Rabu, November 27, 2013

camping time with students form 5


Salam..hari ni, nak cerita pulak pasal aktiviti outdoor bersama dengan pelajar-pelajar yang pihak sekolah anjurkan bagi setiap tingkatan.Sebenarnya, ini adalah aktiviti mengikut silibius ikram musleh iaitu perkhemahan bagi setiap tingkatan.Ia juga merupakan unit beruniform yang dikenali sebagai Kadet Remaja Sekolah Musleh. if sekolah bukan di bawah musleh, ia dikenali sebagai kadet remaja sekolah.(KRS)..sye dah menjalani latihan dan juga kursus kenaikan pangkat sebagai Leftenan Muda bagi guru-guru yang mengajar di sekolah musleh.Kursus ni di buat di setiawan,lumut perak. Waktu tu, semua guru-guru yang tiada pangkat dan jawatan dikehendaki untuk menyertai Kursus kenaikan pangkat ni dan juga pelajar-pelajar yang ingin naik pangkat daripada kopral kepada sarjan dan juga staff sarjan.Best kursus nie..ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada 3 modul, iaitu ikhtiar hidup, seni pertahanan iaitu based dan yang ketiga adalah pertolongan cemas tentang cara untuk selamatkan orang yang sakit, sesak nafas, tentang ikatan kain anduh cam persatuan PBSM, tapi KRSM MUSLEH Ni, lengkap semua eleman ada iaitu rohani dan jasmani ada.so,memang terbaik.. sewaktu melalui kursus kenaikan pangkat di setiawan ni, semua pelajar dan juga guru -guru seluruh negeri yang mengamalkan sistem musleh, akan turut bersama-sama menjalani program ni.Apa yang menarik tentang program ni dan aktiviti nie, ia merapatkan ukhuwah dan memupuk semangat persahabatan antara sesama islam.Ok, ni serba ringkas tentang KRSM MUSLEH..dan sekarang, kita berbalik semula ke perkhemahan di Brindley Training and Camp yang bertempat Kompleks Uniti , Pasir Panjang Port Dikson,Negeri Sembilan. Perkhemahan ni berlangsung selaman 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang pelajar-pelajar ni buat adalah latihan kawad, pertandingan kawad ,ikhtiar hidup, perbentangan logo, tema, misi dan visi bagi setiap kumpulan dan juga flying fox.Hari terakhir, aktiviti pelajar-pelajar ni adalah bermandi- manda di pulau ni. Jawatan aku sewaktu di sini adalah sebagai Kem Komandan iaitu ketua pengarah program.Setiap apa yang berlaku kat sini, aku yang bertanggungjawab,Walaupun begitu ada 4 orang guru yang turut serta dan juga 6 orang fasilitator yang turut sama menjayakan perkhemahan ni...Bagi aku, ia pengalaman yang sangat best sebab kita dapat merasa kesusahan, keceriaan dan tingkahlaku pelajar2 kita yang sebenar, kita akan mudah rapat dan kenal mereka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan