Ahad, Oktober 07, 2012

Kematian...

salam..selamat sejahtera semua..semoga dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Illahi..alhamdulillah,kita masih diberikan masa dan waktu untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki diri.. bunyi cam pelik je kan entry kali nie..KEMATIAN..pernah terlintas di fikiran kita untuk tahu mcm mana kita akan meninggal dunia,apa amalan yang mampu kita bawa untuk menghitung segala amalan kita nanti?JODOH,REZEKI DAN AJAL MAUT semua dirahsiakan dalam diri semua manusia. Ia adalah ujian dan cabaran untuk kita lalui sepanjang hidup di alam dunia.semua tu adalah perkara yang kita akan lalui suatu ketika nanti.. Menyentuh tentang kematian,adakah kita bersedia untuk meninggal dunia?mengharungi siksaan dan balasan ketika nyawa dihembuskan untuk kali terakhir.Adakah kita akan meninggal dunia di dalam husnul khatimah atau husnul syai'iah?kita je yang akan tahu. sebelum kita pergi, ujian pertama yang kita akan lalui ialah ketika di saat nazak iaitu saat untuk menghembuskan nafas yang terakhir. Ada sebahagian manusia akan pergi dan meniggal dunia dalam keadaan yang senang,mudah dan bermacam ragam.semuanya terpulang kepada individu tersebut. Kematian adalah suatu perkara yang kita tidak boleh lari.sama ada tua,muda dan sebagainya.Justeru itu, adakah kita semua mahir dan tahu cara pengurusan jenazah yang betul dan mempelajari ilmu tersebut?Mungkin sebahagian daripada kita,mengetahui bahwa pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah.Namun,jika dalam kampung itu,tidak ade seorang pun yang tahu dan mahir tentang pengurusan jenazah maka,ia menjadi hukum wajib. Iaitu mesti ade seorang yang tahu bagaimana cara pengerusan jenazah itu dilakukan.Jika tidak, seluruh penduduk kampung itu akan mendapat dosa. Kini, zaman makin moden dan canggih.bak kata orang,semua ade di depan mata. dan yang paling penting sekarang,orang kata semua memerlukan duit. Mungkin,semua orang akan terkejut bila mana cara pengurusan jenazah daripada memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan memerlukan kos yang tinggi. Itulah realiti dan keadaan sekarang. Namun,ketahuilah semua perkara itu boleh dan akan menjadi mudah bila seseorang itu mempunyai ilmu tentang bagaimana cara pengurusan jenazah itu di lakukan. Memadailah bila mana dalam satu keluarga tersebut ada seorang yang tahu bagaimana pengurusan jenazah itu dapat dilakukan dari aspek (Memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengembumikan) itu adalah sebaik-baik amalan yang mampu di lakukan oleh si anak untuk kedua ibu bapanya sekiranya ibu bapanya meninggal dunia kelak. Mungkin, ini adalah mukaddimah yang pertama berkenaan kematian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan