Mulakan hari dengan penuh semangat dan senyuman..kerana senyuman itu adalah sedekah yang amat mudah..
Sabtu, Jun 15, 2013
kembali semula..
salam..setahun telah berlalu..kini, saya datang kembali di alam maya ini..ha3.. banyak benda nak di kongsi setelah semuanya terjadi..firstly, dulu masa raya haji tahun lepas, mak sakit..jatuh pokok mangga..3 bulan mak tak dapat berjalan, berlari, berdiri.hanya duduk dan baring je yang mampu lakukan.waktu tu, rasa sedih dan rasa x kuat untuk lalui ujian tu.ye la, sebab sebelum mak sakit, semua benda dan perkara berkaitan rumah mak uruskan if waktu sekolah. memasak,hantar adik ke sekolah, basuh baju,lipat baju dan semuanya. Mungkin, itulah namanya ujian dan dugaan kan, Allah nak uji sekuat mana tahap dan keimanan seseorang hambanya.Dengan ujian yang diberikan, kita boleh nilai diri kita sendiri dan boleh baiki kelemahan dan kekurangan diri.Bukan ape, sebab kadang-kadang manusia nie nama je beriman dan sanggup hadapi semua ujian dan dugaan, tapi bila hadapi dan lalui itulah namanya pengalaman dan dugaan.
Daripada kisah dan peristiwa yang pertama terjadi waktu tu, aku telah berusaha untuk penuhi dan lengkapkan segala keperluan yang mak perlukan waktu sakit.bukan senang nak jadi guru,warden,kakak dan dalam masa yang sama jadi surirumah..however, ia pengalaman yang snagt berharga. Alhamdulilah, pihak sekolah dan rakan-rakan banyak membantu waktu tu.Alhamdulilah jugak, selama 3 bulan jaga mak, Allah berikan aku kekuatan dan aku xsakit pun waktu tu. First time, dalam waktu raya,masak rendang ayam sendiri dan kari daging..beli daging& ayam dekat pasar serta bahan-bahan untuk memasak waktu tu. Rendang daging dan kari ayam sama rasanya cam mak masak.walau sibuk dan takde masa nak memasak, tapi sebenarnya aku pandai jugak masak.cuma malas dan takde masa.
Ahad, Disember 02, 2012
apa yang mampu membuatkan anda bahagia?
Sabtu, Disember 01, 2012
misteri jodoh
salam..apa khabar semua?Semoga dalam kedaan sihat& sejahtera hendaknya..sebenarnya,
tak tahu nak tulis tajuk pasal ape. Mungkin yang bermain di kepala adalah tajuk slot SEMANIS KURMA berkenaan "MISTERI JODOH".Antara isi yang disampaikan oleh ahli panel malam tadi untuk mendapat seseorang yang baik atau jodoh yang baik, kita mestilah baik dekat Allah, dekat diri sendiri,orang sekeliling dan juga dekat alam ciptaan Allah.
Bila mengingat dan bermuhasabah kembali ujian-ujian yang aku lalui awal tahun sampailah ke hari ini, ia semua saling berkait rapat dengan diri sendiri.Allah tak kan uji seseorang dan juga hamba-hambanya jika dia tidak mampu untuk hadapi semua ujian tersebut.
Salah satu ujian yang aku lalui ialah bila mana mak sakit dan tidak boleh berjalan.
Pada permulaanya, aku rasakan aku tak mampu untuk melihat keadaan mak sebegitu. Bak kata orang"Walau sehebat dan berjayanya seseorang lelaki itu, ada seseorang di belakangnya mungkin ibunya dan mungkin jua isteri nya". Begitulah yang aku alami, suami xlengkap tanpa isteri dan anak-anak tak lengkap tanpa ibu.
Berbalik kepada soal jodoh dan perkahwinan,ia bukan hidup hanya sehari dan kemudian bercerai jika tidak sefahaman, tapi ia adalah sebuah ikatan yang menyatukan hubungan sehidup semati. Soalannya, adakah anda semua telah bersedia untuk menempuh dan memegang tanggungjawab yang telah ditetapkan diatas bahu sendiri. Sebagai seorang ayah, tanggungjawab nya bukan hanya memberikan nafkah, menghantar anak ke sekolah,universiti, memberi kasih sayang malah mendidik dan menegur segala kelakuan anak yang telah diamanahkan kepada beliau. Tugas seorang ibu pula, memberikan kasih sayang kepada anak-anak, menguruskan hal-ehwal rumah tangga malah medidik dan membentuk peribadi anak-anak tersebut.Kedua-dua individu inilah insan yang sangat penting dalam membentuk dan mencorak kan warna@ jati diri anak-anak tersebut.
Setelah melalui dan belajar sedikit sebanyak daripada ujian yang dilalui, aku merasa kagum kepada ibu-ibu dan bapa-bapa diluar sana.Sebab tugas dan amanah yang dipikul amat berat dan payah.Pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih matang. Bila mana mak sakit, aku belajar untuk menguruskan tentang masa dengan lebih bijak.Dengan tugas sebagai guru disekolah,sebagai warden asrama, rutin menghantar dan mengambil adik di sekolah,menjadi nurse untuk mak dan juga menguruskan hal ehwal rumah.Ia sangat mencabar dan menuntut seribu kesabaran untuk melaluinya.
Jujur,ujian yang aku lalui mungkin adalah sebagai latihan dan panduan untuk aku tempuh alam rumah tangga suatu ketika nanti.Jika suatu masa dahulu, aku pernah dan telah melakukan sesuatu, maka izinkanlah aku tinggalkan ia di situ. Aku bahagia dan gembira dengan melihat dan bermain bersama-sama dengan kanak-kanak& juga baby. Jika suatu masa dan saat dahulu, aku lemah dan tidak mampu untuk melalui semua ujian ni, tapi izinkanlah aku menyatakan aku sangat bersyukur dengan ujian yang diberikan. Aku mampu untuk tempuh ujian ini.Aku belajar segala-galanya.
Untuk membentuk sebuah keluarga,ia bukanlah suatu perkara yang mudah dan bukan juga hanya cinta semata-mata.Tapi, ia perlukan pelbagai ilmu sama ada berkenaan duniawi dan akhirat. Ia adalah sebuah tanggungjawab yang dipikul dan di bina bersama-sama atas nama cinta dengan terkandung pelbagai ilmu yang amat bermakna untuk membina dan mendidik seorang insan dan juga hamba Allah.
Selasa, November 20, 2012
perpindahan dan pembaharuan
salam...salam maal hijrah semua.walau mungkin dah terlambat..maaf..
sempena bulan islam yang cukup mulia dan perpindahan bulan islam ini.. marilah kita sama-sama berubah kan..berubah untuk membaiki diri dan berubah untuk mendekatkan diri kepada Illahi..mungkin selama ni, kita banyak dan sering melakukan kesilapan dan sesuatu yang membuatkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak ataupun orang disekeliling. tanpa kesilapan, manusia takkan sedar tentang dirinya sendiri dan kesilapan mengajar tentang hidup seseorang.
Cukup dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita atau ahli keluarga kita atau orang disekeliling kita.mungkin kita tak pernah dan lalui ujian tersebut kerna ujian dan dugaan yang Allah berikan adalah sesuai dengan diri seseorang. Namun, cara dan bagaimana seseorang itu menghadapi cubaan dan ujian itu mungkin menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk manusia itu memperbaiki diri.
Jujur sepanjang awal tahun dan hinggalah ke akhir tahun ini, aku melalui detik-detik dan dugaan dan ujian yang tidak henti-henti. Benar, hidup tidak lari dari ujian dan cabaran kan. Tapi, ujian dan cabaran yang dilalui memberikan kesan dan perubahan terhadap diri seseorang. seolah-olah terasa amat lemah dan putus asa untuk hadapi, tempuh dan menyelesaikan ujian yang datang bertali arus ibarat sungai yang mengalir deras. Ujian iman, mental dan fizikal dilalui setiap hari. Jika aku tidak kuat, tabah dan sabar untuk melalui hari-hari tersebut, aku mungkin tiada di sini..tidak berkesempatan untuk membuat entry ini. Tahun ini, adalah tahun yang benar-benar menguji.
Namun, aku tidak henti berdoa dan memohon kepada Yang Esa agar aku dapat melalui hidup ku dengan sabar,kuat dan tabah. Aku berdoa disebalik setiap ujian yang aku lalui sepanjang tahun ini, ada hikmah yang tersembunyi walau jujur aku tak mampu dan berdaya untuk melaluinya sehari-hari. Mungkin pada asalnya, aku seakan lemah dan putus asa untuk hadapi ujian yang tak henti-henti, tapi aku berusaha untuk mencari dan memperbaiki diri. Ujian datang untuk menguji sejauh mana diri kita, iman kita,dan rasa penghambaan kita kepada Pencipta.seperti mafhum di dalam sepotong ayat Al-quran " Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan sesuai dengan dirinya dan keadaannya". Maka, banyakkanlah bersabar, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan ujian dan masalah yang di hadapi.
Ahad, Oktober 07, 2012
Kematian...
salam..selamat sejahtera semua..semoga dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Illahi..alhamdulillah,kita masih diberikan masa dan waktu untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki diri..
bunyi cam pelik je kan entry kali nie..KEMATIAN..pernah terlintas di fikiran kita untuk tahu mcm mana kita akan meninggal dunia,apa amalan yang mampu kita bawa untuk menghitung segala amalan kita nanti?JODOH,REZEKI DAN AJAL MAUT semua dirahsiakan dalam diri semua manusia. Ia adalah ujian dan cabaran untuk kita lalui sepanjang hidup di alam dunia.semua tu adalah perkara yang kita akan lalui suatu ketika nanti..
Menyentuh tentang kematian,adakah kita bersedia untuk meninggal dunia?mengharungi siksaan dan balasan ketika nyawa dihembuskan untuk kali terakhir.Adakah kita akan meninggal dunia di dalam husnul khatimah atau husnul syai'iah?kita je yang akan tahu.
sebelum kita pergi, ujian pertama yang kita akan lalui ialah ketika di saat nazak iaitu saat untuk menghembuskan nafas yang terakhir. Ada sebahagian manusia akan pergi dan meniggal dunia dalam keadaan yang senang,mudah dan bermacam ragam.semuanya terpulang kepada individu tersebut.
Kematian adalah suatu perkara yang kita tidak boleh lari.sama ada tua,muda dan sebagainya.Justeru itu, adakah kita semua mahir dan tahu cara pengurusan jenazah yang betul dan mempelajari ilmu tersebut?Mungkin sebahagian daripada kita,mengetahui bahwa pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah.Namun,jika dalam kampung itu,tidak ade seorang pun yang tahu dan mahir tentang pengurusan jenazah maka,ia menjadi hukum wajib.
Iaitu mesti ade seorang yang tahu bagaimana cara pengerusan jenazah itu dilakukan.Jika tidak, seluruh penduduk kampung itu akan mendapat dosa.
Kini, zaman makin moden dan canggih.bak kata orang,semua ade di depan mata. dan yang paling penting sekarang,orang kata semua memerlukan duit. Mungkin,semua orang akan terkejut bila mana cara pengurusan jenazah daripada memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan memerlukan kos yang tinggi. Itulah realiti dan keadaan sekarang. Namun,ketahuilah semua perkara itu boleh dan akan menjadi mudah bila seseorang itu mempunyai ilmu tentang bagaimana cara pengurusan jenazah itu di lakukan. Memadailah bila mana dalam satu keluarga tersebut ada seorang yang tahu bagaimana pengurusan jenazah itu dapat dilakukan dari aspek (Memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengembumikan) itu adalah sebaik-baik amalan yang mampu di lakukan oleh si anak untuk kedua ibu bapanya sekiranya ibu bapanya meninggal dunia
kelak.
Mungkin, ini adalah mukaddimah yang pertama berkenaan kematian.
Langgan:
Catatan (Atom)