Jumaat, Ogos 24, 2012

sebuah perjalanan

salam..apa khabar? cm mne dgn raya anda semua?hi3..sebab sekarang sedang musim raya kan..Alhamdulilah..inilah raya yang aku rasakan bahagia dan seronok sepanjang umurku 24 tahun..kebahagiaan tu datang dengan cara yang berbeza dan lain-lain kan..so, aku bahagia dengan raya tahun ni.setelah apa yang telah berlaku sebelum2 ni. Alhamdulilah,raya tahun nie aku berpeluang dan berkesempatan menemui semula kawan,ustaz dan ustazah yang mengajarku di sekolah agama menengah sungai selisek ( SAMSES). Jujurnya,dah lama aku merancang untuk berjumpa dan beraya dengan mereka semua..ini adalah doa dan impianku setelah aku keluar dari sekolah menegah tersebut.iaitu 2005.. 2012 baru jumpa balik.. Perjalanan yang best.dari rumah,aku drive alone dalam masa 1 jam.iaitu dari jeram-felda sg.tengi.melalui jalan batang berjuntai,ijok,jalan raja musa dan kawasan kelapa sawit yg sunyi sepi.setengah orang, mungkin tak berani lalu jalan tu sebab bahaya dan berdekatan dengan estate india.but, aku redah je..memulakan perjalanan pada pukul 9am dan sampai di felda sg.tengi tepat pada 10 am. Perjalanan aku di sambut oleh kawanku yang bernama aini tapsir.so,first perjalanan,gi umah dia dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain sampai.sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, aku dijamu oleh dia dengan makanan yang sedap dan popular oleh orang jawa iaitu "PECAL"..SEDAP..sangat sedap..susah nak jumpa pecal yang sedap cam tu kalau kat kawasan umah aku..aku sanggup gi tg.karang untuk beli pecal yang sedap sebab kat situ je ade org yang pandai dan jual pecal kat pasar tg.karang. setelah beberapa lama menunggu semua kawan-kawan ku sampai di rumah aini, maka kami pun bergerak ke rumah syafika..menu yg dihidangkan ialah bihun tomyam..aku makan bihun tu sebab tuan rumah dah hidangkan makanan untuk tetamu kan.so.makan je la..rezeki jangan tolak.hi3..lepas tu,gi gesir pulak..kat gesir tuan rumah sediakan bihun tomyam dan nasi impit..so,aku pilih nasik impit..lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke rumah ustaz azhari asmaon..my best cikgu kat samses..aku minat sejarah sebab dia ajar sejarah lain dari yang lain..kat umah ustaz nie, ustaz sediakan pecal..so, makan je la sebab dah lama xpergi umah ustaz..sedap jugak pecal ustaz buat..Lepas tu, gi umah ustazah pulak.hi3..kat umah nie, tak makan..minum air je..sebab dah petang.nak cepat..sebab lepas tu nak gi sg.besar pulak.umah kawan..perjalanan dari selisek ke sg.besar mengambil masa selama 1 jam paling lambat dan 1/2 jam paling cepat.ikut jalan hutan.. sebab lalu sebelah hutan..perumahan semua tak ada..kedai makan @ shell minyak pun takde.so, pandai2 la survive kat sini. lagi satu, jalan kat sini banyak lopak dan rosak ,so kena hati-hati.sebab boleh kemalangan..tapi aku bawak laju gak..100km2@ 80 km..hi3..tepat pukul 6.30 pm, sampai umah yang dituju..masing2 kepenatan termasuk la aku..kat umah tu pun makan bihun tomyam jugak.so, kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang perjalanan adalah menu yang disediakan adalah bihun tomyam dan pecal. Perjalanan pertama selesai dengan perjalanan dari jeram ke sg.besar..dan hari kedua aku aku meneruskan perjalanan pulang seorang diri ke jeram melalui jalan yang sama.. tapi, sebelum balik, aku singgah jap kat 3 buah umah. 3 buah ni adalah umah kakak yang rapat dengan semasa aku belajar di selisek.umur just beza setahun je dari umur aku. Akhirnya, aku dapat jugak menjejakkan kaki ku ke rumah kak aisyah jamali.dia ni sebenarnya sepupu aku.sebab sepupu aku sepupu dia jugak..mak andak dia mak teh aku. mungkin sebab sama-sama dah besarkan,so teringin nak tengok masing2 kahwin.. aku dengan selambanya jawab " saya nak tengok akak kahwin dulu"..& dia pulak jawab " akak nak tengok awak kahwin dulu"..ha3.. moral of the story : HIDUP ADALAH SEBUAH PERJALANAN..JODOH PERTEMUAN SEMUA URUSAN TUHAN.MANUSIA MERANCANG.DAN SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN DARIPADA YANG MAHA ESA.ALLAH MERANCANG SEGALA-GALANYA.BAHAGIA,GEMBIRA,DUKA DAN KECEWA, SEMUA UJIAN YANG DIBERIKAN KEPADA HAMBANYA SEBAGAI TANDA KASIH SAYANGNYA. AKU BAHAGIA DENGAN HIDUP AKU SEKARANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan