Google+ Followers

Selasa, November 20, 2012

perpindahan dan pembaharuan

salam...salam maal hijrah semua.walau mungkin dah terlambat..maaf.. sempena bulan islam yang cukup mulia dan perpindahan bulan islam ini.. marilah kita sama-sama berubah kan..berubah untuk membaiki diri dan berubah untuk mendekatkan diri kepada Illahi..mungkin selama ni, kita banyak dan sering melakukan kesilapan dan sesuatu yang membuatkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak ataupun orang disekeliling. tanpa kesilapan, manusia takkan sedar tentang dirinya sendiri dan kesilapan mengajar tentang hidup seseorang. Cukup dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita atau ahli keluarga kita atau orang disekeliling kita.mungkin kita tak pernah dan lalui ujian tersebut kerna ujian dan dugaan yang Allah berikan adalah sesuai dengan diri seseorang. Namun, cara dan bagaimana seseorang itu menghadapi cubaan dan ujian itu mungkin menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk manusia itu memperbaiki diri. Jujur sepanjang awal tahun dan hinggalah ke akhir tahun ini, aku melalui detik-detik dan dugaan dan ujian yang tidak henti-henti. Benar, hidup tidak lari dari ujian dan cabaran kan. Tapi, ujian dan cabaran yang dilalui memberikan kesan dan perubahan terhadap diri seseorang. seolah-olah terasa amat lemah dan putus asa untuk hadapi, tempuh dan menyelesaikan ujian yang datang bertali arus ibarat sungai yang mengalir deras. Ujian iman, mental dan fizikal dilalui setiap hari. Jika aku tidak kuat, tabah dan sabar untuk melalui hari-hari tersebut, aku mungkin tiada di sini..tidak berkesempatan untuk membuat entry ini. Tahun ini, adalah tahun yang benar-benar menguji. Namun, aku tidak henti berdoa dan memohon kepada Yang Esa agar aku dapat melalui hidup ku dengan sabar,kuat dan tabah. Aku berdoa disebalik setiap ujian yang aku lalui sepanjang tahun ini, ada hikmah yang tersembunyi walau jujur aku tak mampu dan berdaya untuk melaluinya sehari-hari. Mungkin pada asalnya, aku seakan lemah dan putus asa untuk hadapi ujian yang tak henti-henti, tapi aku berusaha untuk mencari dan memperbaiki diri. Ujian datang untuk menguji sejauh mana diri kita, iman kita,dan rasa penghambaan kita kepada Pencipta.seperti mafhum di dalam sepotong ayat Al-quran " Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan sesuai dengan dirinya dan keadaannya". Maka, banyakkanlah bersabar, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan ujian dan masalah yang di hadapi.