senyuman..
Mulakan hari dengan penuh semangat dan senyuman..kerana senyuman itu adalah sedekah yang amat mudah..
Jumaat, November 28, 2014
diri ku sepanjang 2014
Jumaat, Mac 28, 2014
hari sukan sekolah smih,jeram
Isnin, Januari 20, 2014
Short Film "Demi Seorang Guru" - Qayyimians 2013 (Hira' Jeram)
salam..ini adalah video yang anak-anak muridku buat khas untuk aku sewaktu menyambut hari lahir ku yg ke 25 dan juga ia adalah jamuan perpisahan kelas 2 qayyim..so, selamat menonton..
Ahad, Disember 08, 2013
2 qayyim



Sabtu, Disember 07, 2013
kenduri kahwin
Rabu, November 27, 2013
camping time with students form 5
kesibukan seorang guru
Salam..selamat sejahtera semua dan semoga semuanya sihat sentiasa..dah lama sangat tak update blog nie.dh bersawang rsenye..Just nak cerita tentang pengalaman dan tugas seorang guru yang mengajar di sekolah menengah Islam Hira', Jeram. Alhamdulilah, dah 2 tahun aku bekerja di situ as a guru.Banyak pengalaman dan peristiwa yang berlaku sepanjang aku mengajar di situ.Tapi, itu namanya seorang manusia dan juga seorang guru. Pada tahun pertama, aku mengajar subjek bahasa arab untuk tingkatan 2 dan juga subjek Fiqh tingkatan 2.Mula-mula mengajar, ramai pelajar yang tidak berapa gemar dan suka dengan aku sebab aku nie xbest la, garang la, susah nak senyum la, dan macam-macam lagi.
Aku pun, xtahu lagi perangai dan tingkahlaku budak-budak nie..so,kena banyak yang aku kena belajar.Macam-macam budak-budak means pelajar akan gelar diri cikgu baru especially cikgu yang baru masuk cam aku nie.Ha...tu tahun pertama je aku garang dan tegas, tapi walau garang dan tegas,bila ada sambutan hari guru kat sekolah, meja aku yang akan dapat banyak hadiah.Aku pun pelik..garang, tapi ada jugak yang suka dan sayang dengan aku.ha3...tapi, cam best dan rasa bertuah la..cikgu2 lain xbyk dapat hadiah cam aku..
Aku nie xde la garang sangat sebenarnya, just suruh pelajar-pelajar ikut peraturan, hormat guru dan tepati masa.
Tahun pertama tu jugak, aku juga mengajar subjek Fiqh untuk pelajar tingkatan 3. Fiqh nie dekat sekolah aku adalah subjek yang penting jugak cam dekat sekolah jais di panggil SMA untuk pelajar Tingkatan 4 dan di sekolah jais pelajar form 4 kena amik exam besar sma nie.tapi, kat sekolah aku dipanggil subjek deeniyah dan mengikut silibus ikram musleh..Walau pelajar tingkatan 3 mengambil pmr, tapi mereka juga kena mengambil exam deeniyah ni jugak kerana ia syarat wajib pihak sekolah dan juga IKRAM MUSLEH.so, nak cakap sibuk tak sibuknya aku, aku kena pegang 1 subjek yang penting dan juga subjek exam besar bagi pelajar tingkatan 3.Aku kena bersaing dan merebut masa antara cikgu pmr dan juga cikgu2 yang lain kerana subjek ini mempunyai cgpa di sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)