Sabtu, Ogos 24, 2013

kehidupan ku

salam.bergelar sebagai seorang guru dan juga warden selama 1 tahun agak mencabar dan memerlukan ketahanan daya fizikal yang kuat.Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar dan juga sikap ibu bapa yang pelbagai ragam juga menjadikan diri untuk sentiasa lebih banyak bersabar.Dalam masa yang sama,bergelar guru disiplin yang memegang jawatan dan tugas untuk memastikan pelajar-pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan asrama. Di amanahkan juga untuk memegang jawatan sebagai guru kelas dan juga menjadi ketua pegawai bagi unit pakaian beruniform sekolah.Walau melalui dan merasakan tugas yang diberikan amat besar,namun, aku masih tersenyum dan mampu untuk ketawa...kadang kala,aku tegas dan garang, namun selepas hari persekolahan dan di luar waktu, aku seorang yang ceria dan gila-gila.Ada masa luang dan cuti walau hanya sehari dalam seminggu, aku akan habiskan masa bersama keluarga di rumah, berjalan-jalan di pasar raya, bersiar-siar di taman permainan, tasik dan keluar makan bersama.cukuplah..hanya itu sahaja masa dan waktu yang aku ada. Sewaktu pelajar sibuk bercuti dan bergembira bersama keluarga, aku menanda kertas jawapan dan peperiksaan mereka,membaca,meneliti, memahami dan berusaha untuk memberikan markah dan mencari bahan yang akan digunakan untuk pembelajaran yang seterusnya. Ada waktu, aku seakan lemah dan berputus asa untuk lalui hari-hari berikutnya, namun aku tetap berjalan dan teruskan perjuangan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Walau garang dan tegas, namun hati ini seorang yang penyanyang dan ceria... Bila masalah dan bebanan kerja datang di dalam diri, aku seakan ingin pergi bercuti dan melupakan apa yang pernah terjadi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan