Rabu, Jun 26, 2013

perubahan.

salam..semoga blogger yg membaca entry ni sihat sejahtera hendaknya.Lama dah tak updte blog nie.Dulu, pernah terdetik dalam hati untuk tidak menyentuh dan mengupdate blog ni, tapi alasan tu semua macam tak masuk akal.As manusia, walau apa pun yang telah terjadi kita kena terima dan move on.Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk berubah dan jadi sedia kala tapi takpe la yang penting manusia tu berubah. Bercakap tentang perubahan, aku memang telah berubah untuk menjadi diriku yang dulu. Dulu dan suatu masa yang lalu, aku seorang yang lemah dan pernah rasa putus asa.Mungkin kerana kecewa dengan sesuatu.Jadi seorang yang garang, pendendam, dan rasa tak puashati dengan seseorang.Waktu tu, aku akui, susah untuk aku terima dan dekat dengan anak-anak muridku. Bukan aku tidak mencuba, tapi aku sedang usaha untuk terima kenyataan dan hakikat keputusan.Aku rasa teruk waktu tu. Tapi, aku tak pernah lupa dengan Yang Maha Esa.tiap-tiap malam,saat,hari dan waktu aku menangis untuk tabahkan hati dan lalui ujian tu.Pelik kan..kerana keputusan itu, aku down sangat.Setahun aku mengambil masa untuk baiki dan berubah.Ditemani kawan-kawan,anak-anak murid dan kumpulan usrah yang sangat memahami masalah ku,lama-kelamaan aku mampu bangkit dan berubah. kejayaan yang Allah telah berikan kepadaku,aku berjaya meningkatkan gps subjek yg aku ajar selama 1 tahun di sekolah tu.baru masuk,aku dah mampu berikan sesuatu yang amat mengejutkan kepada sekolah.aku bahagia dan sangat bersyukur waktu tu.Aku dicabar oleh seseorang..aku sahut cabaran itu dan aku buktikan dekat dia siapa aku yang sebenarnya. Aku bukan seorang yang dia fikirkan sebegitu. Kejayaan kedua,aku mampu membeli myvi kepunyaan ku sendiri tanpa melibatkan campur tangan kedua ibu bapa ku. Kejayaan yg seterusnya pula, aku telah berjaya mendapatkan lesen kereta setelah 3 bulan membeli kereta myvi. Aku mula rapat dan ceria dengan anak-anak muridku yang ketika itu tingkatan 3. Mereka adalah batch students yang aku sangat sayang sebenarnya, serta aku merasa bersalah kerana terpaksa mengajar mereka dalam keadaan tertekan. Melibatkan hal peribadi di dalam waktu kerjaya adalah tidak professional sebenarnya. Aku belajar untuk memperbaiki diri setelah masuk di tahun baru.

2 ulasan:

  1. what happen to u juma? share lah...
    semoga semakin tabah ok?...dugaan tu Allah bagi untuk hamba2 tanda sayang.. :)

    BalasPadam
  2. salam..shida, waktu tu aku putus cinta..tapi, sekarang dah ok dah..maaf lambat balas,baru perasan.

    BalasPadam