Ahad, April 29, 2012

luahan hati

salam.disebabkan aku cuti dan dalam proses menenangkan diri, jadi aku ingin kongsi beberapa benda yang boleh membuatkan aku bahagia, tenang dan perkara yang aku impikan.. firstly, aku suka gi jalan-jalan, masuk hutan cam buat aktiviti memancing ikan kat sungai, sawah padi, dan juga gi khemah..cam daki gunung..aktiviti tu tenang..mendamaikan jiwa..aku suka tempat yang hijau sebab hijau lembut dan beri ketenangan.. aku jugak suka main@ kawan dengan budak-budak@ baby..sebab baby comel..tenang tengok muka baby yang bersih tanpa dosa..aku suka dengan baby..baby yang tembab, cute, pandai cakap dan lincah.kat sekolah, ade 2 @3 orang cikgu yang ade anak kecil, aku suka dukung baby tu..budak2 tu suka main dengan aku..kdg2 sampai guru2 tu cakap aku boleh jadi babay sitter yang baik.anak jiran depan umah pun suka kat aku, sebab aku pandai kawan dengan budak kecik tu. budak2 best..sebab budak2 suka tengok kartun, senang untuk di didik dan dengar kata.. perkara yang aku suka buat jugak adalah baca novel.Baru-baru nie,aku telah beli 4 buah buku novel masa pesta buku karangkraf di s.alam..aku akan baca novel if cuti sabtu and ahad tiada aktiviti sekolah..selain tu jugak, aku suka bersih dan basuh myvi..sejak akhir2 ni, aku jarang menonton tv..malam pun tido awal,cuti sabtu ahad gi kursus or jadi guru pengiring perkhemahan..jumpa kawan U pun jarang.dah 6 bulan xjumpa..just sms dan tlphne je.. sometimes, aku rasa aku nak hilangkan diri dan menjadi independent seketika..menyendiri untuk suatu tempoh masa.. just tinggal dengan family dan jiran terdekat.aku tak bersedia untuk jumpa kawan-kawan aku lagi lepas aku jatuh .. bagilah aku masa untuk semuanya jadi pulih.kadang-kadang xsemua masalah yang kita hadapi, kita mampu untuk tempuh.masa adalah ubat untuk segala-galanya.. sometimes, aku rasa aku bersalah dekat abah..aku xpatut buat perangai cam tu kat abah..tapi, bagilah aku masa..suatu masa nanti, aku akan jelaskan kenapa aku jadi sedemikian.inilah dilema yang aku tempuh seorang diri dalam hati. Aku xpatut menghukum seseorang atau menjatuhkan kesalahan bukan pada tempatnya.inilah ape yang aku rasa selama ni. aku pernah sayang dan cinta kan dia..dia pernah hadir dalam hidup aku walaupun tak lama, tapi dia telah membuat hidup aku bahagia dan ceria seketika.kadang-kadang, aku rasa aku xbetul dalam hidup..tapi, aku bangun dan bangkit jugak..aku muhasabah diri sendiri.aku menghabiskan masa tersebut dengan membaca buku Gen q, solusi,dan buku motivasi. aku pernah impikan yang aku ingin hidup bersama dengan dirinya untuk selama-lamanya..tapi, ia sekadar angan2 yg tinggal kenangan.dalam saat kawan2 aku telah merancang untuk hidup bersama insan yang mereka sayang dan menantikan saat detik bahagia mereka, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka sahaja.jauh dalam hati, aku sedih sangat..Allah uji aku dengan ujian yang aku kadang-kadang xmampu untuk tempuh. Ujian tu jugak mendekatkan aku dengannya sebagai Hamba kepada Yang Maha Berkuasa. akhir kata, maaf sekiranya entry ini membuatkan pembaca terasa atau tersinggung..doakan saya untuk kuat dan tabah hadapi ujian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan