Ahad, Januari 08, 2012

terima kasih...

salam..terima kasih sebab pernah datang dalam hati dan diri saya..
terima kasih sebab pernah sayang saya...
terima kasih sebab pernah buat hidup saya menjadi bahagia..
terima kasih untuk segala-galanya..

terima kasih jugak sebab bawak saya kenal kepada pertanian, unisza,dan juga kawan-kawan awak..
terima kasih jugak sebab awak pernah ambil berat diri saya...
terima kasih sebab awak lelaki dan seorang yang terbaik yang pernah saya jumpa dalam dunia nie..

xde kata-kata yang lebih bermakna selain ucapan terima kasih..

Jumaat, Disember 30, 2011

semangat baru ,azam serta serta komitmen baru..

Salam..dah lama tak update blog nie..maaf sebab sekarang terlalu sibuk sangat untuk uruskan pendaftaran student baru dan minggu orientasi..erm..baru habis kursus 2 hri dan lepas kursus ada kerja yang sedang menanti..2011 dah berlalu dan kini tinggal 2 hari untuk tahun 2012..

Sepanjang tahun 2011, banyak perkara dan benda yang aku belajar..ada perkara yang datang dalam bentuk ilmu dan ada benda yang datang sebagai sebuah pengalaman yang amat berharga.Alhamdulilah, diakhir tahun 2011, aku dapat belajar bagaimana untuk menjadi seorang guru serta pendidik. Mungkin ilmu aku terlalu cetek dan baru lagi dalam bidang nie but ia cukup bermakna untuk aku..

Kalau di waktu di tahun 2011, aku ade melakukan kekurangan dan tidak bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang pendidik, tapi tahun 2012 yang bakal menjelang nie aku akan bersedia dari segi fizikal, mental dan rohani.Aku akan cuba untuk jadi seorang guru yang akan mengambil berat serta memahami akan anak murid.bukan sekadar guru but aku akan cuba untuk menjadi rakan kepada anak-anak muridku.

Untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan, aku akan cuba untuk mengisi waktu cuti or kekosongan waktuku untuk selalu contact or berhubung kawan-kawanku..biar jarang dan tak selalu berjumpa but selalu berhubung melalui sms or call..aku xnak terputus hubungan dengan kawan-kawanku..hi3..i will try be fair with my family,friends and also someone..

Tahun depan, aku bakal mengajar subjek SEJARAH FORM2, FIQH FORM 3,TILAWAH ALQURAN FORM4 AND BAHASA ARAB.Aku perlu lakukan yang terbaik untuk semua pihak..

However,sebagai seorang manusia,aku jugak pernah wat salah dan silap dan untuk itu, maafkan lah aku..dan untuk tahun baru nie, aku akan cuba untuk berubah dan jadi lebih baik.

wish me good luck..untuk masa dan ketika nie, aku menumpukan sepenuh perhatianku terhadap kerja dan bila waktu tu dah sampai, aku sedia untuk menempuhnya..hi3..

Selasa, Disember 13, 2011

Azam baru dan buku baru...

salam..salam sejahtera untuk semua..dan salam maal hijrah..maaf sebab dah terlambat untuk memperkatakannya..however, perubahan itu sesuatu yang positif dan baik kan?erm..sebelum aku menyenaraikan impian dan azamku, aku ingin mengucapkan "tahniah dan syabas" kepada semua kawan-kawanku yang telah konvo pada 3 hb 12 2011..

di kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan tahniah kepada sepupu,sedara dan juga kepada kawan-kawan ku yang telah memulakan hidup baru.. sama ada mereka bertunang, khwin or mendapat cahaya mata baru..perubahan telah berlaku dalam hidup mereka..

hi3..aku je sme cam dulu..still single, but bru hbis study..best sgt2 konvo..thnks alots to my all family sbb sudi dtg meraikan konvo aku dan juga kwn2 yg ske bergambar dgn aku mse dlm dwan picc..aku memang suka bergambar..hi3..

erm..untuk 2012 nie, aku ade beberapa azam dan impian..firstly,aku nak beli kereta..erm, xksh la kter ape.yg pnting ia adalah hasil usahaku sendiri..i.allah..

secondly, aku nak kerja kat tempat orang..mksud aku jauh..merantau,sebab merantau dapat tambah banyak pengalaman..i.allah..

lastly, aku just berdoa semoga sesuatu keajaiban berlaku kat diri aku dalam masa terdekat nie,ha3..kelakar kan?..aku pun xtahu ape yg bakal berlaku..but, tunggu ....

Ahad, Disember 04, 2011

konvoksyen day..

salam..alhmadulilah.akhirnya,aku berjaya jugak konvo..iaitu semalam..kat PICC..hi3..suka sangat2..xtau nak cakap ape..sekali seumur hidup..bertolak dari umah pukul 4am..sampai picc pukul 6am..gi solat,siap2 untuk pakai baju konvo, beratur kat luar dewan sebelum masuk ..

hi3..best moment in my lifes..suka sangat2..Allah je yang tahu cam ne suka dan gembira nya aku dan juga semua student usim yg lain..di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan seribu terima kasih dan sekalung penghargaan kepada setiap insan yang banyak berkorban, berbakti ,bersama-sama serta berada di sampingku semasa di USIM selama 4 tahun..banyak kenangan dan pengorbanan yang kalian telah berikan..Tidak dilupakan juga Kepada Pensyarah-pensyarah, guru-guru serta staff usim ..terima kasih atas segala-galanya..

Khamis, November 24, 2011

Pilihan hidup..

salam..alhmadulilah, akhirnya aku berkesempatan untuk mengupdate blog nie yg telah sekian lama aku tinggalkan disebabkan aku sibuk mengajar..dan sekarang, aku tengah bercuti..hi3..walaupun cuti, aku bosan sebenarnya..dah biasa duk wat kje dan gi sekolah mengajar kan..tu yg jdi cam tu..

Alhamdulilah,sometimes kita tak tahu kan ade hikmah disebaliknya..sebab semuanya perancangan dan kuasa ALLAH..tibe2 aku nak berbicara soal Pilihan dan juga keputusan untuk membuat pilihan..bukan sekadar pilihan untuk memilih calon isteri@suami@ untuk sambung belajar@ kerja, but dalam hidup ni kite semua akan sentiasa memilih dan membuat keputusan..

Percaya dekat Qada'dan Qadar Allah serta ketentuannya?Itulah perkara yang aku dan juga semua umat islam wajib pegang dan percaya kan..tdi,aku mendapat offer untuk bekerja sebagai mengajar komputer kepada kanak-kanak di bawah projek Kerajaan di dalam projek "jalur lebar" under TM..gaji boleh tahan serta dekat dengan rumah..dulu, aku susah sangat nak carik kje, tbe2 sekarang nie rezeki datang bergolek2..Alhamdulilah, mungkin ALLAH mendengar doa aku setiap hari dan juga keberkatan solat sunat dhuha.. Antara kelebihan solat sunat dhuha adalah, dimurahkan rezeki,jiwa dan diri kita akan sentiasa tenang serta lebih kuat dan bertenaga sekiranya kita sedang sibuk bekerja..jadi, hampirkanlah diri kita seketika di waktu bekerja untuk memohon pertolongan dari Yang Maha Esa..

Kat sini jugak, aku ingin berkongsi sedikit amalan sunat yang mungkin dapat menambahkan kekuatan jiwa,hati dan nurani iaitu dengan membaca AL-MA'SURATH"..ia adalah zikir, salawat serta doa yang sangat baik untuk kita kerana kita boleh membacanya di waktu pagi dan petang.. banyak fadhilat daripada bacaan MA'SURATH nie...Walau ape pun, perkara utama yang mesti kita lakukan adalah kita kena usaha, ikhtiar untuk mencari dan mendapatkan sesuatu dulu..dan selepas tu, baru kita bertawakkal kepadanya serta cara yang terakhir adalah kita melakukan solat sunat "istiharah"..hidup kita tak lari dari memilih dan membuat pilihan, semoga dengan buat solat istiharah ni, pilihan yang kita buat adlah betul...

Maaf, andai ape yg aku ingin tuliskan ini ade menyinggung sesiapa sahaja..yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri aku sendiri..

Renung-renungkan dan selamat beramal..

Khamis, November 10, 2011

3 bulan bekerja..

salam..akhirnya dalam diam tak diam,sudah 3 bulan aku bekerja sebagai seorang pendidik..siapa tahu rezeki dan pekerjaan seseorang kan?Alhamdulilah, setakat nie, aku xde mengalami masalah dan kesusahan sepanjang bekerja sebagai seorang guru..semua guru-guru kat situ bagi tunjuk ajar dan kerjasama baik dengan aku..aku juga mudah bergaul dan cepat mesra dengan guru-guru yang lebih tua daripadaku, mungkin sebab aku peramah so,senang terima keadaan baru.

Akhir2 nie,exam final..so, untuk kerja akhir tahun nie,byk bnda yg nak kena selesaikan..Alhamdulilah jugak,aku telah menyelesaikan semua kerja dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk ku..perkara best sepanjang aku bertugas adalah, aku berpeluang untuk menjadi fc perkehemahan kadet remaja sekolah kat homestay agro sg.sireh tg.karang..sempat menginap di sebuah rumah mewah di Banting,Bukit jugra serta menghadiri kursus..

sometimes, agak keletihan, but best dan ia dapat menambahkan pengalaman suatu hidup..buat masa sekarang nie, aku berazam untuk menjadi seorang pendidik yang baik dan belajar untuk menjadi seorang pendidik..I.allah, jika diberi keizinan aku ingin belajar lagi amik ( DIJAP) diploma amalan kehakiman syarie...

Tak lama lagi, aku nak konvo..hi3..saat yang aku tunggu selama nie..I.allah, semuanya terpulang di tangan dan kuasa ALLAH..

Lastly, hidup adalah sebuah perjalanan..yang kekal abadi hanyalah di syurga.untuk menempuhnya kita perlukan persiapan di dunia dan juga di akhirat sana..

Wallah hualam..

Isnin, November 07, 2011

kawan lama...

salam..maaf..sebab dah lama xupdate blog nie.ini disebabkan sibuk dan tak sempat untuk mengupdate..salam aidiladha..dan selamat bercuti..sebab tak lama lagi nak cuti sekolah kan..hi3..

Alhamdulilah, baru-baru nie aku berkesempatan untuk meluangkan masa bersama kawan sekolah rendah..6tahun xjumpa..lama sangat..dah jumpa, mcm-mcm benda nak cerita..semua dah berubah,but still friendly cam dulu..kawan..kawan yang sama-sama sekepala dan banyak wat hal dulu2 masa kat sekolah..lastly,bila jumpa masing-masing jadi seorang yang baik..

Nie ade sedikit gambar, kawan -kawan aku..hi3..