Google+ Followers

Rabu, Jun 26, 2013

perubahan.

salam..semoga blogger yg membaca entry ni sihat sejahtera hendaknya.Lama dah tak updte blog nie.Dulu, pernah terdetik dalam hati untuk tidak menyentuh dan mengupdate blog ni, tapi alasan tu semua macam tak masuk akal.As manusia, walau apa pun yang telah terjadi kita kena terima dan move on.Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk berubah dan jadi sedia kala tapi takpe la yang penting manusia tu berubah. Bercakap tentang perubahan, aku memang telah berubah untuk menjadi diriku yang dulu. Dulu dan suatu masa yang lalu, aku seorang yang lemah dan pernah rasa putus asa.Mungkin kerana kecewa dengan sesuatu.Jadi seorang yang garang, pendendam, dan rasa tak puashati dengan seseorang.Waktu tu, aku akui, susah untuk aku terima dan dekat dengan anak-anak muridku. Bukan aku tidak mencuba, tapi aku sedang usaha untuk terima kenyataan dan hakikat keputusan.Aku rasa teruk waktu tu. Tapi, aku tak pernah lupa dengan Yang Maha Esa.tiap-tiap malam,saat,hari dan waktu aku menangis untuk tabahkan hati dan lalui ujian tu.Pelik kan..kerana keputusan itu, aku down sangat.Setahun aku mengambil masa untuk baiki dan berubah.Ditemani kawan-kawan,anak-anak murid dan kumpulan usrah yang sangat memahami masalah ku,lama-kelamaan aku mampu bangkit dan berubah. kejayaan yang Allah telah berikan kepadaku,aku berjaya meningkatkan gps subjek yg aku ajar selama 1 tahun di sekolah tu.baru masuk,aku dah mampu berikan sesuatu yang amat mengejutkan kepada sekolah.aku bahagia dan sangat bersyukur waktu tu.Aku dicabar oleh seseorang..aku sahut cabaran itu dan aku buktikan dekat dia siapa aku yang sebenarnya. Aku bukan seorang yang dia fikirkan sebegitu. Kejayaan kedua,aku mampu membeli myvi kepunyaan ku sendiri tanpa melibatkan campur tangan kedua ibu bapa ku. Kejayaan yg seterusnya pula, aku telah berjaya mendapatkan lesen kereta setelah 3 bulan membeli kereta myvi. Aku mula rapat dan ceria dengan anak-anak muridku yang ketika itu tingkatan 3. Mereka adalah batch students yang aku sangat sayang sebenarnya, serta aku merasa bersalah kerana terpaksa mengajar mereka dalam keadaan tertekan. Melibatkan hal peribadi di dalam waktu kerjaya adalah tidak professional sebenarnya. Aku belajar untuk memperbaiki diri setelah masuk di tahun baru.

Sabtu, Jun 15, 2013

kembali semula..

salam..setahun telah berlalu..kini, saya datang kembali di alam maya ini..ha3.. banyak benda nak di kongsi setelah semuanya terjadi..firstly, dulu masa raya haji tahun lepas, mak sakit..jatuh pokok mangga..3 bulan mak tak dapat berjalan, berlari, berdiri.hanya duduk dan baring je yang mampu lakukan.waktu tu, rasa sedih dan rasa x kuat untuk lalui ujian tu.ye la, sebab sebelum mak sakit, semua benda dan perkara berkaitan rumah mak uruskan if waktu sekolah. memasak,hantar adik ke sekolah, basuh baju,lipat baju dan semuanya. Mungkin, itulah namanya ujian dan dugaan kan, Allah nak uji sekuat mana tahap dan keimanan seseorang hambanya.Dengan ujian yang diberikan, kita boleh nilai diri kita sendiri dan boleh baiki kelemahan dan kekurangan diri.Bukan ape, sebab kadang-kadang manusia nie nama je beriman dan sanggup hadapi semua ujian dan dugaan, tapi bila hadapi dan lalui itulah namanya pengalaman dan dugaan. Daripada kisah dan peristiwa yang pertama terjadi waktu tu, aku telah berusaha untuk penuhi dan lengkapkan segala keperluan yang mak perlukan waktu sakit.bukan senang nak jadi guru,warden,kakak dan dalam masa yang sama jadi surirumah..however, ia pengalaman yang snagt berharga. Alhamdulilah, pihak sekolah dan rakan-rakan banyak membantu waktu tu.Alhamdulilah jugak, selama 3 bulan jaga mak, Allah berikan aku kekuatan dan aku xsakit pun waktu tu. First time, dalam waktu raya,masak rendang ayam sendiri dan kari daging..beli daging& ayam dekat pasar serta bahan-bahan untuk memasak waktu tu. Rendang daging dan kari ayam sama rasanya cam mak masak.walau sibuk dan takde masa nak memasak, tapi sebenarnya aku pandai jugak masak.cuma malas dan takde masa.