku baru je putus cinta.mungkin ini ujian untuk aku yang Allah Beri ketika ini.perkenalan dgn dirinya membuatkan aku betul-betul bermakna, sebab cinta yg hadir tu adlah dari Anugerah ALLAH.s.w.t. sebelum aku menerima dia, aku panjatkan doa dan aku buat solat Istiharah.selepas tu, aku perasaan tu hadir.walaupun kini die telah dan cuba melupakan aku, tapi cinta aku untuk dia tak pernah terhenti dan ia terus di dalam hati. aku tak boleh untuk membenci diri dia sebab aku benar-benar sayangkan dia.Mula-mula aku xdpt terima ape yg berlaku nie, tapi akhrnya aku boleh menerima semuanya. bagi aku "MEMAAFKAN DAN MEREDHAKAN" atas ape yg berlaku adalah lebih baik.

Allah merancang dan setiap perancangan itu, di tentukan oleh ALLAH.If aku lemah, Allah xkan uji aku dengan dugaan yang amat hebat ini. Aku percaya setiap apa yg berlaku ade hikmah di sebaliknya.Walau jauh mana aku pergi, aku tetap ingat diri dia.aku tak pernah menyesal sebab jumpa dia sebab ia sesuatu yang istimewa.dan untuk itu, aku mengambil keputusan untuk memulakan sesuatu yang lebih berharga untuk diriku dulu..iaitu, kerja dengan bersungguh-sungguh, simpan duit,beli kereta dan lepas itu, barulah aku akan berfikir untuk berkahwin.If, ketika itu, Allah telah menemukan aku kembali dengan dirinya, dia lah insan yang aku akan sayang sepenuh hati aku..If dia bukan jodoh aku dan ada orang lain, aku terima semua kuasa Allah.sebab Dia Maha Mengetahui tiap sesuatu.

Sabtu, Januari 21, 2012

inilah keputusannya..

salam..setelah segala-galanya berlaku..kini saat dan waktu ini, aku rela untuk melepaskan die pergi dalam hidup aku..anggaplah ia pernah hadir seketika dan dia yg minta untuk semuanya berakhir..aku cuba untuk memperbaikinya semula, tapi siapa aku untuk melawan takdir..siapa aku untuk menolak semua yang terjadi..mungkin ini sebahagian daripada Qada'DAN Qadar Allah untuk uji kekuatan dan keimanan aku..mungkin pada awalnya,aku tak mampu untuk terima semua ujian ini, tapi akhirnya aku menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa.kerana sesungguhnya Dia lebih berhak untuk menentukan segala-galanya.

Cinta yang aku berikan suci dan ikhlas..sebab ia hadir dari Anugerah Allah sendiri..Mungkin Dia telah ciptakan aku dengan seseorang yang amat sesuai dan memahami diri aku..lambat atau cepat, semuanya di tangan yang Maha Berkuasa..

Untuk itu,aku ingin jelaskan sesuatu,demi dan sesungguhnya, aku tak pernah kacau dan hadir dalam kehidupan dia..aku tak pernah sesekali berniat untuk melukakan dan menghancurkan segala-galanya..itu bukanlah diri aku..aku terima diri dia seadanya..aku lakukan segala-galanya untuk dia dan aku tak kan pernah sesekali menghukum seseorang di atas tangan sendiri sebab aku tak layak dan mampu untuk menghukum..

walau apa pun keputusannya, aku sememangnya tidak layak untuk menghukum..sebab aku manusia biasa..

terima kasih kepada semua sahabat dan teman-temanku yang banyak memberi sokongan, doa dan harapan untuk aku bangkit semula..hanya Allah sje dapat balas anda semua..

Khamis, Januari 19, 2012

menyesal..sedih..lega..

salam..setelah beberapa lama aku tidak mengupdate blog ini,maka hari ni aku mungkin berkesempatan untuk meluahkan segala-galanya di sini..3 hari aku xmkn mlm sebab aku betul-betul xde selera..dan sepanjang tempoh itu jugak, tiap2 malam aku menangis sampai aku rasa aku dah hilang dan tak ade air mata untuk menangis..mungkin hanya dengan menangis aku akan jadi tenang dan lega seketika.. aku pendam dan luahkan semuanya melalui air mata..aku tak mampu untuk berkata dan berkongsi kepada sesiapa..sebab aku takut..kat kelas, time mengajar aku ok but aku pendiam..dan hari ni jugak, aku jadi lebih pendiam..aku tak seceria dulu sewaktu aku mula-mula belajar..aku kuatkan kaki dan hati untuk senyum dan melayan semua anak muridku dengan baik walaupun aku tahu aku tak kuat sebenarnya..kat rumah pulak, aku susah untuk berbual dan berkongsi cerita dengan mak, daus or adik aku sendiri..aku jadi pendiam..kesian mak..mesti mak risau tengok aku jadi cam nie..tapi, dan seboleh-boleh nya, aku tak mahu mak tengok aku sedih sebab nanti mak akan sedih..aku cuba sembang dengan mak,daus dan adik perempuanku seperti biasa, tapi tal seramah dan seceria dulu..jujurnya aku perlukan masa dan kekuatan..

Tiba-tiba, aku rasa impian dan harapan aku hancur berkecai dalam sekelip mata..jiwa aku tersentap..aku jadi kaku dan tak mampu untuk berhadapan dengan orang sekelilingku..setiap malam, aku menangis dan bertanya dalam diri sendiri, aku ke yg bersalah atas semua nie..namun, aku tak ada jawapan untuk semua soalan itu..

aku sayangkan dia sepenuh hati aku..aku terima dia seadanya..walaupun aku yang buat keputusan untuk pergi, tapi aku benar-benar terseksa sebenarnya..sebab aku benar sayangkan diri dia..dan untuk meneruskan hidup ku, aku sekadar berjalan dan terus berjalan untuk menghabiskan masa, hari,bulan dan tahun..untuk saat dan ketika nie, aku xde impian dan harapan..kosong..yang hanya adalah sebuah kenangan..

Jika ini adalah dugaan yang terpaksa aku tempuh dan hadapi, aku akan cuba tempuh selagi aku termampu..jika tidak, aku rela untuk pergi jauh dari sini...jauh...dan terlalu jauh..

Hanya Kepadanya Aku Bermohon dan hanya kepadanya jua aku akan kembali..

Jumaat, Januari 13, 2012

tertekan...

salam..hu3..semalam aku mengajar dengan penuh komitmen dan tanggungjawab walaupun aku ada masalah yang mungkin merumitkan kepala aku..aku tak pernah dan takkan tunjukkan muka aku lemah dan sedih di hadapan kawan-kawan,guru-guru serta student2..aku xnk dieorang tahu yang aku lemah..

but, hari nie, aku rasa tertekan sangat dan sedih sangat bila ade seorang pelajar yang kurang ajar dan tak hormat aku ketika mengajar..mula-mula, aku ok lagi..cuba untuk berbaik dengan pelajar tersebut, tapi bila dah lama, aku rasa aku geram sangat..sampai hati student tu wat aku cam nie..

rse cam xnk msuk kelas tu je di sebabkan die..tapi, aku xsggup wat camtu sebab kwn2 die yg lain tak bersalah pun..

Ya allah,beratnya dugaan yang kau berikan kepadaku..berilah aku petunjuk untuk aku tabah hadapi semua ini..

Khamis, Januari 12, 2012

rindunya..

salam..rindunya..xtahu nk luahkan mcm mana..Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat rindu padanya.rindu untuk melihat dia kembali tersenyum, rindu untuk melihat dia kembali ceria dan rindu untuk berjenaka dengannya.

adakah rindu aku akan terubat dengan sendiri atau aku harus pergi dari sini...
aku xmampu untuk mengubati rindu itu..kerana ia datang dengan sendiri..
untuk waktu dan ketika ini, aku hanya mampu berserah kepada Illahi kerana Dia lah berkuasa Atas sesuatu dan pemilik hatinya..

Tiap saat,minit,waktu dan ketika aku mengingati dirinya..ternyata rindu itu terlalu membuatkan diriku seperti hilang arah dan tujuan..dan ketika aku mengingati dirinya, aku sandarkan doaku untuknya..

rindunya..

salam..rindunya..xtahu nk luahkan mcm mana..Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat rindu padanya..

rindunya..

salam..rindunya..xtahu nk luahkan mcm mana..Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat rindu padanya..

Ahad, Januari 08, 2012

terima kasih...

salam..terima kasih sebab pernah datang dalam hati dan diri saya..
terima kasih sebab pernah sayang saya...
terima kasih sebab pernah buat hidup saya menjadi bahagia..
terima kasih untuk segala-galanya..

terima kasih jugak sebab bawak saya kenal kepada pertanian, unisza,dan juga kawan-kawan awak..
terima kasih jugak sebab awak pernah ambil berat diri saya...
terima kasih sebab awak lelaki dan seorang yang terbaik yang pernah saya jumpa dalam dunia nie..

xde kata-kata yang lebih bermakna selain ucapan terima kasih..