Isnin, Januari 23, 2012

mulakan hidup baru

salam..setelah segala-galanya berlaku..aku ingin mulakan sesuatu yang baru untuk sesuatu yang baru.aku baru je putus cinta.mungkin ini ujian untuk aku yang Allah Beri ketika ini.perkenalan dgn dirinya membuatkan aku betul-betul bermakna, sebab cinta yg hadir tu adlah dari Anugerah ALLAH.s.w.t. sebelum aku menerima dia, aku panjatkan doa dan aku buat solat Istiharah.selepas tu, aku perasaan tu hadir.walaupun kini die telah dan cuba melupakan aku, tapi cinta aku untuk dia tak pernah terhenti dan ia terus di dalam hati. aku tak boleh untuk membenci diri dia sebab aku benar-benar sayangkan dia.Mula-mula aku xdpt terima ape yg berlaku nie, tapi akhrnya aku boleh menerima semuanya. bagi aku "MEMAAFKAN DAN MEREDHAKAN" atas ape yg berlaku adalah lebih baik.

Allah merancang dan setiap perancangan itu, di tentukan oleh ALLAH.If aku lemah, Allah xkan uji aku dengan dugaan yang amat hebat ini. Aku percaya setiap apa yg berlaku ade hikmah di sebaliknya.Walau jauh mana aku pergi, aku tetap ingat diri dia.aku tak pernah menyesal sebab jumpa dia sebab ia sesuatu yang istimewa.dan untuk itu, aku mengambil keputusan untuk memulakan sesuatu yang lebih berharga untuk diriku dulu..iaitu, kerja dengan bersungguh-sungguh, simpan duit,beli kereta dan lepas itu, barulah aku akan berfikir untuk berkahwin.If, ketika itu, Allah telah menemukan aku kembali dengan dirinya, dia lah insan yang aku akan sayang sepenuh hati aku..If dia bukan jodoh aku dan ada orang lain, aku terima semua kuasa Allah.sebab Dia Maha Mengetahui tiap sesuatu.

Sabtu, Januari 21, 2012

inilah keputusannya..

salam..setelah segala-galanya berlaku..kini saat dan waktu ini, aku rela untuk melepaskan die pergi dalam hidup aku..anggaplah ia pernah hadir seketika dan dia yg minta untuk semuanya berakhir..aku cuba untuk memperbaikinya semula, tapi siapa aku untuk melawan takdir..siapa aku untuk menolak semua yang terjadi..mungkin ini sebahagian daripada Qada'DAN Qadar Allah untuk uji kekuatan dan keimanan aku..mungkin pada awalnya,aku tak mampu untuk terima semua ujian ini, tapi akhirnya aku menyerahkan semuanya kepada Yang Maha Esa.kerana sesungguhnya Dia lebih berhak untuk menentukan segala-galanya.

Cinta yang aku berikan suci dan ikhlas..sebab ia hadir dari Anugerah Allah sendiri..Mungkin Dia telah ciptakan aku dengan seseorang yang amat sesuai dan memahami diri aku..lambat atau cepat, semuanya di tangan yang Maha Berkuasa..

Untuk itu,aku ingin jelaskan sesuatu,demi dan sesungguhnya, aku tak pernah kacau dan hadir dalam kehidupan dia..aku tak pernah sesekali berniat untuk melukakan dan menghancurkan segala-galanya..itu bukanlah diri aku..aku terima diri dia seadanya..aku lakukan segala-galanya untuk dia dan aku tak kan pernah sesekali menghukum seseorang di atas tangan sendiri sebab aku tak layak dan mampu untuk menghukum..

walau apa pun keputusannya, aku sememangnya tidak layak untuk menghukum..sebab aku manusia biasa..

terima kasih kepada semua sahabat dan teman-temanku yang banyak memberi sokongan, doa dan harapan untuk aku bangkit semula..hanya Allah sje dapat balas anda semua..

Khamis, Januari 19, 2012

menyesal..sedih..lega..

salam..setelah beberapa lama aku tidak mengupdate blog ini,maka hari ni aku mungkin berkesempatan untuk meluahkan segala-galanya di sini..3 hari aku xmkn mlm sebab aku betul-betul xde selera..dan sepanjang tempoh itu jugak, tiap2 malam aku menangis sampai aku rasa aku dah hilang dan tak ade air mata untuk menangis..mungkin hanya dengan menangis aku akan jadi tenang dan lega seketika.. aku pendam dan luahkan semuanya melalui air mata..aku tak mampu untuk berkata dan berkongsi kepada sesiapa..sebab aku takut..kat kelas, time mengajar aku ok but aku pendiam..dan hari ni jugak, aku jadi lebih pendiam..aku tak seceria dulu sewaktu aku mula-mula belajar..aku kuatkan kaki dan hati untuk senyum dan melayan semua anak muridku dengan baik walaupun aku tahu aku tak kuat sebenarnya..kat rumah pulak, aku susah untuk berbual dan berkongsi cerita dengan mak, daus or adik aku sendiri..aku jadi pendiam..kesian mak..mesti mak risau tengok aku jadi cam nie..tapi, dan seboleh-boleh nya, aku tak mahu mak tengok aku sedih sebab nanti mak akan sedih..aku cuba sembang dengan mak,daus dan adik perempuanku seperti biasa, tapi tal seramah dan seceria dulu..jujurnya aku perlukan masa dan kekuatan..

Tiba-tiba, aku rasa impian dan harapan aku hancur berkecai dalam sekelip mata..jiwa aku tersentap..aku jadi kaku dan tak mampu untuk berhadapan dengan orang sekelilingku..setiap malam, aku menangis dan bertanya dalam diri sendiri, aku ke yg bersalah atas semua nie..namun, aku tak ada jawapan untuk semua soalan itu..

aku sayangkan dia sepenuh hati aku..aku terima dia seadanya..walaupun aku yang buat keputusan untuk pergi, tapi aku benar-benar terseksa sebenarnya..sebab aku benar sayangkan diri dia..dan untuk meneruskan hidup ku, aku sekadar berjalan dan terus berjalan untuk menghabiskan masa, hari,bulan dan tahun..untuk saat dan ketika nie, aku xde impian dan harapan..kosong..yang hanya adalah sebuah kenangan..

Jika ini adalah dugaan yang terpaksa aku tempuh dan hadapi, aku akan cuba tempuh selagi aku termampu..jika tidak, aku rela untuk pergi jauh dari sini...jauh...dan terlalu jauh..

Hanya Kepadanya Aku Bermohon dan hanya kepadanya jua aku akan kembali..

Jumaat, Januari 13, 2012

tertekan...

salam..hu3..semalam aku mengajar dengan penuh komitmen dan tanggungjawab walaupun aku ada masalah yang mungkin merumitkan kepala aku..aku tak pernah dan takkan tunjukkan muka aku lemah dan sedih di hadapan kawan-kawan,guru-guru serta student2..aku xnk dieorang tahu yang aku lemah..

but, hari nie, aku rasa tertekan sangat dan sedih sangat bila ade seorang pelajar yang kurang ajar dan tak hormat aku ketika mengajar..mula-mula, aku ok lagi..cuba untuk berbaik dengan pelajar tersebut, tapi bila dah lama, aku rasa aku geram sangat..sampai hati student tu wat aku cam nie..

rse cam xnk msuk kelas tu je di sebabkan die..tapi, aku xsggup wat camtu sebab kwn2 die yg lain tak bersalah pun..

Ya allah,beratnya dugaan yang kau berikan kepadaku..berilah aku petunjuk untuk aku tabah hadapi semua ini..

Khamis, Januari 12, 2012

rindunya..

salam..rindunya..xtahu nk luahkan mcm mana..Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat rindu padanya.rindu untuk melihat dia kembali tersenyum, rindu untuk melihat dia kembali ceria dan rindu untuk berjenaka dengannya.

adakah rindu aku akan terubat dengan sendiri atau aku harus pergi dari sini...
aku xmampu untuk mengubati rindu itu..kerana ia datang dengan sendiri..
untuk waktu dan ketika ini, aku hanya mampu berserah kepada Illahi kerana Dia lah berkuasa Atas sesuatu dan pemilik hatinya..

Tiap saat,minit,waktu dan ketika aku mengingati dirinya..ternyata rindu itu terlalu membuatkan diriku seperti hilang arah dan tujuan..dan ketika aku mengingati dirinya, aku sandarkan doaku untuknya..

rindunya..

salam..rindunya..xtahu nk luahkan mcm mana..Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat rindu padanya..

rindunya..

salam..rindunya..xtahu nk luahkan mcm mana..Hanya Allah sahaja yang tahu bahawa aku amat rindu padanya..

Ahad, Januari 08, 2012

terima kasih...

salam..terima kasih sebab pernah datang dalam hati dan diri saya..
terima kasih sebab pernah sayang saya...
terima kasih sebab pernah buat hidup saya menjadi bahagia..
terima kasih untuk segala-galanya..

terima kasih jugak sebab bawak saya kenal kepada pertanian, unisza,dan juga kawan-kawan awak..
terima kasih jugak sebab awak pernah ambil berat diri saya...
terima kasih sebab awak lelaki dan seorang yang terbaik yang pernah saya jumpa dalam dunia nie..

xde kata-kata yang lebih bermakna selain ucapan terima kasih..