Khamis, Januari 19, 2012

menyesal..sedih..lega..

salam..setelah beberapa lama aku tidak mengupdate blog ini,maka hari ni aku mungkin berkesempatan untuk meluahkan segala-galanya di sini..3 hari aku xmkn mlm sebab aku betul-betul xde selera..dan sepanjang tempoh itu jugak, tiap2 malam aku menangis sampai aku rasa aku dah hilang dan tak ade air mata untuk menangis..mungkin hanya dengan menangis aku akan jadi tenang dan lega seketika.. aku pendam dan luahkan semuanya melalui air mata..aku tak mampu untuk berkata dan berkongsi kepada sesiapa..sebab aku takut..kat kelas, time mengajar aku ok but aku pendiam..dan hari ni jugak, aku jadi lebih pendiam..aku tak seceria dulu sewaktu aku mula-mula belajar..aku kuatkan kaki dan hati untuk senyum dan melayan semua anak muridku dengan baik walaupun aku tahu aku tak kuat sebenarnya..kat rumah pulak, aku susah untuk berbual dan berkongsi cerita dengan mak, daus or adik aku sendiri..aku jadi pendiam..kesian mak..mesti mak risau tengok aku jadi cam nie..tapi, dan seboleh-boleh nya, aku tak mahu mak tengok aku sedih sebab nanti mak akan sedih..aku cuba sembang dengan mak,daus dan adik perempuanku seperti biasa, tapi tal seramah dan seceria dulu..jujurnya aku perlukan masa dan kekuatan..

Tiba-tiba, aku rasa impian dan harapan aku hancur berkecai dalam sekelip mata..jiwa aku tersentap..aku jadi kaku dan tak mampu untuk berhadapan dengan orang sekelilingku..setiap malam, aku menangis dan bertanya dalam diri sendiri, aku ke yg bersalah atas semua nie..namun, aku tak ada jawapan untuk semua soalan itu..

aku sayangkan dia sepenuh hati aku..aku terima dia seadanya..walaupun aku yang buat keputusan untuk pergi, tapi aku benar-benar terseksa sebenarnya..sebab aku benar sayangkan diri dia..dan untuk meneruskan hidup ku, aku sekadar berjalan dan terus berjalan untuk menghabiskan masa, hari,bulan dan tahun..untuk saat dan ketika nie, aku xde impian dan harapan..kosong..yang hanya adalah sebuah kenangan..

Jika ini adalah dugaan yang terpaksa aku tempuh dan hadapi, aku akan cuba tempuh selagi aku termampu..jika tidak, aku rela untuk pergi jauh dari sini...jauh...dan terlalu jauh..

Hanya Kepadanya Aku Bermohon dan hanya kepadanya jua aku akan kembali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan