Jumaat, Disember 30, 2011

semangat baru ,azam serta serta komitmen baru..

Salam..dah lama tak update blog nie..maaf sebab sekarang terlalu sibuk sangat untuk uruskan pendaftaran student baru dan minggu orientasi..erm..baru habis kursus 2 hri dan lepas kursus ada kerja yang sedang menanti..2011 dah berlalu dan kini tinggal 2 hari untuk tahun 2012..

Sepanjang tahun 2011, banyak perkara dan benda yang aku belajar..ada perkara yang datang dalam bentuk ilmu dan ada benda yang datang sebagai sebuah pengalaman yang amat berharga.Alhamdulilah, diakhir tahun 2011, aku dapat belajar bagaimana untuk menjadi seorang guru serta pendidik. Mungkin ilmu aku terlalu cetek dan baru lagi dalam bidang nie but ia cukup bermakna untuk aku..

Kalau di waktu di tahun 2011, aku ade melakukan kekurangan dan tidak bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang pendidik, tapi tahun 2012 yang bakal menjelang nie aku akan bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani.Aku akan cuba untuk jadi seorang guru yang akan mengambil berat serta memahami akan anak murid.bukan sekadar guru but aku akan cuba untuk menjadi rakan kepada anak-anak muridku.

Untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan, aku akan cuba untuk mengisi waktu cuti or kekosongan waktuku untuk selalu contact or berhubung kawan-kawanku..biar jarang dan tak selalu berjumpa but selalu berhubung melalui sms or call..aku xnak terputus hubungan dengan kawan-kawanku..hi3..i will try be fair with my family,friends and also someone..

Tahun depan, aku bakal mengajar subjek SEJARAH FORM2, FIQH FORM 3,TILAWAH ALQURAN FORM4 AND BAHASA ARAB.Aku perlu lakukan yang terbaik untuk semua pihak..

However,sebagai seorang manusia,aku jugak pernah wat salah dan silap dan untuk itu, maafkan lah aku..dan untuk tahun baru nie, aku akan cuba untuk berubah dan jadi lebih baik.

wish me good luck..untuk masa dan ketika nie, aku menumpukan sepenuh perhatianku terhadap kerja dan bila waktu tu dah sampai, aku sedia untuk menempuhnya..hi3..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan