Selasa, Mac 22, 2011

bila hati berkata-kata ii

Bila hati berkata-kata...mungkin ada sesuatu yg tersurat dan tersembunyi yg ingin di kongsikan bersama-sama...mungkin ia berkenaan dengan kejadian alam di sekeliling, pergolakan manusia dan mungkin juga ianya sebuah fantasi semata-mata...

Jika benar sesuatu itu telah ditetapkan segala-galanya, manusia boleh mencuba dan berusaha untuk mengubahnya... Jika benar juga semuanya telah dilakukan,diusahakan,dan juga dilaksanakan namun tidak berjaya, hadapilah ia dengan Hati yang redha kerana ketentuan Allah itu adalah sebaik-baik ketentuannya.

Bila melihat awan yang biru,hutan yang hijau, angin yang mendamaikan, ianya membuatkan diriku berasa begitu terpesona dan lidahku tidak pernah leka dan lalai memuji kurniaan Allah yang Maha Esa..tanpanya, tidak mungkin segala-galanya tercipta dan tanpanya jua tidak mungkin aku diciptakan diatas mukabumi ini menjadi seorang hamba dan khalifah nya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan