Mulakan hari dengan penuh semangat dan senyuman..kerana senyuman itu adalah sedekah yang amat mudah..
Ahad, April 29, 2012
travel..
salam..selamat pagi, tengah hari dan salam sejahtera. Alhamdulilah, aku sampai juga kat destinasi yg aku impikan selama nie.walaupun bukan tempat ni sebenarnya, at least aku dapat menjauhkan diriku dari tempat yang penuh dengan kesibukan, kesesakan dengan datang ke suatu tempat yang tenang.tempat yang jauh dari insan yang aku kenal, insan yang mengenali diri aku dan tempat yang penuh dengan kenangan lalu.
aku terpaksa bercuti untuk seketika..walau hanya 3@ 4 hari sahaja..bagi aku, itu sudah cukup memadai dan sempurna. Aku asing dan tenang di tempat orang.hati aku damai dan bahagia.dah lama aku tak meluangkan diriku untuk pergi bersiar-siar seorang diri.aku bahagia di sini, aku mampu tersenyum dan tergelak dengan mudah sekali.aku belajar sesuatu yang amat beerti di sini iaitu adat,budaya dan cara pemikiran penduduk di sini.perjalanan ku agak lama di sebabkan kesesakan lalu lintas yg berlaku di lebuhraya.Untuk kali pertama didalam hidup, aku membeli tiket bas ke sebuah destinasi dengan seorang diri.bergerak di dalam waktu malam dan sampai di destinasi tersebut di waktu pagi.
Berjumpa dengan seseorang yang aku tak pernah jumpa selama nie dan aku rasa bahagia, seronok dan gembira sebab dia mampu memberikan sesuatu untuk mematangkan diri aku.mengajar aku untuk memperbaiki diri.berani kan aku,percaya dengan seseorang yang tidak pernah aku jumpa sebelum ni dan terus tinggal dengannya untuk beberapa hari. keluar sama-sama, gelak sama-sama, dan sembang sama-sama.walau dia sibuk dan mengalami tekanan yang amat kuat dari majikannya, tapi dia mampu melayan aku..aku kagum dengan diri dia.
walau jauh, aku tidak melepaskan peluang untuk memasak sesuatu untuk dia..walau biasa, tapi aku rasa ia suatu penghargaan buat diriku untuknya.mungkin ini perjalanan ku untuk pertama sejauh nie, dan mungkin lepas ni ada sebuah perjalanan yang amat jauh lagi..mungkin bukan di tanah air, tapi masih di atas muka bumi Allah yang suci.
sepi yang bermain dijiwaku juga, mengajar aku mengenal dan bermuhasabah diri..atas dasar apa aku sanggup pergi sejauh ni.hingga hari ni, aku masih xdapat jawapan kenapa aku melakukan perkara ni.jujur aku katakan,aku bersyukur kerana perjalanan ku selamat.Allah amat menyanyangi hamba-hambanya.Sekiranya cinta itu akan datang sekali lagi,aku ingin seseorang yang sayangkan diriku adalah seseorang yang mampu untuk menegur, memahami,dan menerima semua kelemahan dan kekurangan diri ku.Aku tak pasti yang aku akan dapat menerima dan menyanyangi dirinya sepertimana aku pernah sayang seseorang sebelum ni sepenuh hatiku atau tidak..
However,kenangan masa lalu, terlalu bermakna buat diriku.walau dia@ aku pernah buat dan lakukan kesilapan, tapi atas pertemuan itulah kenangan itu terbentuk.aku menghargai dan menyanyangi dirinya walaupun hubungan itu telah putus..
Andainya dapat kumenulis
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga yang indah berseri
Kusembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga
Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasehku balas cinta Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya
Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta
Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat Nnya terus mencurah-curah
Nur hidayah Nya semakin cerah
lirik lagu ; SAUJANA ( NOTA CINTA)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan