Google+ Followers

Sabtu, Februari 25, 2012

terima kasih...

~Utk org yg pernah MENYAKITI ku:-
Terima kasih kerana telah mengajarku erti kesabaran & semoga kamu tidak akan pernah merasakan sakit yang saya rasakan..

~Utk org yg pernah SAYA SAKITI:-
maafkanlah kekhilafanku..saya hanyalah manusia yang jauh dari kesempurnaan..

~Utk SAHABAT ku:-
mungkin kita memiliki banyak perbezaan,namun tidak dapat dinafikan lagi yang saya sangat memerlukanmu.. (^^,)
credit to mencari redha illahi..

pengakuan..

salam..aku tak pernah mengubah..dan tak mampu untuk mengubah..ketahuilah bahwa aku tak suka untuk memaksa seseorang untuk menjadi ape yang aku ingin dan harapkan..dalam islam pun xde paksaan kan.aku cuba untuk membuat sesuatu yang dapat dan memberikan manfaat kepada orang lain.walaupun ia sedikit dan biasa sahaja, ia dah bermakna untuk diri mereka.untuk family aku, aku telah dan berusaha untuk memberikan sesuatu yang mungkin terbaik aku rasakan kepada mereka.hanya itu yang aku mampu lakukan..

untuk sesiapa yang pernah dan mengenali diri aku, aku cuba untuk membuatkan diriku bermanfaat dan berbakti kepada anda semua..bukan penghargaan dan ucapan tahniah yang aku inginkan tetapi cukuplah hanya secebis pertolongan dan bantuan yang sedikit yang aku mampu sumbangkan. Hanya Allah berhak untuk memberi kan kalian semua kekuatan, kelebihan dan pertolongan.aku hanya manusia dan insan biasa..insan yang hanya diutuskan untuk melaksanakan sebuah tanggungjawab dan amanah sebagai seorang khalifah di atas mukabumi ini.kadang kala, aku juga tersilap dan aku juga pernah menjadi hamba allah yang ingkar dan xpatuh kepada pencipta..aku akui itu adalah kelemahan diriku snediri.

untuk itu, maafkanlah kesalahan dan kesilapan yang telah dan mungkin aku telah lakukan..untuk bangkit, aku telah bangkit..kini, aku hanya hidup berdasarkan kepada ketentuan Illahi.aku tak ingin untuk mencipta sesuatu yang aku sendiri tak pasti..biarlah aku hanya berjalan dan terus berjalan sehingga nafasku terus terhenti.aku hanya ingin mencari cinta dan kasih Illahi..itulah hajatku ketika ini..

Langkah tercipta..

salam..suatu saat kita akan rasa kita lemah dan kecewa..kita akan rasa kita dah cuba untuk lakukan sesuatu yang terbaik untuk semua pihak dan semua insan di sekeliling kita..tapi,ketahuilah bahawa kita semua sedang di uji untuk sesuatu yang tak pasti..
sesuatu yang penuh dengan kejutan,tanda tanya dan persoalan..

aku pernah dan cuba untuk belajar terima kenyataan hidup yang mendukacitakan..kenangan sewaktu di sekolah menengah amat memberi kesan yang amat kuat untuk aku..aku diuji dengan macam-macam dugaan..aku tak pernah pedulikan apa yang orang memperkatakan tentang diri dan juga keluargaku..ketika itu, aku hanya fikirkan yang aku ingin mengubah sesuatu untuk capai sesuatu..aku berjalan dan terus berjalan..sampai satu tahap, aku diuji lagi..ujian itu juga turut menggugat diri aku..aku tak henti untuk berusaha dan berdoa..aku kuatkan kaki untuk terus melangkah dan tempuh semua dugaan.. finaly, aku berjaya untuk tempuh dugaan tersebut..

kini,sekali lagi aku diuji..setelah 4 tahun aku belajar,inilah dugaan yang aku rasa aku betul2 lemah dan tak berdaya..saat aku merancang untuk capai sesuatu yang pernah dan mungkin diimpikan oleh semua orang,ianya hancur tiba-tiba..aku hilang arah,aku hilang pedoman hidup,seakan-akan begitu kecewa..dan kini, aku terpaksa dan mesti untuk bina langkah yang baru..Langkah yang aku sendiri tak pasti arah tuju..tapi, aku mesti bangun..bangun untuk membahagiakan hati seorang ibu..aku ingin bangun hanya untuk ibu..cukuplah..aku xmhu untuk bina sesuatu yang baru..sesuatu yang aku tak pasti..sesuatu yang mungkin menghancurkan diri aku sendiri..

Jumaat, Februari 10, 2012

guru yang baik..sabar dan tabah..

salam..setiap hari jumaat, aku pasti akan rasa something yg membuatkan aku tertekan dan sakit..sakit untuk menghadapi pelajar yang nakal,degil dan juga tidak mendengar kata..aku telah cuba bermacam-macam cara dan kaedah sehinggalah aku merasakan tahap kesabaran ku telah diuji..hu3..aku tertekan mengajar kelas ini sebenarnya..apa lagi usahaku untuk mendidik mereka menjadi pelajar yang baik..

cara lain adalah dengan membawa laptop dan mempersembahkan video berkenaan tajuk yg ku sampaikan pada hari itu kepada mereka..aku cuba untuk memahami jiwa mereka, bertolak ansur dan juga belajar untuk menjadi kawan kepada mereka..tapi, ibarat mencurah air di daun keladi..aku tidak membiarkan pelajar-pelajar yang tidak bermasalah denganku ketinggalan pembelajaran di sebabkan beberapa orang pelajar yang membuat masalah denganku..

so, untuk masuk ke kelas ini, aku belajar dan bersabar sepenuhnya..aku belajar untuk menjadi guru yang baik, sabar dan tabah untuk kelas ini.. Ya Allah Ya Tuhanku, mudahkanlah serta kuatkanlah hambamu ini untuk tempuh dugaan yang kau telah berikan ini..

Sabtu, Februari 04, 2012

mulakan hidup baru..

salam..setelah semuanya berlaku,adakah aku mampu untuk hidup dengan gembira dan ceria seperti sebelum-belumnya???aku akui,aku xmampu sebenarnya..but, hidup mesti di teruskan kan.kan..aku belajar bangun sendiri..aku belajar untuk berdikari sendiri dan aku belajar semuanya seorang sendiri sampai aku bercadang untuk pergi mencari kerja di tempat lain.. aku ingin memohon kerja di kelantan..itulah impianku setakat ini..aku ingin mencari cinta yg telah dan mungkin hilang..

mengharap akan sesuatu yang xpasti..aku pun tak tahu jawapan dan keputusan yg aku lakukan ini adalah betul @tidak..tapi,itulah keputusanku setakat ini..aku tak boleh lupakan die..tpi, mgkin dengan kesibukanku di sne nti,aku mgkin dpt melupakan die wlupun aku thu ingatan xbleh hilang melainakn hilang ingatan..