Ahad, Disember 08, 2013

2 qayyim


Salam..hari nie, nak cerita pulak tentang anak muridku dan juga guru kelasnya. tahun ni, aku menjadi guru kelas untuk pelajar tingkatan 2. kelas tu diberi nama dengan kelas 2 qayyim, nama kelas dekat sekolah yang aku mengajar ni semuanya merupakan nama sahabat dan nama-nama khalifah yang terkenal di dalam islam.Mungkin, ia adalah salah satu cara untuk menerapkan juga gaya dan konsep islam di dalam kelas tersebut. Aku mempunyai pelajar seramai 22 orang iaitu terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan, namun di pertengahan tahun, seorang anak murid ku telah pindah sekolah dan kini ia tinggal 21 sahaja. As a guru kelas, banyak perkara dan tugas sebenarnya kena buat cam tanda kehadiran pelajar tiap-tiap hari, mengetahui tentang sikap dan perangai anak murid,mengenalpasti ibu bapa pelajar tersebut, menjaga kebersihan dan susun atur keceriaan kelas tersebut sepanjang tahun.Tapi, tahun ni, aku sangat sibuk dengan bermacam jawatan yang ku pegang dan urusan yang diamanahkan ole pihak sekolah. Mungkin, kadang-kadang, anak muridku beranggapan yang aku tidak sayangkan mereka..jauh sudut hati, i'm love them so much.cuma tak nak tunjuk je..ha3... Macam-macam yang berlaku sepanjang aku menjadi guru kelas ni, tapi yang amat memberikan pengalaman dan memori adalah bila manan mereka menyambut hari lahirku secara kejutan dan memberikan ku hadiah yang amat bermakna sewaktu jamuan akhir tahun berlangsung..speechless sangat2..ye la, dapat 2 buah kek dan juga hadiah handphone daripada pelajar.Mungkin kerana kesibukan waktu dan ruang yang terhad membataskan ku untuk meluangkan masa bersama mereka.Tapi, akhir tahun aku berusaha meluangkan waktu untuk bersama-sama mereka dalam setiap acara dan aktiviti yang pihak sekolah lakukan. Sewaktu hari karnival, iaitu penutup hari ko-kurikulum,untuk kategori boria bagi pelajar perempuan, kelas 2 qayyim telah mendapat johan.Bagi aku, anak-anak murid aku kreatif, bijak dan berani kerana mereka berjaya menghasilkan boria yang sangat kreatif dan kena dengan keadaan kelas 2 qayyim. Manakala, untuk pelajar lelaki pula bagi kategori coral speaking kelasku mendapat nombor 3. however, bagi aku mereka memang berbakat.nie adalah beberapa buah gambar sewaktu bersama mereka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan