Sabtu, Disember 01, 2012

misteri jodoh

salam..apa khabar semua?Semoga dalam kedaan sihat& sejahtera hendaknya..sebenarnya, tak tahu nak tulis tajuk pasal ape. Mungkin yang bermain di kepala adalah tajuk slot SEMANIS KURMA berkenaan "MISTERI JODOH".Antara isi yang disampaikan oleh ahli panel malam tadi untuk mendapat seseorang yang baik atau jodoh yang baik, kita mestilah baik dekat Allah, dekat diri sendiri,orang sekeliling dan juga dekat alam ciptaan Allah. Bila mengingat dan bermuhasabah kembali ujian-ujian yang aku lalui awal tahun sampailah ke hari ini, ia semua saling berkait rapat dengan diri sendiri.Allah tak kan uji seseorang dan juga hamba-hambanya jika dia tidak mampu untuk hadapi semua ujian tersebut. Salah satu ujian yang aku lalui ialah bila mana mak sakit dan tidak boleh berjalan. Pada permulaanya, aku rasakan aku tak mampu untuk melihat keadaan mak sebegitu. Bak kata orang"Walau sehebat dan berjayanya seseorang lelaki itu, ada seseorang di belakangnya mungkin ibunya dan mungkin jua isteri nya". Begitulah yang aku alami, suami xlengkap tanpa isteri dan anak-anak tak lengkap tanpa ibu. Berbalik kepada soal jodoh dan perkahwinan,ia bukan hidup hanya sehari dan kemudian bercerai jika tidak sefahaman, tapi ia adalah sebuah ikatan yang menyatukan hubungan sehidup semati. Soalannya, adakah anda semua telah bersedia untuk menempuh dan memegang tanggungjawab yang telah ditetapkan diatas bahu sendiri. Sebagai seorang ayah, tanggungjawab nya bukan hanya memberikan nafkah, menghantar anak ke sekolah,universiti, memberi kasih sayang malah mendidik dan menegur segala kelakuan anak yang telah diamanahkan kepada beliau. Tugas seorang ibu pula, memberikan kasih sayang kepada anak-anak, menguruskan hal-ehwal rumah tangga malah medidik dan membentuk peribadi anak-anak tersebut.Kedua-dua individu inilah insan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak kan warna@ jati diri anak-anak tersebut. Setelah melalui dan belajar sedikit sebanyak daripada ujian yang dilalui, aku merasa kagum kepada ibu-ibu dan bapa-bapa diluar sana.Sebab tugas dan amanah yang dipikul amat berat dan payah.Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Bila mana mak sakit, aku belajar untuk menguruskan tentang masa dengan lebih bijak.Dengan tugas sebagai guru disekolah,sebagai warden asrama, rutin menghantar dan mengambil adik di sekolah,menjadi nurse untuk mak dan juga menguruskan hal ehwal rumah.Ia sangat mencabar dan menuntut seribu kesabaran untuk melaluinya. Jujur,ujian yang aku lalui mungkin adalah sebagai latihan dan panduan untuk aku tempuh alam rumah tangga suatu ketika nanti.Jika suatu masa dahulu, aku pernah dan telah melakukan sesuatu, maka izinkanlah aku tinggalkan ia di situ. Aku bahagia dan gembira dengan melihat dan bermain bersama-sama dengan kanak-kanak& juga baby. Jika suatu masa dan saat dahulu, aku lemah dan tidak mampu untuk melalui semua ujian ni, tapi izinkanlah aku menyatakan aku sangat bersyukur dengan ujian yang diberikan. Aku mampu untuk tempuh ujian ini.Aku belajar segala-galanya. Untuk membentuk sebuah keluarga,ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukan juga hanya cinta semata-mata.Tapi, ia perlukan pelbagai ilmu sama ada berkenaan duniawi dan akhirat. Ia adalah sebuah tanggungjawab yang dipikul dan di bina bersama-sama atas nama cinta dengan terkandung pelbagai ilmu yang amat bermakna untuk membina dan mendidik seorang insan dan juga hamba Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan