Ahad, September 09, 2012

Who am i? Man Ana? Siapa Saya?

salam..siapa saya?who am i?man ana?bunyi agak pelik kan.dah lama buka blog ni tapi tak pernah terpikir untuk memberitahu dan menceritakan siapa empunya diri yang sebenarnya.. mungkin aku pernah bercerita tetapi tidak secara details dan lengkap. Tiba-tiba,ingin menceritakan siapa aku yang sebenarnya.Nama penuhku adalah nor azimahtuljumaah binti masrom.kat umah nama gelaranku adalah intan.aku mempunyai banyak nama panggilan iaitu azimah,juma,jemaah dan jumaah.semua nama yang diberikan ade cerita tersendiri..Aku dilahirkan pada 28 Oktober 1988 dan kini umurku adalah 24 tahun. Tinggal dan menetap lama di kg.rimba jaya iaitu bersebelahan dengan sungai rasa dan padang jawa.aku suka tinggal dan duduk di situ.banyak kenangan dan cerita tentang hidup sewaktu kecilku di situ sehinggalah aku berusia 12 tahun. Aku adalah anak ketiga daripada 7 orang adik beradik.seorang kakak sulung bagi 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.tanggungjawabku agak besar dan terlalu besar.seolah-olah apabila tiada kedua ibu bapa ku kelak,akulah insan yang akan menjaga dan bertanggungjawab keatas 4 orang adik2 ku. Memulakan persekolahan di sekolah tadika kemas rimba jaya.tadika tu,betul2 depan rumah aku.mempunyai kawan yang bernama nur anzalna,rashidah afiah, mohd fadhly,fadil dan juga beberapa lagi teman permainanku di waktu itu.Sekarang,kebanyakan daripada mereka telah berkahwin dan bakal berkahwin. Ketika di darjah 1 -darjah 6, aku bersekolah di sekolah rendah padang jawa. (sek.keb.p.jawa& sra p.jawa)aku nakal dan sangat nakal di waktu itu. Aku suka buli orang..aku suka kenakan orang dan aku memang nakal waktu tu.Sehingga baru2 nie, bila aku berjumpa kembali dengan kawan-kawan sekolah rendahku, mereka semua tidak menyangka bahawa aku telah berubah menjadi seorang yang bergelar tenaga pengajar. Ini disebabkan sewaktu dulu, perangaiku seperti tomboy.kesian dekat orang yang pernah aku buli dulu seolah-olah ingin meminta maaf kepada mereka semua. Macam-macam aktiviti aku buat sewaktu tu, aku suka main roondest@ besball,main kejar2, police entry,mandi kolah wak haji misnan,makan buah mangga, main pondok2, dan secara jujurnya diwaktu lapang or waktu cuti sabtu& ahad, ade sje aktiviti ku ketika itu dan aku tidak duduk di rumah.Bak kata orang "suka merayap".Tapi, waktu tu, kawasan dan tempat yang menjadi port untuk melakukan aktiviti hanyalah di rumah rashidah afiah, fadhli dan juga surau depan rumahku.Best sangat.Usia itu, aku juga aktif bermain bola baling,mengikuti kelab persatuan bulan sabit merah dan kelab matematik.Bersama mereka semua lah aku membesar.Petang lepas balik sekolah agama, masing2 akan pergi kelas mengaji di tempat yang sama.ade masa, kami semua akan study dan belajar bersama-sama untuk menduduki upsr dan psra. Selepas sekian lama bersama dengan teman-teman permainanku,lepas darjah 6, aku terpaksa dan berpindah di sekolah lain.Sekolah agama yang terletak di kampung sebelah ayahku.5 Tahun aku belajar disitu.Belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan menimba ilmu walupun pada mulanya aku merasakan aku terseksa dan menangis setiap hari kerana tidak suka tinggal di situ. Siapa tahu, dengan keterpaksaan itu, aku menjadi insan dan manusia seperti hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan