Ahad, Disember 02, 2012

apa yang mampu membuatkan anda bahagia?


Salam..mungkin setakat ni, aku mempunyai waktu dan masa untuk menulis sesuatu di dalam blog nie.Pernah rasa kecewa,sakit hati&menyesal?soalan macam tak masuk akal kan untuk tanya.ha3..ya, aku tahu, korang semua pernah rasa dan alami keadaan dan situasi tu.. apa yang mampu membuatkan korang semua bahagia dan kembali seperti sedia kala setelah mengalami situasi tu?tiba-tiba banyak soalan pulak kan kena tanya dan jawab. lain orang,lain cara dan pelbagai cara untuk lupakan semua masalah dan perasaan tu kan..bagi aku, cara aku untuk membuatkan& melupakan semua masalah dan ujian yang aku lalui hanya lah dengan bermain dan menghabiskan masa dengan baby&budak kecik. selain cara berdoa untuk kuat, tabah dan berusaha untuk lupakan semua yang terjadi. Bagi aku, selain dengan semua perkara yang perlu dan sepatutnya aku lakukan, dengan bermain dan menghabiskan masa bersama budak-budak dan baby adalah cara yang benar-benar dapat membahagiakan diri aku.aku tenang dan bahagia dengan baby. Aku suka tengok baby senyum, ketawa,berjalan dan menangis.comel sangat.Kat sekolah, if ade cikgu2 perempuan yang dah kahwin bawak baby&anak kecik datang bilik guru, aku suka kacau dan main dengan budak-budak kecik tu.Budak-budak kecik comel, banyak keletah dan perangai. ade masa, dia menangis, meragam, demam dan gembira.Aku mudah mesra dan rapat dengan budak-budak kecik,senang untuk bergaul dan berkawan dengan mereka. Jika aku dikenali sebagai seorang yang kasar dan ganas, tapi bila kawan dan main-main dengan budak-budak kecik, aku adalah sama dan ceria seperti mereka.aku mampu untuk bermain kejar-kejar dengan budak-budak tu, mampu untuk buat mereka ketawa dan mampu untuk buat mereka seronok kawan dengan aku. Disebabkan aku suka dan gemar dengan kanak-kanak,aku bercita-cita untuk mengambil anak angkat.Mungkin kehidupan ku akan lebih ceria dan bahagia bila dapat meluangkan masa bersama baby yang comel. Aku ingin melupakan semua yang terjadi.sedikit sebanyak masa ku akan terisi dengan baby yang comel serta mungkin aku mampu untuk lupakan semuanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan