Khamis, Jun 07, 2012

hidup baru bermula..

salam..hai semua..hi3..setelah lama aku menjadi seperti patung yang tidak berbunyi..tapi kini, aku telah bangkit kembali..hidup baru nie,sekadar permulaan hidup yang baru..tak seindah seperti dahulu..tak seceria seperti dahulu, tapi memadailah aku mampu untuk bangun dan bangkit kembali..Seperti seseorang yang sebelum nie pernah alami sesuatu yang teruk kan??hu3..jujur pada aku ia memang sesuatu yang amat sakit..sakit yang memerlukan rawatan.xde rawatan yang mampu sembuh penyakit nie sebab penyakit hati dan dalaman.. However, lifes must go on..walau ia payah ,susah dan amat susah tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan.. rasa amat payah untuk memujuk dan merawat hati ini.ya, kadang-kadang,manusia melakukan kesilapan..ketahuilah ia bukanlah sengaja dilakukan..ade sebab dan alasan berlakunya sesuatu perkara dan tindakan tersebut.. atas alasan untuk "tidak menyusahkan" dan "membebankan" seseorang. maka perkataan "PUTUS " sebanyak 3 kali dikeluarkan.. aku stress time tu..mungkin ketika tu,aku merasakan putus adalah yang terbaik.sebab tidak ingin menyusahkan sesiapa.walau jujur aku sayang dia. Ketahuilah, melupakan seseorang memakan masa.mengambil waktu yang amat lama.kiranya hati dan ingatan ini boleh dibuang sebegitu sahaja, aku rela mendermakan dan memberikan ia kepada insan yang amat memerlukan.menjadi seseorang yang tidak bermaya sehingga orang sekelilingku benar-benar terkesan dengan perubahan diri. aku benar-benar terharu, bila anak muridku bahagia melihat aku kembali ceria bila aku senyum kepada mereka.senyuman yang amat manis yang jarang aku pamerkan.teguran itu membuatkan aku tersentuh kerna mereka benar-benar mengambil berat akan diriku. kini, aku cuba bangkit.bangun dan cuba bangun.hidupku kini hanyalah untuk membahagiakan orang yang berada disekelilingku sahaja.aku ingin melihat mereka bahagia.aku ingin melihat mereka ceria.kini, aku mampu untuk pergi ke mana sahaja kerna aku mampu membawa myvi ku seorang diri.myvi,mungkin sahabat baikku.walau dia bukan seorang manusia dan xmampu untuk berkata-kata tapi dia adalah bukti sesuatu yang mengembirakan hati.Terima kasih kepada Maheran Abdul Rahman dan Anom Said kerna memberikan sesuatu yang amat dan menyedarkan aku.ingin melihat aku terus bangkit dan bangun.ingin melihat aku ceria dan terima kasih kerna maa menyatakan saya seorang yang tabah, kuat, berani..saya sangat terharu..dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa kerna memberikan KEKUATAN, KETABAHAN UNTUK aku terus bertahan sehingga ke hari ini. wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan