Mulakan hari dengan penuh semangat dan senyuman..kerana senyuman itu adalah sedekah yang amat mudah..
Sabtu, September 29, 2012
angry bird...
salam..pernah dengar nama game or permainan or ape sahaja yang baerkaitan dengan angry bird?HA3..agak kelakar dan sangat kelakar bila aku mendapat gelaran angry bird drpd anak murid2ku..dalam sejarah, orang mengatakan bahawa aku sama seperti angry bird..
jujur aku katakan,bahawa aku tak reti marah dan garang dengan orang..sampaikan kawan-kawan yang benar-benar kenal aku tak tau bila aku akan marah..mungkin,bila berada ditempat dan keadaan yang berbeza, keceriaan dan senyuman itu hilang.aku menjadi tegas dan sangat garang.ketahuilah bahwa garang dan ketegasan yg aku tonjolkan adalah untuk mengajar anak muridku tentang undang-undang yg mereka telah hilang dan hancurkan..mereka merasakan bahawa undang-undang hanyalah perkara yang biasa dan tidak bermakna.disebabkan tiada undang-undang mereka boleh melakukan sesuka hati diluar dan menimbulkan kesusahan kepada orang disekeliling mereka..
so,tegas dan garang yang aku tunjukkan hanyalah untuk tujuan mendidik.
tegas dan garang aku bukan untuk membuat mereka benci dan menghina aku..
tegas dan garang aku bersebab dan mempunyai sebab..
ketahuilah,law is still law..undang-undang dicipta dan diwujudkan untuk mendisiplinkan manusia dalam semua keadaan..
aku masih megikut prosedur yang betul ketika mana bertugas sebagai seorang warden dan juga guru..so, who am i,man ana, dan siapa saya, hanya manusia yang benar-benar faham aku akan tahu dan kenal aku seperti mana..
Jika
jika aku diuji dan diuji dengan ujian sebegini dan putus asa sebegini,
maka Allah tahu ape yang terbaik untuk hamba-hambanya..
jika aku lemah dan selalu leka dan pernah terleka dan memendam rasa sehingga ia mampu melupakan siapa aku,maka aku akui aku hanya manusia biasa..manusia yang lemah dan lemah dengan semua ujian dunia..
jika semuanya tidak berlaku kepada diriku,mungkin aku tidak mengetahui siapa aku yang sebenar..adakah aku seorang yang baik atau sebaliknya..
jika kebencian dan kesakitan itu membuatkan dia bertambah benci dan terseksa, ketahuilah bahwa aku lebih menderita..lebih sakit dan benar-benar sakit setelah apa yang telah terjadi..
jika cinta itu mampu untuk diberikan kepada Yang Maha Esa dan Dia adalah pemilik yang berkuasa di atas nikmat cinta ini, ambillah ia semula..hilangkan rasa cinta itu dari dalam hidupku..kerna aku tak berhak memiliki anugerah dan nikmat cinta itu..
jika dia merasakan aku telah menyakitkan dan membuatkan diri terseksa,
maka baikilah kesilapan dan kesalahan yang ia telah lakukan...
cinta tu telah hilang..kepercayaan itu telah hilang.
jika disebabkan peristiwa itu,aku menjadi tegas dan berbeza dari sebelumnya, maka ketahuilah ia telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam hidupku..
Ahad, September 09, 2012
Lirik lagu : adamu by Najwa Latiff
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Who am i? Man Ana? Siapa Saya?
salam..siapa saya?who am i?man ana?bunyi agak pelik kan.dah lama buka blog ni tapi tak pernah terpikir untuk memberitahu dan menceritakan siapa empunya diri yang sebenarnya.. mungkin aku pernah bercerita tetapi tidak secara details dan lengkap.
Tiba-tiba,ingin menceritakan siapa aku yang sebenarnya.Nama penuhku adalah nor azimahtuljumaah binti masrom.kat umah nama gelaranku adalah intan.aku mempunyai banyak nama panggilan iaitu azimah,juma,jemaah dan jumaah.semua nama yang diberikan ade cerita tersendiri..Aku dilahirkan pada 28 Oktober 1988 dan kini umurku adalah 24 tahun.
Tinggal dan menetap lama di kg.rimba jaya iaitu bersebelahan dengan sungai rasa dan padang jawa.aku suka tinggal dan duduk di situ.banyak kenangan dan cerita tentang hidup sewaktu kecilku di situ sehinggalah aku berusia 12 tahun.
Aku adalah anak ketiga daripada 7 orang adik beradik.seorang kakak sulung bagi 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki.tanggungjawabku agak besar dan terlalu besar.seolah-olah apabila tiada kedua ibu bapa ku kelak,akulah insan yang akan menjaga dan bertanggungjawab keatas 4 orang adik2 ku.
Memulakan persekolahan di sekolah tadika kemas rimba jaya.tadika tu,betul2 depan rumah aku.mempunyai kawan yang bernama nur anzalna,rashidah afiah, mohd fadhly,fadil dan juga beberapa lagi teman permainanku di waktu itu.Sekarang,kebanyakan daripada mereka telah berkahwin dan bakal berkahwin. Ketika di darjah 1 -darjah 6, aku bersekolah di sekolah rendah padang jawa. (sek.keb.p.jawa& sra p.jawa)aku nakal dan sangat nakal di waktu itu. Aku suka buli orang..aku suka kenakan orang dan aku memang nakal waktu tu.Sehingga baru2 nie, bila aku berjumpa kembali dengan kawan-kawan sekolah rendahku, mereka semua tidak menyangka bahawa aku telah berubah menjadi seorang yang bergelar tenaga pengajar. Ini disebabkan sewaktu dulu, perangaiku seperti tomboy.kesian dekat orang yang pernah aku buli dulu seolah-olah ingin meminta maaf kepada mereka semua.
Macam-macam aktiviti aku buat sewaktu tu, aku suka main roondest@ besball,main kejar2, police entry,mandi kolah wak haji misnan,makan buah mangga, main pondok2, dan secara jujurnya diwaktu lapang or waktu cuti sabtu& ahad, ade sje aktiviti ku ketika itu dan aku tidak duduk di rumah.Bak kata orang "suka merayap".Tapi, waktu tu, kawasan dan tempat yang menjadi port untuk melakukan aktiviti hanyalah di rumah rashidah afiah, fadhli dan juga surau depan rumahku.Best sangat.Usia itu, aku juga aktif bermain bola baling,mengikuti kelab persatuan bulan sabit merah dan kelab matematik.Bersama mereka semua lah aku membesar.Petang lepas balik sekolah agama, masing2 akan pergi kelas mengaji di tempat yang sama.ade masa, kami semua akan study dan belajar bersama-sama untuk menduduki upsr dan psra.
Selepas sekian lama bersama dengan teman-teman permainanku,lepas darjah 6, aku terpaksa dan berpindah di sekolah lain.Sekolah agama yang terletak di kampung sebelah ayahku.5 Tahun aku belajar disitu.Belajar untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan menimba ilmu walupun pada mulanya aku merasakan aku terseksa dan menangis setiap hari kerana tidak suka tinggal di situ. Siapa tahu, dengan keterpaksaan itu, aku menjadi insan dan manusia seperti hari ini.
Jumaat, September 07, 2012
tanggungjawab..
salam..dah lama tak update blog nie..tanggungjawab adalah suatu amanah dan tugas yang mesti dilaksanakan.semua orang ada tanggungjawab.tanggungjawab kepada diri sendiri,kedua ibu bapa,agama dan juga bangsa.
Alhamdulillah,5 sept 2012 genaplah aku menjadi seorang guru..guru yang mengajar di sekolah menengah islam hira'. Pada awal aku menjalankan tugas sebagai seorang guru, aku berasa amat takut dan gerun untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab tersebut.ini disebabkan aku bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman sebagai pendidik.Namun, dari zero aku menjadi seorang hero.iaitu, belajar untuk mengajar dan juga belajar untuk menjadi seorang pelajar.Subjek pertama yang aku ajar adalah b.arab..
Kini,aku mengajar pula subjek fIKAH..Banyak perkara dan benda yang aku belajar di sini..
Sabtu, September 01, 2012
sebuah kehidupan..
salam..salam aidilfitri dan salam untuk semua..jujurnya,aku xtahu untuk menulis entry berkenaan ape..but,ade sesuatu yang ingin aku kongsikan..mungkin ia adalah sesuatu yang biasa di dengar oleh orang ramai dan juga orang diluar sana.semua ni juga ade kaitan dengan qada'dan qadar Allah.manusia hanya merancang dan setiap perancangan itu ditentukan oleh Allah..
sebelum ni,aku pernah mendengar dan membaca beberapa artikel..tak tahu,sama ada ia pendapat dan maklumat yang benar@ tidak.orang pernah mengatakan bahawa jodoh kita adalah seseorang yang akan membaiki dan menutup kekurangan diri kita.Apa yang aku ingin maksudkan ialah dia akan saling lengkap melengkapi dan bakal pasangan kita tu juga adalah seseorang yang mungkin sama dengan diri kita..adakah ini betul ataupun tidak,itu terpulang dekat individu tersebut..
Jujurnya,untuk memilih seseorang yang benar2 boleh dijadikan seorang teman dan sahabat dalam hidup untuk selama-lamanya,ubahlah diri kita dulu..mungkin,kita ada banyak kekurangan dan kelemahan yang menyebabkan kita susah untuk menemui jodoh atau pasangan hidup.aku bukan seorang yang baik dan cukup baik.tapi,aku manusia biasa..manusia yang pernah dan banyak melakukan kesilapan..kesilapan dan kelemahan lalu mengajar aku banyak perkara dan keadaan.yang indah jadikan kenangan dan yang buruk jadikan pengajaran dalam kehidupan.Kebahagiaan itu akan datang dengan cara yang tersendiri dan ketahuilah kebahagiaan orang lain juga turut membahagiakan diri aku. Aku bahagia bila semua kawan-kawan aku akan dan bakal kahwin serta mempunyai anak.siapa aku,hanya aku yang mengenal dan memahami diri aku..hanya jauhari yang mengenal manikam.
Jumaat, Ogos 24, 2012
sebuah perjalanan
salam..apa khabar? cm mne dgn raya anda semua?hi3..sebab sekarang sedang musim raya kan..Alhamdulilah..inilah raya yang aku rasakan bahagia dan seronok sepanjang umurku 24 tahun..kebahagiaan tu datang dengan cara yang berbeza dan lain-lain kan..so, aku bahagia dengan raya tahun ni.setelah apa yang telah berlaku sebelum2 ni.
Alhamdulilah,raya tahun nie aku berpeluang dan berkesempatan menemui semula kawan,ustaz dan ustazah yang mengajarku di sekolah agama menengah sungai selisek ( SAMSES). Jujurnya,dah lama aku merancang untuk berjumpa dan beraya dengan mereka semua..ini adalah doa dan impianku setelah aku keluar dari sekolah menegah tersebut.iaitu 2005.. 2012 baru jumpa balik..
Perjalanan yang best.dari rumah,aku drive alone dalam masa 1 jam.iaitu dari jeram-felda sg.tengi.melalui jalan batang berjuntai,ijok,jalan raja musa dan kawasan kelapa sawit yg sunyi sepi.setengah orang, mungkin tak berani lalu jalan tu sebab bahaya dan berdekatan dengan estate india.but, aku redah je..memulakan perjalanan pada pukul 9am dan sampai di felda sg.tengi tepat pada 10 am.
Perjalanan aku di sambut oleh kawanku yang bernama aini tapsir.so,first perjalanan,gi umah dia dulu sementara menunggu kawan-kawan yang lain sampai.sementara tunggu kawan-kawan yang lain sampai, aku dijamu oleh dia dengan makanan yang sedap dan popular oleh orang jawa iaitu "PECAL"..SEDAP..sangat sedap..susah nak jumpa pecal yang sedap cam tu kalau kat kawasan umah aku..aku sanggup gi tg.karang untuk beli pecal yang sedap sebab kat situ je ade org yang pandai dan jual pecal kat pasar tg.karang.
setelah beberapa lama menunggu semua kawan-kawan ku sampai di rumah aini, maka kami pun bergerak ke rumah syafika..menu yg dihidangkan ialah bihun tomyam..aku makan bihun tu sebab tuan rumah dah hidangkan makanan untuk tetamu kan.so.makan je la..rezeki jangan tolak.hi3..lepas tu,gi gesir pulak..kat gesir tuan rumah sediakan bihun tomyam dan nasi impit..so,aku pilih nasik impit..lepas tu, kami meneruskan perjalanan ke rumah ustaz azhari asmaon..my best cikgu kat samses..aku minat sejarah sebab dia ajar sejarah lain dari yang lain..kat umah ustaz nie, ustaz sediakan pecal..so, makan je la sebab dah lama xpergi umah ustaz..sedap jugak pecal ustaz buat..Lepas tu, gi umah ustazah pulak.hi3..kat umah nie, tak makan..minum air je..sebab dah petang.nak cepat..sebab lepas tu nak gi sg.besar pulak.umah kawan..perjalanan dari selisek ke sg.besar mengambil masa selama 1 jam paling lambat dan 1/2 jam paling cepat.ikut jalan hutan.. sebab lalu sebelah hutan..perumahan semua tak ada..kedai makan @ shell minyak pun takde.so, pandai2 la survive kat sini. lagi satu, jalan kat sini banyak lopak dan rosak ,so kena hati-hati.sebab boleh kemalangan..tapi aku bawak laju gak..100km2@ 80 km..hi3..tepat pukul 6.30 pm, sampai umah yang dituju..masing2 kepenatan termasuk la aku..kat umah tu pun makan bihun tomyam jugak.so, kesimpulan yang aku boleh buat sepanjang perjalanan adalah menu yang disediakan adalah bihun tomyam dan pecal.
Perjalanan pertama selesai dengan perjalanan dari jeram ke sg.besar..dan hari kedua aku aku meneruskan perjalanan pulang seorang diri ke jeram melalui jalan yang sama..
tapi, sebelum balik, aku singgah jap kat 3 buah umah. 3 buah ni adalah umah kakak yang rapat dengan semasa aku belajar di selisek.umur just beza setahun je dari umur aku.
Akhirnya, aku dapat jugak menjejakkan kaki ku ke rumah kak aisyah jamali.dia ni sebenarnya sepupu aku.sebab sepupu aku sepupu dia jugak..mak andak dia mak teh aku.
mungkin sebab sama-sama dah besarkan,so teringin nak tengok masing2 kahwin..
aku dengan selambanya jawab " saya nak tengok akak kahwin dulu"..& dia pulak jawab " akak nak tengok awak kahwin dulu"..ha3..
moral of the story : HIDUP ADALAH SEBUAH PERJALANAN..JODOH PERTEMUAN SEMUA URUSAN TUHAN.MANUSIA MERANCANG.DAN SEBAIK-BAIK PERANCANGAN ADALAH PERANCANGAN DARIPADA YANG MAHA ESA.ALLAH MERANCANG SEGALA-GALANYA.BAHAGIA,GEMBIRA,DUKA DAN KECEWA, SEMUA UJIAN YANG DIBERIKAN KEPADA HAMBANYA SEBAGAI TANDA KASIH SAYANGNYA. AKU BAHAGIA DENGAN HIDUP AKU SEKARANG.
Langgan:
Catatan (Atom)