Mulakan hari dengan penuh semangat dan senyuman..kerana senyuman itu adalah sedekah yang amat mudah..
Selasa, November 20, 2012
perpindahan dan pembaharuan
salam...salam maal hijrah semua.walau mungkin dah terlambat..maaf..
sempena bulan islam yang cukup mulia dan perpindahan bulan islam ini.. marilah kita sama-sama berubah kan..berubah untuk membaiki diri dan berubah untuk mendekatkan diri kepada Illahi..mungkin selama ni, kita banyak dan sering melakukan kesilapan dan sesuatu yang membuatkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak ataupun orang disekeliling. tanpa kesilapan, manusia takkan sedar tentang dirinya sendiri dan kesilapan mengajar tentang hidup seseorang.
Cukup dengan ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita atau ahli keluarga kita atau orang disekeliling kita.mungkin kita tak pernah dan lalui ujian tersebut kerna ujian dan dugaan yang Allah berikan adalah sesuai dengan diri seseorang. Namun, cara dan bagaimana seseorang itu menghadapi cubaan dan ujian itu mungkin menjadi sumber inspirasi dan semangat untuk manusia itu memperbaiki diri.
Jujur sepanjang awal tahun dan hinggalah ke akhir tahun ini, aku melalui detik-detik dan dugaan dan ujian yang tidak henti-henti. Benar, hidup tidak lari dari ujian dan cabaran kan. Tapi, ujian dan cabaran yang dilalui memberikan kesan dan perubahan terhadap diri seseorang. seolah-olah terasa amat lemah dan putus asa untuk hadapi, tempuh dan menyelesaikan ujian yang datang bertali arus ibarat sungai yang mengalir deras. Ujian iman, mental dan fizikal dilalui setiap hari. Jika aku tidak kuat, tabah dan sabar untuk melalui hari-hari tersebut, aku mungkin tiada di sini..tidak berkesempatan untuk membuat entry ini. Tahun ini, adalah tahun yang benar-benar menguji.
Namun, aku tidak henti berdoa dan memohon kepada Yang Esa agar aku dapat melalui hidup ku dengan sabar,kuat dan tabah. Aku berdoa disebalik setiap ujian yang aku lalui sepanjang tahun ini, ada hikmah yang tersembunyi walau jujur aku tak mampu dan berdaya untuk melaluinya sehari-hari. Mungkin pada asalnya, aku seakan lemah dan putus asa untuk hadapi ujian yang tak henti-henti, tapi aku berusaha untuk mencari dan memperbaiki diri. Ujian datang untuk menguji sejauh mana diri kita, iman kita,dan rasa penghambaan kita kepada Pencipta.seperti mafhum di dalam sepotong ayat Al-quran " Allah tidak akan menguji seseorang itu jika bukan sesuai dengan dirinya dan keadaannya". Maka, banyakkanlah bersabar, berdoa dan berusaha untuk menyelesaikan ujian dan masalah yang di hadapi.
Ahad, Oktober 07, 2012
Kematian...
salam..selamat sejahtera semua..semoga dalam keadaan sihat dan sentiasa di bawah rahmat Illahi..alhamdulillah,kita masih diberikan masa dan waktu untuk bermuhasabah diri dan memperbaiki diri..
bunyi cam pelik je kan entry kali nie..KEMATIAN..pernah terlintas di fikiran kita untuk tahu mcm mana kita akan meninggal dunia,apa amalan yang mampu kita bawa untuk menghitung segala amalan kita nanti?JODOH,REZEKI DAN AJAL MAUT semua dirahsiakan dalam diri semua manusia. Ia adalah ujian dan cabaran untuk kita lalui sepanjang hidup di alam dunia.semua tu adalah perkara yang kita akan lalui suatu ketika nanti..
Menyentuh tentang kematian,adakah kita bersedia untuk meninggal dunia?mengharungi siksaan dan balasan ketika nyawa dihembuskan untuk kali terakhir.Adakah kita akan meninggal dunia di dalam husnul khatimah atau husnul syai'iah?kita je yang akan tahu.
sebelum kita pergi, ujian pertama yang kita akan lalui ialah ketika di saat nazak iaitu saat untuk menghembuskan nafas yang terakhir. Ada sebahagian manusia akan pergi dan meniggal dunia dalam keadaan yang senang,mudah dan bermacam ragam.semuanya terpulang kepada individu tersebut.
Kematian adalah suatu perkara yang kita tidak boleh lari.sama ada tua,muda dan sebagainya.Justeru itu, adakah kita semua mahir dan tahu cara pengurusan jenazah yang betul dan mempelajari ilmu tersebut?Mungkin sebahagian daripada kita,mengetahui bahwa pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah.Namun,jika dalam kampung itu,tidak ade seorang pun yang tahu dan mahir tentang pengurusan jenazah maka,ia menjadi hukum wajib.
Iaitu mesti ade seorang yang tahu bagaimana cara pengerusan jenazah itu dilakukan.Jika tidak, seluruh penduduk kampung itu akan mendapat dosa.
Kini, zaman makin moden dan canggih.bak kata orang,semua ade di depan mata. dan yang paling penting sekarang,orang kata semua memerlukan duit. Mungkin,semua orang akan terkejut bila mana cara pengurusan jenazah daripada memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan memerlukan kos yang tinggi. Itulah realiti dan keadaan sekarang. Namun,ketahuilah semua perkara itu boleh dan akan menjadi mudah bila seseorang itu mempunyai ilmu tentang bagaimana cara pengurusan jenazah itu di lakukan. Memadailah bila mana dalam satu keluarga tersebut ada seorang yang tahu bagaimana pengurusan jenazah itu dapat dilakukan dari aspek (Memandikan,mengkafankan, menyembahyangkan dan mengembumikan) itu adalah sebaik-baik amalan yang mampu di lakukan oleh si anak untuk kedua ibu bapanya sekiranya ibu bapanya meninggal dunia
kelak.
Mungkin, ini adalah mukaddimah yang pertama berkenaan kematian.
Sabtu, September 29, 2012
angry bird...
salam..pernah dengar nama game or permainan or ape sahaja yang baerkaitan dengan angry bird?HA3..agak kelakar dan sangat kelakar bila aku mendapat gelaran angry bird drpd anak murid2ku..dalam sejarah, orang mengatakan bahawa aku sama seperti angry bird..
jujur aku katakan,bahawa aku tak reti marah dan garang dengan orang..sampaikan kawan-kawan yang benar-benar kenal aku tak tau bila aku akan marah..mungkin,bila berada ditempat dan keadaan yang berbeza, keceriaan dan senyuman itu hilang.aku menjadi tegas dan sangat garang.ketahuilah bahwa garang dan ketegasan yg aku tonjolkan adalah untuk mengajar anak muridku tentang undang-undang yg mereka telah hilang dan hancurkan..mereka merasakan bahawa undang-undang hanyalah perkara yang biasa dan tidak bermakna.disebabkan tiada undang-undang mereka boleh melakukan sesuka hati diluar dan menimbulkan kesusahan kepada orang disekeliling mereka..
so,tegas dan garang yang aku tunjukkan hanyalah untuk tujuan mendidik.
tegas dan garang aku bukan untuk membuat mereka benci dan menghina aku..
tegas dan garang aku bersebab dan mempunyai sebab..
ketahuilah,law is still law..undang-undang dicipta dan diwujudkan untuk mendisiplinkan manusia dalam semua keadaan..
aku masih megikut prosedur yang betul ketika mana bertugas sebagai seorang warden dan juga guru..so, who am i,man ana, dan siapa saya, hanya manusia yang benar-benar faham aku akan tahu dan kenal aku seperti mana..
Jika
jika aku diuji dan diuji dengan ujian sebegini dan putus asa sebegini,
maka Allah tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambanya..
jika aku lemah dan selalu leka dan pernah terleka dan memendam rasa sehingga ia mampu melupakan siapa aku,maka aku akui aku hanya manusia biasa..manusia yang lemah dan lemah dengan semua ujian dunia..
jika semuanya tidak berlaku kepada diriku,mungkin aku tidak mengetahui siapa aku yang sebenar..adakah aku seorang yang baik atau sebaliknya..
jika kebencian dan kesakitan itu membuatkan dia bertambah benci dan terseksa, ketahuilah bahwa aku lebih menderita..lebih sakit dan benar-benar sakit setelah apa yang telah terjadi..
jika cinta itu mampu untuk diberikan kepada Yang Maha Esa dan Dia adalah pemilik yang berkuasa di atas nikmat cinta ini, ambillah ia semula..hilangkan rasa cinta itu dari dalam hidupku..kerna aku tak berhak memiliki anugerah dan nikmat cinta itu..
jika dia merasakan aku telah menyakitkan dan membuatkan diri terseksa,
maka baikilah kesilapan dan kesalahan yang ia telah lakukan...
cinta tu telah hilang..kepercayaan itu telah hilang.
jika disebabkan peristiwa itu,aku menjadi tegas dan berbeza dari sebelumnya, maka ketahuilah ia telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidupku..
Ahad, September 09, 2012
Lirik lagu : adamu by Najwa Latiff
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Who am i? Man Ana? Siapa Saya?
salam..siapa saya?who am i?man ana?bunyi agak pelik kan.dah lama buka blog ni tapi tak pernah terpikir untuk memberitahu dan menceritakan siapa empunya diri yang sebenarnya.. mungkin aku pernah bercerita tetapi tidak secara details dan lengkap.
Tiba-tiba,ingin menceritakan siapa aku yang sebenarnya.Nama penuhku adalah nor azimahtuljumaah binti masrom.kat umah nama gelaranku adalah intan.aku mempunyai banyak nama panggilan iaitu azimah,juma,jemaah dan jumaah.semua nama yang diberikan ade cerita tersendiri..Aku dilahirkan pada 28 Oktober 1988 dan kini umurku adalah 24 tahun.
Tinggal dan menetap lama di kg.rimba jaya iaitu bersebelahan dengan sungai rasa dan padang jawa.aku suka tinggal dan duduk di situ.banyak kenangan dan cerita tentang hidup sewaktu kecilku di situ sehinggalah aku berusia 12 tahun.
Aku adalah anak ketiga daripada 7 orang adik beradik.seorang kakak sulung bagi 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.tanggungjawabku agak besar dan terlalu besar.seolah-olah apabila tiada kedua ibu bapa ku kelak,akulah insan yang akan menjaga dan bertanggungjawab keatas 4 orang adik2 ku.
Memulakan persekolahan di sekolah tadika kemas rimba jaya.tadika tu,betul2 depan rumah aku.mempunyai kawan yang bernama nur anzalna,rashidah afiah, mohd fadhly,fadil dan juga beberapa lagi teman permainanku di waktu itu.Sekarang,kebanyakan daripada mereka telah berkahwin dan bakal berkahwin. Ketika di darjah 1 -darjah 6, aku bersekolah di sekolah rendah padang jawa. (sek.keb.p.jawa& sra p.jawa)aku nakal dan sangat nakal di waktu itu. Aku suka buli orang..aku suka kenakan orang dan aku memang nakal waktu tu.Sehingga baru2 nie, bila aku berjumpa kembali dengan kawan-kawan sekolah rendahku, mereka semua tidak menyangka bahawa aku telah berubah menjadi seorang yang bergelar tenaga pengajar. Ini disebabkan sewaktu dulu, perangaiku seperti tomboy.kesian dekat orang yang pernah aku buli dulu seolah-olah ingin meminta maaf kepada mereka semua.
Macam-macam aktiviti aku buat sewaktu tu, aku suka main roondest@ besball,main kejar2, police entry,mandi kolah wak haji misnan,makan buah mangga, main pondok2, dan secara jujurnya diwaktu lapang or waktu cuti sabtu& ahad, ade sje aktiviti ku ketika itu dan aku tidak duduk di rumah.Bak kata orang "suka merayap".Tapi, waktu tu, kawasan dan tempat yang menjadi port untuk melakukan aktiviti hanyalah di rumah rashidah afiah, fadhli dan juga surau depan rumahku.Best sangat.Usia itu, aku juga aktif bermain bola baling,mengikuti kelab persatuan bulan sabit merah dan kelab matematik.Bersama mereka semua lah aku membesar.Petang lepas balik sekolah agama, masing2 akan pergi kelas mengaji di tempat yang sama.ade masa, kami semua akan study dan belajar bersama-sama untuk menduduki upsr dan psra.
Selepas sekian lama bersama dengan teman-teman permainanku,lepas darjah 6, aku terpaksa dan berpindah di sekolah lain.Sekolah agama yang terletak di kampung sebelah ayahku.5 Tahun aku belajar disitu.Belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan menimba ilmu walupun pada mulanya aku merasakan aku terseksa dan menangis setiap hari kerana tidak suka tinggal di situ. Siapa tahu, dengan keterpaksaan itu, aku menjadi insan dan manusia seperti hari ini.
Jumaat, September 07, 2012
tanggungjawab..
salam..dah lama tak update blog nie..tanggungjawab adalah suatu amanah dan tugas yang mesti dilaksanakan.semua orang ada tanggungjawab.tanggungjawab kepada diri sendiri,kedua ibu bapa,agama dan juga bangsa.
Alhamdulillah,5 sept 2012 genaplah aku menjadi seorang guru..guru yang mengajar di sekolah menengah islam hira'. Pada awal aku menjalankan tugas sebagai seorang guru, aku berasa amat takut dan gerun untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab tersebut.ini disebabkan aku bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman sebagai pendidik.Namun, dari zero aku menjadi seorang hero.iaitu, belajar untuk mengajar dan juga belajar untuk menjadi seorang pelajar.Subjek pertama yang aku ajar adalah b.arab..
Kini,aku mengajar pula subjek fIKAH..Banyak perkara dan benda yang aku belajar di sini..
Langgan:
Catatan (Atom)