Jumaat, November 28, 2014

diri ku sepanjang 2014


salam..lama sangat tidak update blog ni..rindu sangat2 nak update blog ni, cuma xde masa dan terlalu banyak perkara yang perlu di lakukan sepanjang 11 bulan ni. Alhamdulilah, dah mula cuti sekolah...yeah......selama 10 bulan, bekerja dan sibuk dengan urusan sekolah..rasa tahun ni, sekolah adalah seperti rumah kedua..however, thanks alots mak sebab faham tentang anaknya sorang ni yang sangat sibuk dekat sekolah. sayang mak sangat-sangat. mungkin, cukuplah gambar berbicara tentang apa yang berlaku selama 11 bulan ni..
ni gambar sewaktu terima anugerah guru terbaik ikut subjek masa hari guru..Alhamdulilah..
ni pulak gambar masa jadi guru penasihat bola tampar sewaktu hari karnival ko-kurikulum dekat sekolah..
ni pulak gambar masa pergi bercuti dekat langkawi Family day sekolah....best sangat2..
ni pulak gambar masa jamuan tingkatan 3, aku jadi setiausaha untuk semua program ni..Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar..
gambar di dalam team krsm sebab aku seorang yang sangat aktif dengan krs di sekolah..pangkat Leftenan Muda..
pelajar yang sangat rapat dengan aku 3 orang, yasmin, siti zubaidah, dan farhana..dan the last adalah ummi..seorang ibu yang sangat baik, penyanyang dan sporting..sayang mereka..

Jumaat, Mac 28, 2014

hari sukan sekolah smih,jeram


salam.dah lama blog aku ni bersawang dan tidak di update. namun, kali ni aku rasa inilah masanya untuk aku mengemaskini blog ku ini. just untuk berkongsi sesuatu dan mengenai sesuatu.Sebab sekarang ni, waktu cuti sekolah. Mungkin, sedikit sebanyak ia memberi manfaat kepada ku. Baru-baru ni, dekat sekolah aku telah diadakan hari sukan tahunan sekolah. Masuk tahun ni, dah 3 tahun aku menjadi guru rumah sukan. 2 tahun rumah hijau dan tahun ni rumah kuning. First, mse menjadi guru rumah sukan hijau buat pertama kalinya, aku rasa aku langsung tidak memberikan peranan dan komitmen kepada rumah sukan tersebut, but second year, di rumah sukan yang sama aku telah berjaya membuktikan yang rumah hijau mampu bangkit dan menjadi juara. Alhamdulilah, rumah hijau juara waktu tu walau terdapat beberapa buah rumah sukan lain yang menggunakan cara psikologi. ha3..aku as guru penasihat maintain je. Aku suka waktu sukan, sebab waktu ni lah, hubungan guru dan pelajar akan menjadi rapat dan erat sebab selalu jumpa dan bersama kan. ye la..jadi guru penasihat rumah sukan. waktu sukan jugak ni la, aku bersama dengan rakan baik ku iaitu kak Nabila razak akan tiba-tiba menjadi musuh sebab dah 2 tahun if ada ape-ape acara je, mesti rumah sukan kami akan bertanding sama-sama. Walau macam tu pun, hubugan kami masih baik.Normal la..adat bertanding dalam permainan mesti ada kalah dan menang.. Sukan sekolah hira' ni, memang best dan sangat best.as a teacher, aku dapat lihat semangat dan kesungguhan pelajar-pelajar ku di dalam permainan dan aktiviti yang mereka sertai walau dalam kelas my students ni suka tidur..boleh tengok effort dan spiritual mereka di dalam satu pasukan dan team.seperti dalam iklan tv " hak sukan hak kami"..aku pun enjoy jugak sebenarnya walau terpaksa korbankan masa dan tenaga, but its ok. Alhamdulilah, tahun ni rumah sukan warna kuning menang. setelah dan hampir 8 tahun ia tidak pernah menang. semua rumah-rumah sukan lain terkejut dan benar-benar terkejut..Amazing..Allah je yang tahu saat dan waktu pengadil mengumumkan johan sukan tahunan 2014. i'am happy for them..tema rumah sukan kuning adalah kuda yang mengambil semangat kuda perang. siap ada lagu tema khas lagi di buat oleh pelajar-pelajar ku. Finaly, ia menjadi sejarah buat rumah kuning atau di kenali as khandaq.Walau macam-macam berlaku sewaktu latihan sukan dan sukan berlangsung, tapi Allah tahu Apa yang terbaik untuk hamba-hambanya kan. gambar sewaktu sukan:

Isnin, Januari 20, 2014

Short Film "Demi Seorang Guru" - Qayyimians 2013 (Hira' Jeram)

salam..ini adalah video yang anak-anak muridku buat khas untuk aku sewaktu menyambut hari lahir ku yg ke 25 dan juga ia adalah jamuan perpisahan kelas 2 qayyim..so, selamat menonton..

Ahad, Disember 08, 2013

2 qayyim


Salam..hari nie, nak cerita pulak tentang anak muridku dan juga guru kelasnya. tahun ni, aku menjadi guru kelas untuk pelajar tingkatan 2. kelas tu diberi nama dengan kelas 2 qayyim, nama kelas dekat sekolah yang aku mengajar ni semuanya merupakan nama sahabat dan nama-nama khalifah yang terkenal di dalam islam.Mungkin, ia adalah salah satu cara untuk menerapkan juga gaya dan konsep islam di dalam kelas tersebut. Aku mempunyai pelajar seramai 22 orang iaitu terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan, namun di pertengahan tahun, seorang anak murid ku telah pindah sekolah dan kini ia tinggal 21 sahaja. As a guru kelas, banyak perkara dan tugas sebenarnya kena buat cam tanda kehadiran pelajar tiap-tiap hari, mengetahui tentang sikap dan perangai anak murid,mengenalpasti ibu bapa pelajar tersebut, menjaga kebersihan dan susun atur keceriaan kelas tersebut sepanjang tahun.Tapi, tahun ni, aku sangat sibuk dengan bermacam jawatan yang ku pegang dan urusan yang diamanahkan ole pihak sekolah. Mungkin, kadang-kadang, anak muridku beranggapan yang aku tidak sayangkan mereka..jauh sudut hati, i'm love them so much.cuma tak nak tunjuk je..ha3... Macam-macam yang berlaku sepanjang aku menjadi guru kelas ni, tapi yang amat memberikan pengalaman dan memori adalah bila manan mereka menyambut hari lahirku secara kejutan dan memberikan ku hadiah yang amat bermakna sewaktu jamuan akhir tahun berlangsung..speechless sangat2..ye la, dapat 2 buah kek dan juga hadiah handphone daripada pelajar.Mungkin kerana kesibukan waktu dan ruang yang terhad membataskan ku untuk meluangkan masa bersama mereka.Tapi, akhir tahun aku berusaha meluangkan waktu untuk bersama-sama mereka dalam setiap acara dan aktiviti yang pihak sekolah lakukan. Sewaktu hari karnival, iaitu penutup hari ko-kurikulum,untuk kategori boria bagi pelajar perempuan, kelas 2 qayyim telah mendapat johan.Bagi aku, anak-anak murid aku kreatif, bijak dan berani kerana mereka berjaya menghasilkan boria yang sangat kreatif dan kena dengan keadaan kelas 2 qayyim. Manakala, untuk pelajar lelaki pula bagi kategori coral speaking kelasku mendapat nombor 3. however, bagi aku mereka memang berbakat.nie adalah beberapa buah gambar sewaktu bersama mereka

Sabtu, Disember 07, 2013

kenduri kahwin


Salam..selamat sejahtera..kali nie tajuk tentang kenduri kahwin..ha3..maklumlah,dah masuk bulan 12 dan bulan cuti sekolah, maka ramailah yang melakukan majlis kenduri kahwin. Alhamdulilah,bertambah lah umat nabi muhammad dan khalifah di atas muka bumi ini. Bercinta lama-lama pun, xelok jugak sebenarnya sebab datang banyak fitnah dan dosa. Untuk tahun ni, banyak jugak majlis kenduri kahwin kawan yang aku sempat untuk pergi. kawan sekolah rendah, menengah, kawan di tempat kerja dan juga kawan sewaktu belajar di universiti. Menyentuh tentang perkahwinan ni, ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat dan di pandang serius oleh masyarakat sebenarnya. Yang Paling penting adalah tentang kemampuan untuk melaksanakan majlis tersebut bagi kedua-dua belah pihak. Bak kata pepatah melayu " ukur baju di badan sendiri"..memanglah kahwin hanya sekali,namun jika hanya mengikut kehendak dan juga orang di sekeliling,adakah kita mampu sebenarnya untuk melakukan majlis tersebut dengan kadar jumlah pendapatan yang kita miliki sekarang. Walau berkahwin hanya sekali, namun bukan kemegahan dan juga kecantikan itu yang diambil kira di dalam islam memadailah dengan bersederhana dan lafaz ijab kabul itu sebenarnya sudah cukup. Islam pun tidak menggalakkan umatnya bermegah, membazir dan berhutang untuk melakukan sesuatu yang gah di majlis perkahwinan tersebut. Bila banyak melakukan pembaziran, maka hilanglah keberkatan dan rahmat di sebalik perkahwinan itu. kerana asal dan tujuan di wajibkan seseorang itu berkahwin adalah untuk berkasih sayang sesama manusia lelaki dan perempuan dengan cara yang halal dan melalui perkahwinan yang sah.Juga, perkahwinan itu dilakukan supaya menghindarkan diri daripada zina dan perkara yang terlarang di sisi islam... ha.soalan cepu emas yang kena tanya, bila nak kahwin?dan bila diskeolah jua, ramai jugak anak murid yang tanya tentang soalan tersebut...jawapan yang aku selalu jawab kepada anak-anak murid, " tolong doakan saya untuk jumpa lelaki yang dapat terima saya seadanya, jodoh pertemuan tu di tangan Allah, manusia hanya merancang dan sebaik rancangan adalah daripada Allah yang Maha Esa". if dalam exam, mesti dapat markah tinggi sebab menepati soalan...ha3..

Rabu, November 27, 2013

camping time with students form 5


Salam..hari ni, nak cerita pulak pasal aktiviti outdoor bersama dengan pelajar-pelajar yang pihak sekolah anjurkan bagi setiap tingkatan.Sebenarnya, ini adalah aktiviti mengikut silibius ikram musleh iaitu perkhemahan bagi setiap tingkatan.Ia juga merupakan unit beruniform yang dikenali sebagai Kadet Remaja Sekolah Musleh. if sekolah bukan di bawah musleh, ia dikenali sebagai kadet remaja sekolah.(KRS)..sye dah menjalani latihan dan juga kursus kenaikan pangkat sebagai Leftenan Muda bagi guru-guru yang mengajar di sekolah musleh.Kursus ni di buat di setiawan,lumut perak. Waktu tu, semua guru-guru yang tiada pangkat dan jawatan dikehendaki untuk menyertai Kursus kenaikan pangkat ni dan juga pelajar-pelajar yang ingin naik pangkat daripada kopral kepada sarjan dan juga staff sarjan.Best kursus nie..ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada 3 modul, iaitu ikhtiar hidup, seni pertahanan iaitu based dan yang ketiga adalah pertolongan cemas tentang cara untuk selamatkan orang yang sakit, sesak nafas, tentang ikatan kain anduh cam persatuan PBSM, tapi KRSM MUSLEH Ni, lengkap semua eleman ada iaitu rohani dan jasmani ada.so,memang terbaik.. sewaktu melalui kursus kenaikan pangkat di setiawan ni, semua pelajar dan juga guru -guru seluruh negeri yang mengamalkan sistem musleh, akan turut bersama-sama menjalani program ni.Apa yang menarik tentang program ni dan aktiviti nie, ia merapatkan ukhuwah dan memupuk semangat persahabatan antara sesama islam.Ok, ni serba ringkas tentang KRSM MUSLEH..dan sekarang, kita berbalik semula ke perkhemahan di Brindley Training and Camp yang bertempat Kompleks Uniti , Pasir Panjang Port Dikson,Negeri Sembilan. Perkhemahan ni berlangsung selaman 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang pelajar-pelajar ni buat adalah latihan kawad, pertandingan kawad ,ikhtiar hidup, perbentangan logo, tema, misi dan visi bagi setiap kumpulan dan juga flying fox.Hari terakhir, aktiviti pelajar-pelajar ni adalah bermandi- manda di pulau ni. Jawatan aku sewaktu di sini adalah sebagai Kem Komandan iaitu ketua pengarah program.Setiap apa yang berlaku kat sini, aku yang bertanggungjawab,Walaupun begitu ada 4 orang guru yang turut serta dan juga 6 orang fasilitator yang turut sama menjayakan perkhemahan ni...Bagi aku, ia pengalaman yang sangat best sebab kita dapat merasa kesusahan, keceriaan dan tingkahlaku pelajar2 kita yang sebenar, kita akan mudah rapat dan kenal mereka..

kesibukan seorang guru

Salam..selamat sejahtera semua dan semoga semuanya sihat sentiasa..dah lama sangat tak update blog nie.dh bersawang rsenye..Just nak cerita tentang pengalaman dan tugas seorang guru yang mengajar di sekolah menengah Islam Hira', Jeram. Alhamdulilah, dah 2 tahun aku bekerja di situ as a guru.Banyak pengalaman dan peristiwa yang berlaku sepanjang aku mengajar di situ.Tapi, itu namanya seorang manusia dan juga seorang guru. Pada tahun pertama, aku mengajar subjek bahasa arab untuk tingkatan 2 dan juga subjek Fiqh tingkatan 2.Mula-mula mengajar, ramai pelajar yang tidak berapa gemar dan suka dengan aku sebab aku nie xbest la, garang la, susah nak senyum la, dan macam-macam lagi. Aku pun, xtahu lagi perangai dan tingkahlaku budak-budak nie..so,kena banyak yang aku kena belajar.Macam-macam budak-budak means pelajar akan gelar diri cikgu baru especially cikgu yang baru masuk cam aku nie.Ha...tu tahun pertama je aku garang dan tegas, tapi walau garang dan tegas,bila ada sambutan hari guru kat sekolah, meja aku yang akan dapat banyak hadiah.Aku pun pelik..garang, tapi ada jugak yang suka dan sayang dengan aku.ha3...tapi, cam best dan rasa bertuah la..cikgu2 lain xbyk dapat hadiah cam aku.. Aku nie xde la garang sangat sebenarnya, just suruh pelajar-pelajar ikut peraturan, hormat guru dan tepati masa. Tahun pertama tu jugak, aku juga mengajar subjek Fiqh untuk pelajar tingkatan 3. Fiqh nie dekat sekolah aku adalah subjek yang penting jugak cam dekat sekolah jais di panggil SMA untuk pelajar Tingkatan 4 dan di sekolah jais pelajar form 4 kena amik exam besar sma nie.tapi, kat sekolah aku dipanggil subjek deeniyah dan mengikut silibus ikram musleh..Walau pelajar tingkatan 3 mengambil pmr, tapi mereka juga kena mengambil exam deeniyah ni jugak kerana ia syarat wajib pihak sekolah dan juga IKRAM MUSLEH.so, nak cakap sibuk tak sibuknya aku, aku kena pegang 1 subjek yang penting dan juga subjek exam besar bagi pelajar tingkatan 3.Aku kena bersaing dan merebut masa antara cikgu pmr dan juga cikgu2 yang lain kerana subjek ini mempunyai cgpa di sekolah.