Ahad, Ogos 25, 2013

3R (RESPECT,RELAXS AND RESPONS)

salam.semoga sihat sejahtera hendaknya.baru-baru nie berpeluang untuk menonton projek 3R iaitu relaks,respons dan respect.program ni dah lama takde, ia mula diperkenalkan sewaktu tahun 1998-2000 cam tu if aku xsalah. Apa yang aku suka dekat rancangan ni ialah tentang pengacaraannya yang sangat santai,sporting dan berkongsi sesuatu secara jujur. Dalam banyak-banyak rancangan tv3, aku sangat suka menonton rancangan 3R nie. Ia adalah sebuah rancangan program tv yg akan menjelaskan serta memberikan pendapat secara bernas dan jujur. Baru-baru nie,ia bersiaran lagi dengan tajuk projek 3R.Kenapa dinamakan sebagai projek 3R,disebabkan ia mencari host dan pengacara yang baru yang lebih muda dan tahu tentang kehidupan wanita.Khususnya rancangan nie untuk wanita dan perempuan, tapi ia dalam keadaan santai dan relaks. Apa yang aku nak kongsikan kat dalam nie, task &ujian yg peserta2 baru bagi projek 3r alami ialah berkaitan dengan aktiviti lasak.Bagaimana cara untuk memasang khemah, memasak nasik dan lauk di dalam hutan dan juga untuk melakukan aktiviti lasak seperti berenang di air yang deras.Jujur, aku bersyukur sebab aku telah ada sedikit sebanyak ilmu untuk hidup di dalam keadaan sebegitu. ini disebabkan aku bergiat aktif di dalam unit beruniform Kadet Remaja sekolah.Jawatan yang aku sandang adalah sebagai leftenan muda.Banyak perkara aku belajar sewaktu pergi mengikuti kursus perkhemahan dan juga kursus kemahiran.Seperti peserta dalam projek 3R nie alami, aku juga pernah turut alami dan rasa.Tapi, apa yang aku boleh katakan aktiviti sebegini akan membuatkan kita jadi lebih erat dan rapat sesama sendiri di dalam kumpulan. Sama seperti aku, aku rapat dengan anak-anak murid bila bersama-sama mereka ketika pergi kursus di hutan dan kursus kemahiran.

Sabtu, Ogos 24, 2013

kehidupan ku

salam.bergelar sebagai seorang guru dan juga warden selama 1 tahun agak mencabar dan memerlukan ketahanan daya fizikal yang kuat.Berhadapan dengan pelbagai ragam pelajar dan juga sikap ibu bapa yang pelbagai ragam juga menjadikan diri untuk sentiasa lebih banyak bersabar.Dalam masa yang sama,bergelar guru disiplin yang memegang jawatan dan tugas untuk memastikan pelajar-pelajar sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan asrama. Di amanahkan juga untuk memegang jawatan sebagai guru kelas dan juga menjadi ketua pegawai bagi unit pakaian beruniform sekolah.Walau melalui dan merasakan tugas yang diberikan amat besar,namun, aku masih tersenyum dan mampu untuk ketawa...kadang kala,aku tegas dan garang, namun selepas hari persekolahan dan di luar waktu, aku seorang yang ceria dan gila-gila.Ada masa luang dan cuti walau hanya sehari dalam seminggu, aku akan habiskan masa bersama keluarga di rumah, berjalan-jalan di pasar raya, bersiar-siar di taman permainan, tasik dan keluar makan bersama.cukuplah..hanya itu sahaja masa dan waktu yang aku ada. Sewaktu pelajar sibuk bercuti dan bergembira bersama keluarga, aku menanda kertas jawapan dan peperiksaan mereka,membaca,meneliti, memahami dan berusaha untuk memberikan markah dan mencari bahan yang akan digunakan untuk pembelajaran yang seterusnya. Ada waktu, aku seakan lemah dan berputus asa untuk lalui hari-hari berikutnya, namun aku tetap berjalan dan teruskan perjuangan untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna. Walau garang dan tegas, namun hati ini seorang yang penyanyang dan ceria... Bila masalah dan bebanan kerja datang di dalam diri, aku seakan ingin pergi bercuti dan melupakan apa yang pernah terjadi...

Sabtu, Julai 27, 2013

Tugasku..

salam..dah lama tak tulis entry baru kat blog nie kan.maaf, sebab sibuk sangat sekarang ni.banyak benda kena buat.kadang-kadang, masa untuk diri sendiri pun takde. Pernah jadi warden?pernah dengar perkataan warden? sebenarnya, selain kerja aku sebagai guru, kerja lain yang aku lakukan adalah warden. Apa maksud warden? Warden ni adalah orang yang menjaga dan mengawasi pelajar di asrama.apa tugas warden? Kdang-kadang, mesti smua orang ingat yang tugas warden ni senang, tapi if kat sekolah aku, tugas warden ni sangat berat. walaupun bertugas 12 jam untuk hari minggu je, tapi ia sangat berat dan mencabar. kena pastikan keadaan kebersihan dorm pelajar-pelajar bersih, kena check dorm pelajar lelaki dan perempuan bila selesai lakukan gotong royong, kena hantar pelajar gi klinik@ hospital if pelajar2 tu sakit, angkat panggilan telephone kt bilik warden, buat pengumuman untuk pelajar-pelajar,dan macam-macam lagi. Sepanjang jadi warden, ada banyak kenangan dan pengalaman yang aku boleh dapat. Firstly, pelajar tak suka dan benci dengan warden sebab pelajar2 kena marah bila tak ikut peraturan,disamping pelajar tak suka,ia juga dapat mengeratkan hubungan guru dengan ibu bapa pelajar2, dapat eratkan hubungan dengan pelajar-pelajar, dapat makanan dari parents dan dapat eratkan hubungan dengan makcik-makcik dewan makan. selain tu jugak,bila jadi warden hujung minggu, waktu rehat@ cuti hanya satu hari je.means waktu kerja daripada isnin adalah pada hari ahad.kerana hari sabtu kena jadi warden.tapi, sekarang nie aku telah tidak menjadi warden lagi...i'm free freedom.walau apa pun, aku tetap berbakti dekat sekolah as guru disiplin. Pengalaman, ajar seseorang jadi matang.

Rabu, Jun 26, 2013

perubahan.

salam..semoga blogger yg membaca entry ni sihat sejahtera hendaknya.Lama dah tak updte blog nie.Dulu, pernah terdetik dalam hati untuk tidak menyentuh dan mengupdate blog ni, tapi alasan tu semua macam tak masuk akal.As manusia, walau apa pun yang telah terjadi kita kena terima dan move on.Mungkin ia mengambil masa yang lama untuk berubah dan jadi sedia kala tapi takpe la yang penting manusia tu berubah. Bercakap tentang perubahan, aku memang telah berubah untuk menjadi diriku yang dulu. Dulu dan suatu masa yang lalu, aku seorang yang lemah dan pernah rasa putus asa.Mungkin kerana kecewa dengan sesuatu.Jadi seorang yang garang, pendendam, dan rasa tak puashati dengan seseorang.Waktu tu, aku akui, susah untuk aku terima dan dekat dengan anak-anak muridku. Bukan aku tidak mencuba, tapi aku sedang usaha untuk terima kenyataan dan hakikat keputusan.Aku rasa teruk waktu tu. Tapi, aku tak pernah lupa dengan Yang Maha Esa.tiap-tiap malam,saat,hari dan waktu aku menangis untuk tabahkan hati dan lalui ujian tu.Pelik kan..kerana keputusan itu, aku down sangat.Setahun aku mengambil masa untuk baiki dan berubah.Ditemani kawan-kawan,anak-anak murid dan kumpulan usrah yang sangat memahami masalah ku,lama-kelamaan aku mampu bangkit dan berubah. kejayaan yang Allah telah berikan kepadaku,aku berjaya meningkatkan gps subjek yg aku ajar selama 1 tahun di sekolah tu.baru masuk,aku dah mampu berikan sesuatu yang amat mengejutkan kepada sekolah.aku bahagia dan sangat bersyukur waktu tu.Aku dicabar oleh seseorang..aku sahut cabaran itu dan aku buktikan dekat dia siapa aku yang sebenarnya. Aku bukan seorang yang dia fikirkan sebegitu. Kejayaan kedua,aku mampu membeli myvi kepunyaan ku sendiri tanpa melibatkan campur tangan kedua ibu bapa ku. Kejayaan yg seterusnya pula, aku telah berjaya mendapatkan lesen kereta setelah 3 bulan membeli kereta myvi. Aku mula rapat dan ceria dengan anak-anak muridku yang ketika itu tingkatan 3. Mereka adalah batch students yang aku sangat sayang sebenarnya, serta aku merasa bersalah kerana terpaksa mengajar mereka dalam keadaan tertekan. Melibatkan hal peribadi di dalam waktu kerjaya adalah tidak professional sebenarnya. Aku belajar untuk memperbaiki diri setelah masuk di tahun baru.

Sabtu, Jun 15, 2013

kembali semula..

salam..setahun telah berlalu..kini, saya datang kembali di alam maya ini..ha3.. banyak benda nak di kongsi setelah semuanya terjadi..firstly, dulu masa raya haji tahun lepas, mak sakit..jatuh pokok mangga..3 bulan mak tak dapat berjalan, berlari, berdiri.hanya duduk dan baring je yang mampu lakukan.waktu tu, rasa sedih dan rasa x kuat untuk lalui ujian tu.ye la, sebab sebelum mak sakit, semua benda dan perkara berkaitan rumah mak uruskan if waktu sekolah. memasak,hantar adik ke sekolah, basuh baju,lipat baju dan semuanya. Mungkin, itulah namanya ujian dan dugaan kan, Allah nak uji sekuat mana tahap dan keimanan seseorang hambanya.Dengan ujian yang diberikan, kita boleh nilai diri kita sendiri dan boleh baiki kelemahan dan kekurangan diri.Bukan ape, sebab kadang-kadang manusia nie nama je beriman dan sanggup hadapi semua ujian dan dugaan, tapi bila hadapi dan lalui itulah namanya pengalaman dan dugaan. Daripada kisah dan peristiwa yang pertama terjadi waktu tu, aku telah berusaha untuk penuhi dan lengkapkan segala keperluan yang mak perlukan waktu sakit.bukan senang nak jadi guru,warden,kakak dan dalam masa yang sama jadi surirumah..however, ia pengalaman yang snagt berharga. Alhamdulilah, pihak sekolah dan rakan-rakan banyak membantu waktu tu.Alhamdulilah jugak, selama 3 bulan jaga mak, Allah berikan aku kekuatan dan aku xsakit pun waktu tu. First time, dalam waktu raya,masak rendang ayam sendiri dan kari daging..beli daging& ayam dekat pasar serta bahan-bahan untuk memasak waktu tu. Rendang daging dan kari ayam sama rasanya cam mak masak.walau sibuk dan takde masa nak memasak, tapi sebenarnya aku pandai jugak masak.cuma malas dan takde masa.

Ahad, Disember 02, 2012

Sajak Monolog Dari Rahim - Ustazah Norhafizah Musa

apa yang mampu membuatkan anda bahagia?


Salam..mungkin setakat ni, aku mempunyai waktu dan masa untuk menulis sesuatu di dalam blog nie.Pernah rasa kecewa,sakit hati&menyesal?soalan macam tak masuk akal kan untuk tanya.ha3..ya, aku tahu, korang semua pernah rasa dan alami keadaan dan situasi tu.. apa yang mampu membuatkan korang semua bahagia dan kembali seperti sedia kala setelah mengalami situasi tu?tiba-tiba banyak soalan pulak kan kena tanya dan jawab. lain orang,lain cara dan pelbagai cara untuk lupakan semua masalah dan perasaan tu kan..bagi aku, cara aku untuk membuatkan& melupakan semua masalah dan ujian yang aku lalui hanya lah dengan bermain dan menghabiskan masa dengan baby&budak kecik. selain cara berdoa untuk kuat, tabah dan berusaha untuk lupakan semua yang terjadi. Bagi aku, selain dengan semua perkara yang perlu dan sepatutnya aku lakukan, dengan bermain dan menghabiskan masa bersama budak-budak dan baby adalah cara yang benar-benar dapat membahagiakan diri aku.aku tenang dan bahagia dengan baby. Aku suka tengok baby senyum, ketawa,berjalan dan menangis.comel sangat.Kat sekolah, if ade cikgu2 perempuan yang dah kahwin bawak baby&anak kecik datang bilik guru, aku suka kacau dan main dengan budak-budak kecik tu.Budak-budak kecik comel, banyak keletah dan perangai. ade masa, dia menangis, meragam, demam dan gembira.Aku mudah mesra dan rapat dengan budak-budak kecik,senang untuk bergaul dan berkawan dengan mereka. Jika aku dikenali sebagai seorang yang kasar dan ganas, tapi bila kawan dan main-main dengan budak-budak kecik, aku adalah sama dan ceria seperti mereka.aku mampu untuk bermain kejar-kejar dengan budak-budak tu, mampu untuk buat mereka ketawa dan mampu untuk buat mereka seronok kawan dengan aku. Disebabkan aku suka dan gemar dengan kanak-kanak,aku bercita-cita untuk mengambil anak angkat.Mungkin kehidupan ku akan lebih ceria dan bahagia bila dapat meluangkan masa bersama baby yang comel. Aku ingin melupakan semua yang terjadi.sedikit sebanyak masa ku akan terisi dengan baby yang comel serta mungkin aku mampu untuk lupakan semuanya.