Isnin, April 16, 2012

pasrah dengan istikharah

salam..maaf sebab dah lama tak update blog..banyak benda dan perkara berlaku sebelum ni.sesuatu yang aku tak jangka ia akan berlaku sepantas ni. tentang hidup yang jatuh,kecewa dan gagal..

Dalam hidup,ada banyak benda kita kena pilih dan buat..kena buat keputusan dan kena buat pilihan..aku pernah buat satu keputusan..keputusan yang telah mengubah segala-galanya..jujurnya bukan senang untuk aku membuat keputusan tersebut.dan kini, aku akan cuba untuk pasrah dengan istikharah yang telah aku buat setahun yang lalu.mungkin Allah Lebih Tahu semuanya..

Kini, lepas peristiwa tu, aku cuba bangun dan ceriakan diri hanya berkongsi semuanya dengan myvi.tu je teman baik aku setakat ni..aku akan bersihkan myvi, vacum myvi, basuh myvi tiap minggu or 2 minggu sekali..belikan myvi minyak wangi supaya myvi aku sentiasa wangi.aku jaga myvi mcm seseorang yg aku sayang.aku service myvi dekat srimuda.agar myvi ok sentiasa.aku xbenarkan sesiapa makan dan kotorkan myvi, if makan pun kena letak sampah kat dalam plastik sampah yang aku sediakan khas.aku tak kejam.aku benarkan orang naik nyvi aku, tapi aku cuba ajar orang yang naik myvi aku berdisiplin dengan jaga kebersihan.. kebersihan sebahagian drpd iman kan.

Aku gi sekolah dengan myvi kesayanganku.klu dulu, aku jalan kaki untuk pergi dan balik, tapi sekarang, myvi adalah peneman dan sahabat baik ku. baru-baru nie, myvi kena langgar.langgar lari.sedih aku tengok myvi aku.if aku dapat kejar orang yg langgar myvi aku, aku nak bunuh@ mintak ganti rugi dekat dia.suka2 je langgar myvi aku..separuh gaji aku untuk myvi..walaupun aku xde lesen dan byk kli fail amik lesen, tapi aku xmenyesal sebab aku dah berjaya bawak myvi..cuma pergerakanku terbatas.mungkin,ade hikmah disebaliknya..aku belajar untuk jadi lebih mahir bawak dan tahu jalan. Lepas aku dapat lesen, aku nak pergi jauh.. tak duduk dengan family.sekarang nie, aku beri peluang dekat mak untuk bawak myvi gi mne2 je yang mak nak.

aku ingin jumpa seseorang.seseorang yang jauh.dan aku ingin tinggal di sana selepas aku selesaikan segala-galanya di sini.. Ini juga adalah pilihan dan pilihan ini telah aku lakukan dengan istikharah.mungkin ini yang terbaik untuk aku..pasrah dengan istikharah.

Istikharah yang memerlukan usaha pada awalnya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan