Ahad, Ogos 25, 2013

3R (RESPECT,RELAXS AND RESPONS)

salam.semoga sihat sejahtera hendaknya.baru-baru nie berpeluang untuk menonton projek 3R iaitu relaks,respons dan respect.program ni dah lama takde, ia mula diperkenalkan sewaktu tahun 1998-2000 cam tu if aku xsalah. Apa yang aku suka dekat rancangan ni ialah tentang pengacaraannya yang sangat santai,sporting dan berkongsi sesuatu secara jujur. Dalam banyak-banyak rancangan tv3, aku sangat suka menonton rancangan 3R nie. Ia adalah sebuah rancangan program tv yg akan menjelaskan serta memberikan pendapat secara bernas dan jujur. Baru-baru nie,ia bersiaran lagi dengan tajuk projek 3R.Kenapa dinamakan sebagai projek 3R,disebabkan ia mencari host dan pengacara yang baru yang lebih muda dan tahu tentang kehidupan wanita.Khususnya rancangan nie untuk wanita dan perempuan, tapi ia dalam keadaan santai dan relaks. Apa yang aku nak kongsikan kat dalam nie, task &ujian yg peserta2 baru bagi projek 3r alami ialah berkaitan dengan aktiviti lasak.Bagaimana cara untuk memasang khemah, memasak nasik dan lauk di dalam hutan dan juga untuk melakukan aktiviti lasak seperti berenang di air yang deras.Jujur, aku bersyukur sebab aku telah ada sedikit sebanyak ilmu untuk hidup di dalam keadaan sebegitu. ini disebabkan aku bergiat aktif di dalam unit beruniform Kadet Remaja sekolah.Jawatan yang aku sandang adalah sebagai leftenan muda.Banyak perkara aku belajar sewaktu pergi mengikuti kursus perkhemahan dan juga kursus kemahiran.Seperti peserta dalam projek 3R nie alami, aku juga pernah turut alami dan rasa.Tapi, apa yang aku boleh katakan aktiviti sebegini akan membuatkan kita jadi lebih erat dan rapat sesama sendiri di dalam kumpulan. Sama seperti aku, aku rapat dengan anak-anak murid bila bersama-sama mereka ketika pergi kursus di hutan dan kursus kemahiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan