Khamis, Jun 07, 2012

tanah tinggi..

salam..selamat sejahtera semua dan selamat berhujung minggu@ selamat bercuti.. dah lama aku xupdate blog nie..sebab sibuk dengan kerja sebagai seorang guru dan macam-macam lagi.. baru-baru nie cuti sekolah kan? minggu yang pertama, aku tak dapat bercuti sebab jadi person in charge untuk seminar teknik menjawab spm dan pmr.so tired sebenarnya untuk mencari penceramah dan juga guru yg mahir dengan teknik menjawab dan membuat soalan-soalan untuk PMR dan SPM nie..i try do the best for all my students. akhirnya, aku berjaya menemui mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman untuk memberi kan teknik menjawab soalan bagi subjek2 spm dan pmr.. so,cuti minggu pertama aku kat sekolah..walaupun penat dan sangat penat menjadi setiausaha dan juga warden, tapi ia bermakna untuk aku.. aku belajar step by step..from zero to hero..yg paling best, aku dapat tambah kawan yg mengajar di sekolah kerajaan..maklumlah, sekolah yg aku ajar sekarang sekolah swasta.. berakhir je seminar teknik menjawab spm dan pmr kat sekolah, aku terus mempersiapkan diri untuk bercuti ke Tanah Tinggi..@ dikenali sebagai Cameron Highlands..first time,mak drive myvi sejauh nie..aku, mak dan 2 org adik aku bercuti ke cameron highlands..pengalaman dan percutian yang sangat bermakna dan best buat aku..aku kagum dengan keadaan alam semulajadi di sana.keadaan hutan yang hijau, tenang, sejuk dan nyaman membuatkan aku benar-benar tenang di sana. Percutian aku xsia-sia.aku tenang dan sangat tenang di sana. hati seolah-olah berkata, aku telah jatuh cinta dengan Cameron Highlands..aku belajar tentang sesuatu dan kehidupan seseorang. walau ia sebuah kehidupan setahun atau 2 tahun yang lalu, tapi apa yang bermakna buat aku, aku tahu cara kehidupan dia di sana.jauh dan sangat jauh.walau jauh, tapi tenang dan aman damai..jujur dari hati, aku telah jatuh cinta dengan kehidupan petani.perasaan tu tak pernah hilang sebab keluarga sebelah mak adalah petani..nenek ade sawah bendang..pak teh ade bendang,kelapa sawit, atuk sebelah abah ade getah dan aku sekolah menengah pun di tempat dan kawasan pertanian..so, aku boleh dan mampu suaikan diri dalam apa keadaan sekalipun.jujurnya, aku bukan dari kalangan keluarga yang senang dan kaya raya.. Brinchang, tanah rata, ladang teh bahrat, taman sedia, mardi adalah tempat yang sempat aku berkunjung ketika di cameron highlands..percutian yang tak dijangka, aku telah menemui pensyarah yang mengajarku di usim. Nama dia adalah Ustaz Lutfi Zain.ustaz ni mengajar subjek Fiqh Fatwa iaitu subjek major yg aku amik untuk 4 tahun di usim..walaupun dia seoarng yang phscyo, tapi dia baik dan dia masih ingat nama aku bila terserempak dengan dia hari tu..so touch.. hi3...wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan