Sabtu, Disember 07, 2013

kenduri kahwin


Salam..selamat sejahtera..kali nie tajuk tentang kenduri kahwin..ha3..maklumlah,dah masuk bulan 12 dan bulan cuti sekolah, maka ramailah yang melakukan majlis kenduri kahwin. Alhamdulilah,bertambah lah umat nabi muhammad dan khalifah di atas muka bumi ini. Bercinta lama-lama pun, xelok jugak sebenarnya sebab datang banyak fitnah dan dosa. Untuk tahun ni, banyak jugak majlis kenduri kahwin kawan yang aku sempat untuk pergi. kawan sekolah rendah, menengah, kawan di tempat kerja dan juga kawan sewaktu belajar di universiti. Menyentuh tentang perkahwinan ni, ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat dan di pandang serius oleh masyarakat sebenarnya. Yang Paling penting adalah tentang kemampuan untuk melaksanakan majlis tersebut bagi kedua-dua belah pihak. Bak kata pepatah melayu " ukur baju di badan sendiri"..memanglah kahwin hanya sekali,namun jika hanya mengikut kehendak dan juga orang di sekeliling,adakah kita mampu sebenarnya untuk melakukan majlis tersebut dengan kadar jumlah pendapatan yang kita miliki sekarang. Walau berkahwin hanya sekali, namun bukan kemegahan dan juga kecantikan itu yang diambil kira di dalam islam memadailah dengan bersederhana dan lafaz ijab kabul itu sebenarnya sudah cukup. Islam pun tidak menggalakkan umatnya bermegah, membazir dan berhutang untuk melakukan sesuatu yang gah di majlis perkahwinan tersebut. Bila banyak melakukan pembaziran, maka hilanglah keberkatan dan rahmat di sebalik perkahwinan itu. kerana asal dan tujuan di wajibkan seseorang itu berkahwin adalah untuk berkasih sayang sesama manusia lelaki dan perempuan dengan cara yang halal dan melalui perkahwinan yang sah.Juga, perkahwinan itu dilakukan supaya menghindarkan diri daripada zina dan perkara yang terlarang di sisi islam... ha.soalan cepu emas yang kena tanya, bila nak kahwin?dan bila diskeolah jua, ramai jugak anak murid yang tanya tentang soalan tersebut...jawapan yang aku selalu jawab kepada anak-anak murid, " tolong doakan saya untuk jumpa lelaki yang dapat terima saya seadanya, jodoh pertemuan tu di tangan Allah, manusia hanya merancang dan sebaik rancangan adalah daripada Allah yang Maha Esa". if dalam exam, mesti dapat markah tinggi sebab menepati soalan...ha3..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan