Sabtu, September 29, 2012

angry bird...

salam..pernah dengar nama game or permainan or ape sahaja yang baerkaitan dengan angry bird?HA3..agak kelakar dan sangat kelakar bila aku mendapat gelaran angry bird drpd anak murid2ku..dalam sejarah, orang mengatakan bahawa aku sama seperti angry bird.. jujur aku katakan,bahawa aku tak reti marah dan garang dengan orang..sampaikan kawan-kawan yang benar-benar kenal aku tak tau bila aku akan marah..mungkin,bila berada ditempat dan keadaan yang berbeza, keceriaan dan senyuman itu hilang.aku menjadi tegas dan sangat garang.ketahuilah bahwa garang dan ketegasan yg aku tonjolkan adalah untuk mengajar anak muridku tentang undang-undang yg mereka telah hilang dan hancurkan..mereka merasakan bahawa undang-undang hanyalah perkara yang biasa dan tidak bermakna.disebabkan tiada undang-undang mereka boleh melakukan sesuka hati diluar dan menimbulkan kesusahan kepada orang disekeliling mereka.. so,tegas dan garang yang aku tunjukkan hanyalah untuk tujuan mendidik. tegas dan garang aku bukan untuk membuat mereka benci dan menghina aku.. tegas dan garang aku bersebab dan mempunyai sebab.. ketahuilah,law is still law..undang-undang dicipta dan diwujudkan untuk mendisiplinkan manusia dalam semua keadaan.. aku masih megikut prosedur yang betul ketika mana bertugas sebagai seorang warden dan juga guru..so, who am i,man ana, dan siapa saya, hanya manusia yang benar-benar faham aku akan tahu dan kenal aku seperti mana..

Jika

jika aku diuji dan diuji dengan ujian sebegini dan putus asa sebegini, maka Allah tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambanya.. jika aku lemah dan selalu leka dan pernah terleka dan memendam rasa sehingga ia mampu melupakan siapa aku,maka aku akui aku hanya manusia biasa..manusia yang lemah dan lemah dengan semua ujian dunia.. jika semuanya tidak berlaku kepada diriku,mungkin aku tidak mengetahui siapa aku yang sebenar..adakah aku seorang yang baik atau sebaliknya.. jika kebencian dan kesakitan itu membuatkan dia bertambah benci dan terseksa, ketahuilah bahwa aku lebih menderita..lebih sakit dan benar-benar sakit setelah apa yang telah terjadi.. jika cinta itu mampu untuk diberikan kepada Yang Maha Esa dan Dia adalah pemilik yang berkuasa di atas nikmat cinta ini, ambillah ia semula..hilangkan rasa cinta itu dari dalam hidupku..kerna aku tak berhak memiliki anugerah dan nikmat cinta itu.. jika dia merasakan aku telah menyakitkan dan membuatkan diri terseksa, maka baikilah kesilapan dan kesalahan yang ia telah lakukan... cinta tu telah hilang..kepercayaan itu telah hilang. jika disebabkan peristiwa itu,aku menjadi tegas dan berbeza dari sebelumnya, maka ketahuilah ia telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidupku..

Ahad, September 09, 2012

Lirik lagu : adamu by Najwa Latiff

Merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Mensyukuri segala nikmat Yang dikurniakan di dunia Kau berikan ku kekuatan Tuk berpegang pada jalan Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu Kerna kau yang satu Yang setia bersama ku Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu Ku tahu ku adaMu Ku adaMu selalu ku merenung ke luar jendela Melihat kebesarannya Walau penuh dengan cabaran Ku tahu ku adaMu Tuhan

Who am i? Man Ana? Siapa Saya?

salam..siapa saya?who am i?man ana?bunyi agak pelik kan.dah lama buka blog ni tapi tak pernah terpikir untuk memberitahu dan menceritakan siapa empunya diri yang sebenarnya.. mungkin aku pernah bercerita tetapi tidak secara details dan lengkap. Tiba-tiba,ingin menceritakan siapa aku yang sebenarnya.Nama penuhku adalah nor azimahtuljumaah binti masrom.kat umah nama gelaranku adalah intan.aku mempunyai banyak nama panggilan iaitu azimah,juma,jemaah dan jumaah.semua nama yang diberikan ade cerita tersendiri..Aku dilahirkan pada 28 Oktober 1988 dan kini umurku adalah 24 tahun. Tinggal dan menetap lama di kg.rimba jaya iaitu bersebelahan dengan sungai rasa dan padang jawa.aku suka tinggal dan duduk di situ.banyak kenangan dan cerita tentang hidup sewaktu kecilku di situ sehinggalah aku berusia 12 tahun. Aku adalah anak ketiga daripada 7 orang adik beradik.seorang kakak sulung bagi 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.tanggungjawabku agak besar dan terlalu besar.seolah-olah apabila tiada kedua ibu bapa ku kelak,akulah insan yang akan menjaga dan bertanggungjawab keatas 4 orang adik2 ku. Memulakan persekolahan di sekolah tadika kemas rimba jaya.tadika tu,betul2 depan rumah aku.mempunyai kawan yang bernama nur anzalna,rashidah afiah, mohd fadhly,fadil dan juga beberapa lagi teman permainanku di waktu itu.Sekarang,kebanyakan daripada mereka telah berkahwin dan bakal berkahwin. Ketika di darjah 1 -darjah 6, aku bersekolah di sekolah rendah padang jawa. (sek.keb.p.jawa& sra p.jawa)aku nakal dan sangat nakal di waktu itu. Aku suka buli orang..aku suka kenakan orang dan aku memang nakal waktu tu.Sehingga baru2 nie, bila aku berjumpa kembali dengan kawan-kawan sekolah rendahku, mereka semua tidak menyangka bahawa aku telah berubah menjadi seorang yang bergelar tenaga pengajar. Ini disebabkan sewaktu dulu, perangaiku seperti tomboy.kesian dekat orang yang pernah aku buli dulu seolah-olah ingin meminta maaf kepada mereka semua. Macam-macam aktiviti aku buat sewaktu tu, aku suka main roondest@ besball,main kejar2, police entry,mandi kolah wak haji misnan,makan buah mangga, main pondok2, dan secara jujurnya diwaktu lapang or waktu cuti sabtu& ahad, ade sje aktiviti ku ketika itu dan aku tidak duduk di rumah.Bak kata orang "suka merayap".Tapi, waktu tu, kawasan dan tempat yang menjadi port untuk melakukan aktiviti hanyalah di rumah rashidah afiah, fadhli dan juga surau depan rumahku.Best sangat.Usia itu, aku juga aktif bermain bola baling,mengikuti kelab persatuan bulan sabit merah dan kelab matematik.Bersama mereka semua lah aku membesar.Petang lepas balik sekolah agama, masing2 akan pergi kelas mengaji di tempat yang sama.ade masa, kami semua akan study dan belajar bersama-sama untuk menduduki upsr dan psra. Selepas sekian lama bersama dengan teman-teman permainanku,lepas darjah 6, aku terpaksa dan berpindah di sekolah lain.Sekolah agama yang terletak di kampung sebelah ayahku.5 Tahun aku belajar disitu.Belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan menimba ilmu walupun pada mulanya aku merasakan aku terseksa dan menangis setiap hari kerana tidak suka tinggal di situ. Siapa tahu, dengan keterpaksaan itu, aku menjadi insan dan manusia seperti hari ini.

Jumaat, September 07, 2012

tanggungjawab..

salam..dah lama tak update blog nie..tanggungjawab adalah suatu amanah dan tugas yang mesti dilaksanakan.semua orang ada tanggungjawab.tanggungjawab kepada diri sendiri,kedua ibu bapa,agama dan juga bangsa. Alhamdulillah,5 sept 2012 genaplah aku menjadi seorang guru..guru yang mengajar di sekolah menengah islam hira'. Pada awal aku menjalankan tugas sebagai seorang guru, aku berasa amat takut dan gerun untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab tersebut.ini disebabkan aku bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman sebagai pendidik.Namun, dari zero aku menjadi seorang hero.iaitu, belajar untuk mengajar dan juga belajar untuk menjadi seorang pelajar.Subjek pertama yang aku ajar adalah b.arab.. Kini,aku mengajar pula subjek fIKAH..Banyak perkara dan benda yang aku belajar di sini..

Sabtu, September 01, 2012

sebuah kehidupan..

salam..salam aidilfitri dan salam untuk semua..jujurnya,aku xtahu untuk menulis entry berkenaan ape..but,ade sesuatu yang ingin aku kongsikan..mungkin ia adalah sesuatu yang biasa di dengar oleh orang ramai dan juga orang diluar sana.semua ni juga ade kaitan dengan qada'dan qadar Allah.manusia hanya merancang dan setiap perancangan itu ditentukan oleh Allah.. sebelum ni,aku pernah mendengar dan membaca beberapa artikel..tak tahu,sama ada ia pendapat dan maklumat yang benar@ tidak.orang pernah mengatakan bahawa jodoh kita adalah seseorang yang akan membaiki dan menutup kekurangan diri kita.Apa yang aku ingin maksudkan ialah dia akan saling lengkap melengkapi dan bakal pasangan kita tu juga adalah seseorang yang mungkin sama dengan diri kita..adakah ini betul ataupun tidak,itu terpulang dekat individu tersebut.. Jujurnya,untuk memilih seseorang yang benar2 boleh dijadikan seorang teman dan sahabat dalam hidup untuk selama-lamanya,ubahlah diri kita dulu..mungkin,kita ada banyak kekurangan dan kelemahan yang menyebabkan kita susah untuk menemui jodoh atau pasangan hidup.aku bukan seorang yang baik dan cukup baik.tapi,aku manusia biasa..manusia yang pernah dan banyak melakukan kesilapan..kesilapan dan kelemahan lalu mengajar aku banyak perkara dan keadaan.yang indah jadikan kenangan dan yang buruk jadikan pengajaran dalam kehidupan.Kebahagiaan itu akan datang dengan cara yang tersendiri dan ketahuilah kebahagiaan orang lain juga turut membahagiakan diri aku. Aku bahagia bila semua kawan-kawan aku akan dan bakal kahwin serta mempunyai anak.siapa aku,hanya aku yang mengenal dan memahami diri aku..hanya jauhari yang mengenal manikam.