Jumaat, Februari 10, 2012

guru yang baik..sabar dan tabah..

salam..setiap hari jumaat, aku pasti akan rasa something yg membuatkan aku tertekan dan sakit..sakit untuk menghadapi pelajar yang nakal,degil dan juga tidak mendengar kata..aku telah cuba bermacam-macam cara dan kaedah sehinggalah aku merasakan tahap kesabaran ku telah diuji..hu3..aku tertekan mengajar kelas ini sebenarnya..apa lagi usahaku untuk mendidik mereka menjadi pelajar yang baik..

cara lain adalah dengan membawa laptop dan mempersembahkan video berkenaan tajuk yg ku sampaikan pada hari itu kepada mereka..aku cuba untuk memahami jiwa mereka, bertolak ansur dan juga belajar untuk menjadi kawan kepada mereka..tapi, ibarat mencurah air di daun keladi..aku tidak membiarkan pelajar-pelajar yang tidak bermasalah denganku ketinggalan pembelajaran di sebabkan beberapa orang pelajar yang membuat masalah denganku..

so, untuk masuk ke kelas ini, aku belajar dan bersabar sepenuhnya..aku belajar untuk menjadi guru yang baik, sabar dan tabah untuk kelas ini.. Ya Allah Ya Tuhanku, mudahkanlah serta kuatkanlah hambamu ini untuk tempuh dugaan yang kau telah berikan ini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan