Sabtu, Mac 03, 2012

Taaruf@suaikenal@berkenalan

salam..setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan..so, itu jugaklah yang berlaku kat aku..walaupun ia pahit dan susah untuk diertikan, tapi itulah pengalaman..pengalaman yang mungkin mematangkan. Malam tadi, aku gi kursus kat Batu Belah ( sekolah rendah islam hira')untuk minggu taaruf semua staf baru.kursus tu best cara pengisiannya..duduk dalam kumpulan, dibahagikan kumpulan ikut nombor,setelah menjadi kecik dan sesuai, maka proses taaruf di jalankan.walaupun masa dan aktiviti singkat, tapi matlamat untuk taaruf berjalan..best..walaupun dalam hujan lebat.

kumpulan aku berjaya mengenal ahli kumpulan masing-masing dalam keadaan yang singkat..semuanya happening dan peramah..after habis sesi taaruf, moderator menyampaikan sesuatu berkenaan taaruf dalam persahabatan dan perhubungan sesama manusia..

1)Bila kawan dan kenal seseorang,kita bukan sahaja kenal basic information pasal kawan kita,but sesuatu yang penting pasal diri kawan kita tu pun kita kena kenal..luar dan dalam..perangai,tingkah laku dan semuanya.

2) Berkawanlah seseorang kerana Allah dan untuk mencari redha Allah..if kita dah lama kenal kawan kita tu, ade benda dan perangai yang mungkin kita tidak gemar, but sebagai kawan kita kena cuba ubah dan perbaiki sebab sebaik-baik kawan ialah kawan yang tegur dan ubah kawannya menjadi baik..

3) Jika kita berkawan dan lama kelamaan,persahabatan kita tu menjadi rapuh dan ada masalah, kembalilah kepada Allah kerana semua iu ada kaitan dengan Maha Pencipta.Tingkatkan iman, perbaiki iman kita,mungkin sepanjang kita berkawan ada kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedar. Allah memegang hati mereka dan Allah yang Berkuasa atas semuanya.

4) Jangan pernah mengharap setiap apa yang kita lakukan terhadap kawan kita.Ikhlaskanlah hati kita untuk menolongnya, memberinya dan apa sahaja kepadanya.

5) Allah memegang Hati setiap manusia di atas muka bumi ini. jadi, if kita benar-benar sayang dan mahu kawan kita berubah, maka banyakkanlah berdoa kerana doa adalah senjata orang islam.
Surah untuk melembutkan hati seseorang ialah surah taha.

Honestly, aku belajar sedikit sebanyak dan belajar untuk memperbaiki diriku ini.. aku bukan manusia yang sempurna luar dan dalam walaupun aku mempunyai sedikit sebanyak ilmu agama. Allah mampu menguji sesiapa, sama ada dia seorang Nabi,Rasul,alim ulama' dan juga mufti.

aku manusia biasa,manusia yang seringkali melakukan kesilapan..sekiranya, aku pernah tersasar dan tersalah atau mengguris hati sesiapa, maafkan lah aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan