Isnin, Mac 28, 2011

Pagi yang cerah dan tenang...

Salam..selamat pagi semua..tibe-tibe nak post something kat sini..hu3..xde pe2 pun,just simple2 je..

Actually,sebelum gi kje, pkre first yg semua orang akan buat, tentulah akan mandi,gosok2 mata,baca doa selepas bangun dari tido dan akan kemas katil..

Lepas dah siap semua tu, aku akan solat subuh dan baca quran@ ma'surath@ just berzikir lepas solat@ bce selawat byk2 dalam hati..

walaupun mle2 akan rse perasaan yg xde mood but, tibe2 akan datang sedekit demi sedikit perasaan @ sifat baik dalam diri..hu3..inilah yg aku wat tiap2 hari untuk hilangkan segala masalah@ something yg membuatkan aku tibe2 xde mood..insyah allah,mood aku akan kembali normal...

pagi jugak,cuaca dan keadaan kat kwsn hjau nie tenang dan indah..so,inilah masa yg aku gunakan untuk hilangkan segala tekanan@ masalah yg dtg dengan lihat pemandangan..subhanallah..lawa sangat ciptaan dan keadaan waktu pagi..tenang..

wassalam..

Rabu, Mac 23, 2011

myself...

Salam..apa khabar semua?harap semuanya dalam keadaan baik..sebenarnya xtau nak tulis ape..but, ade sesuatu yang ingin dikongsikan bersama-sama..semuanya berkenaan dengan hidup..

dalam diam xdiam..akhirnye sudah 3 bulan aku kat kkb ( kuala kubu bharu) nie..cam2 peristiwa dan kenangan yg aku dapat kat sini..semuanya mematangkan diri..ye la, duk jauh dgn family and belajar tuk survive..tpi, tiap2 bulan balik umah..sebab rindu..

Sekarang,bile belajar untuk mengetahui alam pekerjaan, aku merasakan bahawa alam study best..dan sukar untuk dilupakan dalam memori..rindu untuk masuk kuliah,masuk tutorial,wt presentation dan yg pling best rindu untuk cuti lama2..hi3..

Lepas nie, bakal tempuh alam pekerjaan@ maybe klu ade rezeki aku nak sambung study..kerja dan sekiranya telah sampai satu masa yg benar2 ditetapkan, maka aku nak jdi housewife...ha3..insyah allah..

Ha3..jauhnye berangan-angan..but, angan-angan2 tu best kn..hi3..aku suka berangan-angan dulu,sebab bagi aku, bile aku berangan-angan,aku akan cuba &akan usaha@laksanakan..sebab dengan angan-angan,lahirlah usaha,semangat dan cita-cita..

Lain orang,lain cara...manusia berbeza2 dan berbagai rupa dan ragam....however,lifes must go on..gambate..jangan takut untuk hadapi dugaan& cabaran..usaha,ikhtiar,doa dan tawakkal penting....

Betul tak?..ha3..ape lah aku merepek nie..cam org tua lak..honestly, sekarang, i'm not single...& sedang belajar mengambil lesen memandu,still belajar lagi, thun akhir, tengah wat praktikal...& maybe bulan 10@ 11 nie akan graduate...Doakan lah yang terbaik untuk saya,& saya sentiasa mendoakan kalian semua..

Good luck..selamat menempuh alam sebuah kehidupan..
wassalam..

Selasa, Mac 22, 2011

bila hati berkata-kata ii

Bila hati berkata-kata...mungkin ada sesuatu yg tersurat dan tersembunyi yg ingin di kongsikan bersama-sama...mungkin ia berkenaan dengan kejadian alam di sekeliling, pergolakan manusia dan mungkin juga ianya sebuah fantasi semata-mata...

Jika benar sesuatu itu telah ditetapkan segala-galanya, manusia boleh mencuba dan berusaha untuk mengubahnya... Jika benar juga semuanya telah dilakukan,diusahakan,dan juga dilaksanakan namun tidak berjaya, hadapilah ia dengan Hati yang redha kerana ketentuan Allah itu adalah sebaik-baik ketentuannya.

Bila melihat awan yang biru,hutan yang hijau, angin yang mendamaikan, ianya membuatkan diriku berasa begitu terpesona dan lidahku tidak pernah leka dan lalai memuji kurniaan Allah yang Maha Esa..tanpanya, tidak mungkin segala-galanya tercipta dan tanpanya jua tidak mungkin aku diciptakan diatas mukabumi ini menjadi seorang hamba dan khalifah nya..

Rabu, Mac 16, 2011

Terima kasih semua....

Salam...alhmdulilah, keadaanku semakin bertambah baik dan sihat...walaupun siang tadi aku merasakan sakit itu datang kembali...untuk kembali sembuh dan cepat sihat, aku telah mengikuti nasihat dan pesanan doktor...thnks alots doktor di atas kemahiran, nasihat dan juga anugerah daripada Allah yang berkuasa di atas segala-galanya..sakit juga adalah anugerah,dan sakit juga adalah rahmat Allah kepada hamba-hambanya untuk menguji sekuat mana iman seseorang itu untuk menghadapi segala-galanya..


Thanks alots jugak ditujukan kepada housemate ku yang turut menghantar, meminjam dan menemani ku untuk ke klinik....Thanks alots...Allah je dapat balas jasa kalian semua...erm, best jugak kan sakit nie,hi3...sebab kite dapat perhatian lebih dan kite akan dilayan seperti seorang puteri...( but,honestly dalam hati jasa baik korg akan aku ingat sampai akhir hayat)...


Lastly,thanks alots my friends... i love u all...

Selasa, Mac 15, 2011

menu untuk pemakanan sihat

Salam...ingat lagi tak?semalam doktor mengesahkan kepadaku bhwa aku kena menjaga pemakanan ku, oleh yg demikian maka aku mengambil keputusan untuk makan sesuatu yg berbentuk cecair dan mudah untuk di hadam oleh perutku iaitu bubur...



wlupun agak sukar untuk ku nyatakan bahawa aku rindukan menu makanan ku yg dulu, tpi mulai sekarang aku kena berubah..untuk kekal sihat& bertenaga...memang pada tekak, kite dapat rasakan bhwe ape yg kite mkn itu adalh sesuatu yg menyelerakan dan sedap...tpi, beberapa ketika selepas itu, kite tidak mengetahui keburukannya..

so, mulai hri ini, inilah menu ku... iaitu semangkuk bubur, 8 gelas air masak sehari, 2 gelas air masak di waktu pagi, 2 gelas di wktu lunch dan 2 gelas diwaktu malam....dan selebihnye aku bykkan mkn buah-buahan,dan sayur-sayuran..



Mulai hri ini jugak, aku hindari untuk kurg mkn mknan yg berminyak, berlemak, pedas dan juga manis...

Isnin, Mac 14, 2011

Hari ini dalam sejarah...

Salam...hari ini dalam sejarah aku pitam pagi-pagi...time tu,siap2 nak gi kerja...
sebelum tu,mse aku bgun pgi,aku rse perut aku sakit..mcm ade sesuatu yg menyakitkan..aku kuatkan jugak langkah kaki ke bilik air...

Lepas aku selesai mandi,aku amik air wuduk utk solat subuh...& then aku solat, tibe2 lepas aku selesai solat subuh,aku rsekan keadaan di sekeliling hitam,berpusing-pusing,aku seperti nak terjatuh,& then aku kuatkan jugak untuk gi bilik sebelah iaitu bilik k.azwa utk mntk tolong dengan die...time tu,aku rse betul2 xlarat & sekeliling ku betul2 hitam...& aku aku dapat rsekan yg aku hnye mampu untuk terbaring...dlm 5-10 minit jugak la aku pitam...

k.wa terkejut sgt sbb time tu,die bru lps solat subuh..aku sekadar mampu memanggil namanya sayup-sayup untuk mintak tolong..dan selepas beberapa minit, aku sedar kembali..aku rsekan diri aku betul2 lemah dan xberupaya..dan aku terus baring di atas tilam di bilik ku selama beberapa jam...sehinggalah tepat pukul 9am, aku bru sedar dan bangun untuk bersiap ke klinik..

doktor mengesahkan bhwa sistem penghadamanku mempunyai masalah...usus ku bengkak..di sebabkan itu,aku seringkali pening kepala,terasa ingin muntah2, pitam,dan selalu berpeluh2.. semasa membuat rawatan doktor, doktor mengesahkan bhwe suhu dan tekanan darahku dlm keadaan baik dan stabil...& juga tiada tanda-tanda migraine...atau darah tinggi...

Setelah selesai merawat,doktor menasihatkan aku untuk jaga pemakanan..kurangkan makan makanan pedas,berminyak,mkanan ringan,&juga berlemak...tetapi bykkan mkn sayur-sayuran,buah-buahan,dan minum air masak yg byk..however, aku ingin mengucapkan terima kasih byk2 dekat doktor tu..& sekarang nie, aku belajar untuk mengubah cara pemakanan ku,& menjaga kesihatan diriku..aku ingin sihat berbanding sebelum-belum nie..maaf..xde gambar..sebab perkara nie berlakudi luar jangkaan...

Thnks alots k.wa dan pia sebab temankan& hantar aku gi klinik..Allah je dapat balas jasa baik korang berdua..

Ahad, Mac 06, 2011

ape2 je yg terlintas...

Salam...sbnrnye,hri nie bru blik dari umah di kuala selangor..mule2 cm xplan nak balik umah sebab sakit kepala dan keadaan hujan..tapi,disebabkan rindu sgt2 kat family, aku gagahkan jugak untuk balik rumah..bertolak dari kuala kubu bahru 10am smpai umah 2pm..

kepulangan ku disambut oleh adik kecilku yg comel dan pandai nie..die yg bukak kan pintu umah & terus peluk aku..nampak sangat adik aku nie rindu kat aku..hu3...dh lme xbalik la katakan...


wlupun sekejap je balik,tapi rse bhgia dan bermakna...maybe sebab rindu dah terubat..sakit kepala pun dah ok..

Jumaat, Mac 04, 2011

bila hati berkata-kata

Salam...bila hati kecilku berkata-kata dan berbicara sendirian...ianya menyatakan yg aku amat merindui keluarga tercinta..merindui masakan ibu,helai ketawa adik kecilku dan juga kampung tercinta..

Bila hatiku berkata-kata juga, ianya menyatakan bahawa aku amat merindui seseorang yg jauh nun disana..rindu kawan-kawan yg sekuliah denganku dan juga dengan bebelan dan nasihat berguna daripada pensyarah2 yg tak jemu2 untuk memberi teguran dan nasihat kepada pelajar-pelajarnya untuk jadi insan dan manusia yg berguna...


Bila hatiku berkata-kata juga,ianya menandakan bahawa aku inginkan sedikit ruang untuk berfikir tentang sesuatu yg penting untuk aku laksanakan di masa hadapan..sesuatu yg mungkin akan mengubah segala-galanya di dalam hidupku...

wassalam...